30 Mac 2010

Terkini 11.55 am : Speaker Sivakumar akan beri keterangan di Balai Polis Sungai Senam Ipoh

13 Rabiulakhir 1431H

Berikutan dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ganesan yang mendakwa Sivakumar telah menyamar sebagai Speaker, pihak polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan disini pada jam 12.00 tengahari.

Beliau telah mengesahkan kepada saya pada jam 11.00 pagi tadi bahawa beliau akan hadir untuk memberikan keterangan.

Inilah perkembangan politik terkini di Perak pada masa sekarang yang menyaksikan Pakatan Rakyat sentiasa mendapat halangan dari pihak BN yang menggunakan berbagai pihak untuk menghalang perjalanan ADUN PR ke sidang DUN Perak.

Terkini 10.15 am : Semua ADUN PR bersurai

13 Rabiulakhir 1431H

Selepas mengadakan sidang media, Ds. Nizar dan semua ADUN PR yang lain meninggalkan Dewan Bandaran Ipoh.

Demikianlah sikap tidak bertanggungjawab dan tidak sanggup menghadapi kenyataan yang ditunjukkan oleh Zambry dan Ganesan.

Saya yakin rakyat dapat menilai betapa BN takut kepada bayang-bayangnya sendiri setelah mendapatkan kuasa dengan kudeta dan disahkan mahkamah.


Terkini 10.12 am : Saya speaker yang sah dan tidak menyamar

13 Rabiulakhir 1431H

YB. V. Sivakumar menegaskan dia adalah speaker yang sah dari semua ADUN Pakatan Rakyat, malah saya menerima ADUN BN yang iktiraf saya sebagai speaker.

Beliau mendedahkan bekas MB Perak, Ds. Tajol Rosli juga menghantar fax mengesahkan surat yang dihantar olehnya. Jawapan panggilan sidang dari saya dijawab oleh Tajol Rosli dan dia fax ke pejabat saya dan SU dia menelefon untuk sahkan menghantar surat itu.


Terkini 9.40 am : Sidang media setelah Zambry dan Ganesan tidak hadir

Satu sidang media oleh MB Rakyat Perak diadakan disini selepas Zambry dan Ganesan tidak hadir seperti yang dimohon oleh Pakatan Rakyat. Berikut adalah sidang media yang diadakan di perkarangan Dewan Bandaraya Ipoh.

Kami datang tepat pada waktu untuk berbincang dengan Zambry dan Ganesan, kami merakamkan untuk menghadiri sidang yang mulia dan beberapa hari itu kami hantar surat untuk bertemu. Namun Zambry yang tidak hadir, tetapi apa yang kami dapat, kami tidak dapat tindak balas dari Zambry.

Kami telah menghantar soalan kepada SU dewan, malangnya kami tidak diberikan penjelasan yang benar, kenyataan dari Ganesan kami tidak beri kerjasama. Kami akan hadir dalam sidang itu.

Kami menegaskan speaker yang sah ialah Sivakumar. Oleh itu kita laksanakan tugas sebagai ADUN, namun dua hari sudah Ganesan yang menyamar jadi speaker dengan ada kelas, dimana ada lif berbeza dengan lif untuk masuk ke dewan.

Ini tidak pernah berlaku di Parlimen dan di DUN PR sebelum ini. Tindakan ini apa ertinya. Ini satu ketidakadilan dan tidak mengiktiraf kami sebagai ADUN yang boleh datang bila-bila masa.

Hari ini ada tanda-tanda yang kekangan jalanraya akan dilaksanakan dan salahgunakan kuasa untuk menggunakan polis, inilah yang dilakukan.

Kita minta rakyat menilai dan kami datang hari ini untuk memastikan supaya persidangan menjadi lebih baik .

Inilah sikap tidak berani dan angkuh yang kami rasakan.Kalau dikata mahu bekerjasama dengan rakyat maka dia datang untuk berbincang disini.

Kami menghantar 216 soalan bererti dia tidak tahu buat kerja, hantar ke pejabat SU dan bukan kepada Ganesan itu peraturan.

Sivakumar mengesahkan sebanyak 7 email dari ADUN dihantar ke Pejabat SU Dewan, yang lain dan salinan utama diserahkan kepada saya dengan menghantar ke SU Dewan dan mendapat pengesahan dan tandatangan pada 15hb Mac.

Apa yang dilakukan mengikut apa yang mengikut perintah tetap yang mudah sahaja, serahkan ke pejabat SU Negeri 14hari sebelum bersidang.

BN cuba melarikan diri untuk menjawab soalan ADUN PR. Ini satu contoh mereka cube mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Adalah tanggungjawab pihak kerajaan untuk menjawab soalan-soalan. Cabar kalau tak mahu jawab jadi pembangkang sahaja.

Terkini 9.20 am : Sekitar 10 rakan media yang hadir

13 Rabiulakhir 1431H

Setakat ini sekitar 10 orang rakan media yang hadir bagi membuat liputan suasana yang berlaku di DBI pagi ini.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ds. Nizar masih menunggu dan mengharapkan kedatangan Zambry dan Ganesan bagi membincangkan kelancaran dan kelicinan perjalanan sidang Dewan Negeri Perak esok.


Terkini 9.00 pg: Pimpinan PR menunggu kedatangan Zambry dan Ganesan

13 Rabiulakhir 1431H

Seperti hasrat yang dihantar dalam satu surat rasmi pada Jumaat lepas, pada hari ini telah berkumpul pimpinan PR di Dewan Bandaraya Ipoh (MBI) dan kami menunggu kedatangan Zambry dan Ganesan bagi membincangkan kelancaran perjalanan sidang pada esok hari.

Setakat ini yang hadir ialah Ds. Nizar, Dato' Ngeh, YB Nga, YB Kulasegaran, YB Sivakumar, YB Sum, YB Loke dan YB Zainuddin.


Jangan cepat melatah dengan laporan media musuh - Nuridah

13 Rabiulakhir 1431H
Hashim Abdullah

TEMERLOH, 28 Mac: Ahli-ahli PAS diminta tidak cepat melatah dengan isu-isu yang dibangkitkan media milik Umno tetapi sebaliknya mereka mestilah merujuk kepada media rasmi parti.

"Sebarang masalah yang boleh memecah belahkan parti kita hendaklah dijauhi. Sekarang media berusaha memecah belahkan kita dan Pakatan Rakyat. Kita hendaklah berhati-hati dengan media yang berusaha memecah belahkan parti kita dan Pakatan Rakyat, kita kena tahu sepak terajang mereka. Kita kena rujuk media rasmi parti kita,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika berucap di majlis penutup Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh, kali Ke 23 di Markaz PAS Sungai Gau, dekat sini.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh media Umno yang sedang melagakan para pemimpin PAS dengan pelbagai isu. Usaha ini juga dibuat oleh sesetengah media baru yang pada asasnya dimiliki oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS juga.

Bagi menghadapi situasi ini, ahli PAS di gesa meningkatkan komitmen perjuangan bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat memperolehi kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang.

Kata Nuridah, setiap ahli terutamanya muslimat perlu meningkatkan kualiti keimanan bagi persiapan menghadapi perjuangan yang lebih mencabar.

Nuridah berkata setiap ahli tidak boleh hadir ke program parti hanya sekadar memenuhi aktiviti program semata-mata tetapi hendaklah melaksanakannya atas kesedaran dan rasa amanah kepada Allah.

“Hadir program parti bukan sekadar memenuhi kegiatan parti sahaja tetapi sebenarnyakita kena sedar ia amanah atau tanggungjawab kepada Allah. Amanah ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

“Apa lagi dalam suasana gejala social yang melanda dalam negara sekarang begitu buruk maka perjuangan menegakkan Islam adalah suatu tuntutan yang amat penting. Kita bimbang kemelut sosial dalam negara telah masuk ke dalam rumah kita, kita tidak berjuang menegakkan Islam kita akan dipersoalkan, ” katanya

Dalam usaha memperkukuhkan perjuangan Nuridah mahukan setiap muslimat PAS meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah disamping berusaha meningkatkan juga kuantiti keahlian.

“Kita perlu meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah dan dalam masa yang sama kita menggandakan kuantiti keahlian,” katanya.

Harakahdaily.net/-

Krisis istana: Nik Aziz minta rakyat Kelantan bertenang

13 Rabiulakhir 1431H
M Faqih

MACHANG, 28 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta rakyat bertenang ekoran berlaku krisis membabitkan istana Kelantan sekarang.

Katanya, rakyat hendaklah bertenang dan berdoa kepada Allah Taala meminta supaya krisis yang berlaku sekarang tidak berpanjangan.

“Saya bimbang berulang kembali peristiwa lama iaitu pelantikan raja seperti di Ketereh suatu ketika dahulu, itu memalukan,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan kilang GMP Nutraseutikal di Labok, hari ini.

Kilang itu milik Kilang Biotech Corporation Sdn Bhd anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Abdul Fattah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar.

Selain itu, anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman serta Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhamad juga hadir.

Khamis lalu, krisis membabitkan istana Kelantan memuncak apabila Tengku Muhammad Faris Petra cuba dilucut jawatannya sebagai Pemangku Raja.

Kenyataan itu dibuat bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan.

Ekoran itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) mengumumkan Pemangku Raja memecat Yang Dipertua MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dan diganti dengan Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.

Peristiwa pelantikan raja di Ketereh berlaku pada 29 April 1993 apabila Tengku Ibrahim Petra disambut besar-besaran pemimpin Umno ketika pulang ke Kelantan.

Menteri Besar turut berdoa mudah-mudahan Pemangku Raja berada di dalam keadaan sihat walafiat dan Tuanku Sultan sihat kembali.

“Keduanya kita kena ingat memerintah negeri ini bukan satu tradisi tetapi terlibat sama dengan agama iaitu ada dosa dan pahala.

“Hendak memerintah negeri dengan sebarangan tidak boleh,” ujarnya.

Beliau juga berkata, krisis itu tidak sukar diselesaikan apabila semua pihak kembali kepada perlembagaan negeri memandangkan tuanku masih lagi gering sekarang.

“Saya telah melawat bersama anggota-anggota Exco dan melihat tuanku berada di atas kerusi roda, kena ada orang di kiri dan kanan baginda sebagai orang tengah.

“Jadi keadaan tuanku ini perlu memakan masa lagi, perlu kepada penjagaan doktor dan tuanku perlu serah kepada anakandanya, Tengku Muhammad Faris untuk mentadbir negeri.

“Insya Allah rakyat Kelantan akan berdoa semoga tuanku sihat walafiat dan anakanda Tengku Mahkota dapat memandu Kelantan secara fizikal dan rohani,” katanya.

Ditanya krisis itu berlaku kerana ada pihak enggan mematuhi undang-undang, beliau tidak mahu ganggu perkara tersebut.

“Saya bukan ahli undang-undang. Yang menjaga perlembagaan ada orangnya iaitu peguam,” ujarnya.

Mengenai cadangan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) supaya diadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) katanya, itu masalah teknikal.

Menurutnya, kalau boleh beliau tidak mahu isu berkenaan dihebohkan, dan apabila ada persidangan Dun tentunya ia menjadi heboh.

Kata beliau, istana merupakan institusi kesayangan orang Melayu, khasnya orang Kelantan.

“Dan apabila timbul sesuatu isu membabitkan istana, kita kena selesai dengan cara bil hikmah. Dan kalau tidak boleh, kita buat kena kembali kepada perlembagaan,” katanya.

Harakahdaily.net/-

29 Mac 2010

Puduraya: Kejap tutup kejap tak tutup, apa cerita?

13 Rabiulakhir 1431H
Anak Rantau Melaka

MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sudah menghebahkan kepada media, Hentian Puduraya akan ditutup selama empat bulan untuk kerja-kerja meningkat taraf hab pengangkutan awam itu mulai 19 Mac; tetapi mengapa tiba-tiba ia dibatalkan pula.

Seluruh ‘kampung’ sudah heboh, tetapi ‘ tiba-tiba tidak jadi kahwin’ pula? Maka berterusanlah Hentian Puduraya menjadi tumpuan warga kota berpendapatan rendah dan sederhana serta perantau bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi apa sudah berlaku berikutan pengumuman terburu-buru menteri berkenaan?

Tinjauan mendapati sejumlah premis perniagaan sudah ditutup; antaranya kedai buku dan pakaian. Malah autoteller seperti CIMB, Maybank dan Bank Rakyat pun sudah ditutup. Ada peniaga sudah memindahkan barangan mereka, dengan sampah memenuhi lantai kedai. Sebelum pengumuman terbaru ini, seorang peniaga buku yang ditemui berkata dia akan terus berhenti daripada berniaga kerana tidak sesuai berniaga buku di stesen bas sementara yang dicadangkan di Jalan Galloway , tidak jauh daripada Ibu Pejabat Kontijen Polis di Jalan Hang Tuah.

Kerja-kerja pembinaan berterusan berhampiran Platform 1 manakala sejumlah tangga yang menuruni platform ditutup dengan kayu pemidang. Kerja-kerja ini mendatangkan ketidakselesaan kepada penumpang. Orang ramai dan peniaga yang ditemui menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman baru itu. “Apa ni, kejap kata tutup, kejap kata tak jadi pula?” luah seorang penumpang yang kesal dengan sikap agensi kerajaan terutama menteri wilayah.

Uda Holdings Berhad yang menyelenggara hab pengangkutan awam berusia hampir 40 tahun itu, berkata penangguhan itu dibuat selepas mesyuarat antara pihaknya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

Jika di Hentian Puduraya, peniaga, orang awam termasuk penumpang terganggu dengan ‘cerita tak jadi kahwin’ itu, tinjauan di stesen bas sementara Jalan Galloway menunjukkan pelbagai prasarana sudah disediakan. Sebuah lapangan besar sudah dibina, demikian juga khemah lengkap dengan kipas dan lampu malahan sebuah tangga dibina menuruni bukit berhampiran stesen monorel Hang Tuah.

Berapa banyak kos sudah dihabiskan di Puduraya, kini ditambah lagi dengan kos pembinaan stesen bas sementera Jalan Galloway. Takkan wang dihamburkan begitu saja bagi memuaskan hati PM Dato’ Seri Najib Tun Razak yang tidak puas hati dengan keadaan Puduraya selepas beliau melawat hentian itu awal tahun lalu?

Kedudukan stesen bas sementara itu terletak di kawasan sesak. Biasanya di Jalan Hang Tuah berlaku kesesakan lalulintas amat teruk. Di tepi jalan itu sudah dipasang papan tanda jalan bahawa sebuah jejambat akan dibina melepasi persimpangan Jalan Hang Tuah-Jalan Pudu. Apabila kerja-kerja pembinaan dijalankan kelak, tentulah kawasan bertambah hiruk pikuk malah mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Demikianlah betapa rakyat golongan kebanyakan terpaksa menerima kepahitan akibat perancangan pihak berkuasa yang tidak berpandangan jauh. Disebabkan kebanyakan pengguna adalah daripada golongan bawahan, mereka tidak peduli dengan arahan mereka yang tidak tepat itu. Seolah-olah rakyat dipermainkan saja lagaknya oleh pihak berkuasa. Rakyat bagaikan bola yang boleh disepak dan diterajang begitu saja.

Jika rakyat ‘dihayun’ sebegitu di Hentian Puduraya, kebanyakan pihak diam saja; tetapi apa kata dibuat ‘cerita kejap tutup kejap tidak tutup’ ini di KLIA, bagaimana agaknya reaksi menteri dan orang-orang besar. Ringkasnya, rakyat kebanyakan menderita ‘tak pa’, jangan orang kaya dan VIP yang kerap menggunakan KLIA itu, mereka perlu dijaga dulu, kini dan selamanya.

Berdasarkan apa yang berlaku di Hentian Puduraya, slogan muluk ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ hanya bahan gorengan saja. Hairan juga, slogan ini banyak diletakkan di sepanjang susur gajah antara Hentian Puduraya dan stesen LRT Plaza Rakyat, sedangkan keadaan bangunan Puduraya dan Plaza Rakyat yang pernah siap-siap itu, membayangkan di mana kedudukan rakyat.

Bukan saja konkrit Plaza Rakyat terbiar karat, lantai susur gajah itu sudah berlubang-lubang, menunggu masa untuk membaham mangsa pertama! Mungkinkah rakyat didahulukan untuk ke kubur?


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Terkini 8.40 pg: Jalan Menuju MBI ditutup

13 Rabiulakhir 1431H

Saya menuju ke Dewan MBI dan sangat terkejut dengan kesesakan jalan yang berlaku di jalan Kuala Kangsar pada pagi ini. Rupanya polis telah menutup jalan disekitar jejantas.

Saya tidak pasti kenapakah jalan tersebut ditutup dan saya terpaksa melencon ke kiri dengan menggunakan jalan belakang untuk menuju ke Dewan MBI.


Bukti surat yang dihantar Ganesan.

Ganesan ternyata melanggar kandungan surat yang dihantarnya mengenai tatacara penghantaran Soalan-soalan untuk sidang 30 Mac.

Ganesan memang tidak layak jadi Speaker : Soalan ADUN PR ditolak walaupun memenuhi syarat.

Sebanyak 216 soalan telah dihantar oleh 27 ADUN pakatan Rakyat Perak(kecuali Speaker Sivakumar) namun dengan angkuh dan sombong serta membelakangi dan mematuhi peraturan yang sedia, Ganesan yang telah menyamar sebagai Speaker DUN Perak telah menolak soalan dari 20 orang ADUN PR dan cuma menerima soalan yang dihantar melalui Email.

Perlu saya tegaskan bahawa Surat notis panggilan sidang yang dikirim oleh SU Dewan yang mewakili Ganesan bertarikh 1 Mac 2010 dengan jelas menyebutkan begini :

"4. Sehubungan dengan mesyuarat tersebut, Yang Berhormat adalah diminta mengemukakan kenyataan-kenyataan mengenai Soalan-soalan Lisan dan bertulis, Usul-Usul dan Ucapan penangguhan(sekiranya ada) kepada pentadbiran ini tidak lewat dari hari Isnin, 15 Mac 2010 melaui fax ke talian 05-2410451 atau e-mail kepada rumaizi@perak.gov.my, rosnah@perak.gov.my, salamiah@perak.gov.my."

Jelas surat tersebut telah memberi kebebasan kepada semua ADUN untuk mengemukan soalan dalam bentuk surat, fax atau email kepada penntadbiran, namun dengan "bodoh" dan semacam "tidak bersekolah" Ganesan tidak faham isi kandungan surat tersebut dengan menolak usul yang telah kami dikemukakan.

Berikut ini saya paparkan untuk tatapan umum soalan-soalan lisan dan bertulis yang telah dikemukan oleh saya dengan menurut peraturan namun ditolak mentah-mentah oleh Ganesan.

SOALAN-SOALAN LISAN
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA
DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010

DARIPADA : YB TITI SERONG

1.Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.

a)Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?

b)Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?

c)Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?

2.Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.

a)Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?

b)Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?

c)Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan .

3.Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.

a)Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?

b)Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dab diterima ?

c) Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?

SOALAN-SOALAN BERTULIS

1. Hasil hutan

a)Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?

b)Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?

2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

a)Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ?

b)Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?

3. Majlis Agama Islam Perak

a)Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?

b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?

4.Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu

a)Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?

b)Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?

5. Pelaboran

a)Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?

b)Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?

Chua Presiden MCA, adakah masalah akan selesai ?

Tahniah, Bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan parti di Wisma MCA, hari ini. - Foto THE STAR oleh NG KOK LEONG

Dr. Mujahid dan Drs. Khalil sempurnakan perlawanan Bolasepak Liga GRS Sdn. Bhd.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Sungai Acheh, Dato' Mahmud bin Zakaria(tengah) didampingi oleh Pengarah Urusan GRS, Hj. Abd. Rahman (kanan sekali berkopiah putih) sedang menyaksikan pertandingan akhir Bolasepak Liga GRS Sdn. Bhd. bersama Pemuda Sungai Acheh yang diadakan di Padang Bandaran Awam Parit Buntar petang tadi.

PARIT BUNTAR, 28 Mac :-Satu Pertandingan Bolasepak Liga yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta Genius Red Star Sdn. bhd. (GRS) telah diadakan bermula sejak 9 Januari 2010 yang lepas dan acara kemucaknya ialah perlawanan merebut tempat ke 3 dan ke 4 serta paling kemuncak pertandingan akhir pada petang tadi.

Pertandingan secara liga yang disertai oleh sepuluh pasukan itu menyaksi pertemuan antara pasukan Seri Megat FC melawan Kampung Kedah FC bagi merebut tempat ke 3 dan ke 4. Perlawanan berkesudahan Kampung Kedah FC menang 5 - 1.

Pertandingan akhir pula adalah antara pasukan Kuala Bagan Tiang melawan pasukan Benang Biru. Pelawanan yang agak seimbang dengan aksi menarik dari kedua buah pasukan berkesudahan dengan Benang Biru menang dengan kelebihan gol 2-1.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof dan Penutupan serta penyampaian hadiah oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.



Chua menang presiden, Tiong Lai timbalan

12 Rabiulakhir 1431H.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Malaysiakini/-