15 Julai 2010

Kes Aminul: Saksi ditekan, tak dapat cam suspek

2 Syaaban 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Azamuddin Omar, saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, didakwa telah 'ditekan' oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau tidak dapat mengecam anggota polis yang terbabit.

Abangnya, Hafizuddin Omar, 24, mendakwa Azamuddin juga dipaksa untuk mengikuti sesi kawad cam itu minggu lalu tanpa ditemani peguam.

"Peguam perlu ada di samping dia setiap masa untuk setiap urusan melibatkan polis untuk pastikan siasatan ini adil dan telus.

"Tambahan pula dia masih di bawah umur," katanya dalam satu sidang media di pusat khidmat ahli parlimen Shah Alam petang ini.

Dakwanya lagi, adiknya itu juga dimarahi pegawai polis ketika kawat cam tersebut kononnya "melambat-lambatkan tugas polis."

Katanya, tekanan itu juga menyebabkan Azamuddin tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sedangkan pelajar tingkatan tiga itu perlu menghadapi peperiksaan PMR tahun ini.

Beliau juga khuatir polis sengaja bertindak demikian untuk untuk mengelakkan kes tersebut daripada dibicarakan.

"(Azamuddin) ditekan seolah-olah dia ini penjenayah sedangkan dia adalah saksi utama. Hak dia untuk diwakili peguam juga diketepikan (ketika kawad cam)," katanya lagi.

Sementara itu, seorang wakil PIBG sekolahnya Monaliza Mokhtar berkata beliau mendengar pegawai polis menengking Azamuddin ketika kawad cam tersebut yang berlangsung di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam.

Tambahnya, apabila beliau masuk ke bilik kawat cam tersebut, barulah pegawai polis tersebut melayan Azamuddin dengan baik.

"Saya dengar pegawai polis tersebut menjerit-jerit dan memarahi Azamuddin," kata Monaliza dalam sidang media sama.

"Kemudian saya minta untuk tenangkan Azamuddin. (Azamuddin) kata dia tertekan sebab dia tidak nampak (suspek pada malam kejadian), jadi dia tidak boleh cam," katanya lagi.

Katanya, beliau hadir ke situ untuk menemani Azamuddin memandangkan peguam tidak dapat hadir bersama pelajar tersebut kerana dimaklumkan pada saat terakhir.

Malaysiakini/-

Rocket pula diberi surat tunjuk sebab

2 Syaaban 1431 H

Akhbar DAP The Rocket menjadi mangsa terbaru Kementerian Dalam Negeri yang memantau ketat penerbitan parti-parti pembangkang.

Petang tadi, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.

Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.

Malaysiakini juga difahamkan akhbar DAP versi Inggeris berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.

Sabtu lalu, setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, katanya KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Rocket.

Sebelum ini, dua lagi organ parti pembangkang, Suara Keadilan yang dimiliki PKR digantung manakala Harakah yang dimiliki oleh PAS diberi dua surat tunjuk sebab.

Usaha mendapatkan ulasan daripada pemimpin DAP juga tidak berjaya.

"DAP akan membuat kenyataan rasmi berhubung 'surat' daripada KDN, esok,” kata Pua dalam Tweeter.

Malaysiakini/-

Perkara yg diharuskan mengumpat

2 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Mengumpat adalah perkara yg dilarang melainkan pada salah satu berikut:

1. Dizalimi.
Maka harus seorang yg dizalimi mengadu kepada org yg boleh menghukum atau mengubah kezaliman yg dialami. Org yg dizalimi boleh menyebut kezaliman yg berlaku kpd org yg berkuasa.

2. Mencegah kemungkaran.

Harus minta tolong org lain dgn menyebut keburukan dan kejahatan seseorang manusia dgn tujuan untuk mengubah kemungkaran tersebut dan mengembalikannya kepada syariat Islam.

3. Minta Fatwa.
Harus seseorang itu menyebut keburukan seseorang dihadapan hakim atau org alim untk meminta fatwa atau penjelasan hukum. Ini berdasarkan kpd Hadis berikut:

Hindun bin 'utbah berkata: Sesungguhnya Abu sufyan seorang laki yg amat kedekut kerana dia tidak memberi secukupnya nafkah untk ku dan anakku. Adakah boleh aku mengambil duitnya tanpa pengetahuannya? Nabi menjawab:
(خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف)
Maksudnya: Ambillah duitnya sekadar untk keperluanmu dan anakmu dgn baik.(HR Bukhari dan Muslim)

4. Memberi peringatan pd org Islam.
Boleh memberi peringatan pd org Islam lain dgn menyebut kejahatan seseorang yg boleh memberi kemudaratan org tersebut. Cntohnya seperti org dmnta nasihat untuk memilih jodoh, untk mengamanahkan sesuatu dan lain2.

5. Gelaran seseorang.
Jika seseorg tu terkenal dgn sesuatu gelaran yg xelok seperti pendek mk boleh menyebut nama tersebut utk mengenalinya.

6. Org yg buat jahat secara terang2.
Boleh mengumpat org tak malu buat jahat di halayak ramai.

Ziarah kubur Nabi

2 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar..

Dalil2 disunatkan menziarahi kubur Nabi:-

1. Firman Allah:

((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما))
Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman trhadap dr mereka dgn membuat dosa; mereka datang berjumpa dngnmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun pd Allah; serta Rasul meminta ampun utk dosa2 mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu maha menerima taubat dan maha pengasih.(An-Nisa: 64)

2. Hadis Nabi:

(من زار قبري وجبت له شفاعتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)

3. Hadis Nabi:

(من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahiku di mAdinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untk membelanya pd hari kiamat.(HR Baihaqi).

4. Hadis Nabi:

(من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)

5. Ijmak ulama.

Qadi 'Iyad berkata: Ziarah kubur Nabi s.a.w adalah satu sunat dr perkara yg sunat pd org Islam yg telah disepakati oleh pr ulama.

Kejadian2 luar biasa ketika menziarahi Maqam Nabi:-

1. Imam Ibnu al-Jala berkata: Aku masuk ke makam Nabi dlm keadaan aku kesusahan. maka aku mendekati makam Nabi s.a.w, seraya aku berkata: "Daku adlh tamumu" maka aku terlelap dan melihat Nabi s.a.w memberiku sekeping roti. Lalu aku memakan setengahnya. Bila aku terjaga, aku dapati ada setengah keping roti ditanganku.

2. Ibnul Muqri berkata: Aku bersama Tabrani dan Abu syeikh berada di Madinah dlm keadaan kami kesulitan hingga menyebabkan kami menyambung puasa kami shingga ke malam. Apabila sampai waktu Isya kamu menghampiri Makam Nabi dan aku berkata dlm keadaan mengharap: Hai Rasulallah..lapar...

Maka Tabrani berkata pd ku: "Duduklah sama ada kita mati atau datang rezki." Lalu aku dan Abu syeikh tidor, sementara Tabrani duduk menunggu jika ade rezki.

Maka datng seseorang bersama 2 org hamba yg membawa dua bakul yg berisi banyak makanan. Lelaki tu berkata "Kamu telah mengadu kesusahan pd Nabi; dan aku bermimpi jumpa Nabi menyuruhku spya membawa rezki pd kamu."


kesimpulan: Marilah kita sama2 berazam utk menziarahi makamnya...rinduilah utk bersama Nabi di Syurga... oleh itu mari kita menghidupkan sunnahnya.

Mereka kata Nabi ambil Quran dr Pendeta Bukhaira

2 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

KESAMARAN DR ORIENTALIS:

Seorang orientalis carra de vaux -dr perancis- telah mengarang sebuah kitab yg bertajuk Muallif Al-Quran (Penulis al-Quran) yg mana dia cuba menyatakan bahawa pendeta Bukhaira telah mengajar semua Al-Quran pd Nabi MUhammad s.a.w.

KISAH ASAL:

Ketika mana Nabi berumur sembilan tahun telah mengikuti pakciknya Abu Talib berniaga di syam. -secara ringkasnya- Nabi telah bertemu dengan seorang pendeta Bukhaira dan baginda dijemput makan bersama dgn rombongan yg lain.

Diakhir pertemuan pendeta itu menasihati Ab Talib spya menjaga Nabi kerana perkara yg besar akan berlaku pd Nabi. (HR Tirmizi, IBnu Abi Syaibah dan Hakim).

JAWAPAN TERHADAP KESAMARAN:

1. Sanad hadis yg dipertikai oleh ulama:

Diantara perawinya ialah Abdurrahman bin Gazwan. Az-Zahabi telah berkata: Beliau (Abd Rahman) telah meriwayatkan hadis2 yg mungkar dan paling mungkar adalah hadis tentang kisah bukhaira.

2. Matan hadis yg bercanggah dengan logik akal.

Ibnu Qaiyyim telah berkata dlm kitabnya (zadul maad):

Telah disebut didalam hadis ini yg diriwayatkan Tirmizi dimana Pakcik Nabi mengutuskan bilal utk bersama Nabi. Ini adalah satu kesalahan yg jelas kerana Bilal tidak wujud pd masa tu; sekalipun ada, bilal tidak bersama pakcik Nabi.

3. Tidak lojik Nabi ambil Quran dr Bukhaira.
Sekalipun hadis ini sahih menurut sebhagian ulama sperti Hakim, Ibnu hajar dan Albani namun ianya tidak menunjukkan langsung Nabi kita mengambil Al-Quran dr pendeta tersebut. Ini kerana pertemuan Nabi dan Bukhaira adalah amat singkat.

Imam Abul Hasan An-Nadawi(gambar) telah berkata:
Hadis ini sekalipun sahih, namun perkara tersebut (Nabi mengambil Quran dr Bukhaira waktu itu) adalah tidak dikeluarkan mana2 org yg berakal.

Bagaimana nak masuk akal seorang budak berumur 9 tahun belajar sesuatu dr guru yg dia tidak tahu bahasa gurunya dan tidak bersamanya melainkan ketika makan sahaja.
kesimpulan: Al-Quran adalah dr Allah bukannya ciptaan manusia.

Ingatlah musuh2 Islam sentiasa cuba untk menimbulkan kesamaran tentang Islam dan ajarannya. Kita sama bertanggung jawab untk memperthankan Islam.

Marilah kita same2 belajar tentang Islam. Belajar hendakalah bertalaqqi dgn guru kerna Nabi pun bertalaqi dgn Jibril ketika menerima wahyu.

Zhuihu

2 Syaaban 1431 H

Zhuihu, yang juga dikenali sebagai "Zhuiqin" atau "Zhuizi" ini, merupakan alat muzik bertali yang dihasilkan berasaskan Sanxian kecil.

Alat muzik yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun ini, amat disukai oleh masyarakat di provinsi Henan, di bahagian tengah China. Ia sering dimainkan untuk mengiringi opera tempatan.

Zhuihu ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Badannya yang berbentuk bulat torak, diperbuat daripada kayu keras atau kepingan tembaga. Pemegang dan kepalanya mirip Sanxian, sejenis alat muzik petikan klasik yang dicipta pada zaman Dinasti Qin.

Ia dimainkan dengan tali penggesek yang diperbuat daripada bulu ekor kuda.Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik ini agak besar, tetapi sangat lembut dan halus.

Ia bukan sahaja dapat meniru bunyi suara dan nyanyian orang, malah boleh meniru bunyi burung dan haiwan-haiwan yang lain.

CRI/-

Opera Tempatan Provinsi Hebei: Pingdiaolaozi (2)

2 Syaaban 1431 H

Pingdiaoluozi ialah nama umum bagi opera Pingdiao dan opera Laozi. Kedua-dua opera ini sangat popular di bahagian selatan dan utara provinsi Hebei serta bahagian tenggara provinsi Shanxi.

Laozi dicipta berasaskan sejenis tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh pelakon yang memakai jangkungan pada penghujung zaman Dinasti Qing.

Pada mulanya, opera ini dipersembahkan dengan beberapa pelakon yang menyanyi secara berseloka.

Melalui evolusi, persembahannya mula mengutamakan kesan solekan, dan wataknya juga mula terbahagi kepada Sheng (watak lelaki) dan Dan (watak wanita).

Setelah itu, barulah opera ini dipersembahkan di pentas.

Dengan gerak laku yang pantas dan lincah, opera ini menampilkan corak persembahan yang sihat dan sederhana.

CRI/-

14 Julai 2010

Gambar lama : Semasa menuntut di Aceh dari tahun 1986-1992




Gambar-gambar diatas adalah yang dicrop dari dua keping gambar yang diterbitkan dalam FB teman lama Ust. Zarkasyi. Saya tidak pasti bilakah tahun sebenar gambar ini diambil. Yang pasti gambar tersebut diambil antara tahun 1986 hingga 1992 selama saya belajar di Institut Agama islam Ar Raniry Aceh, Indonesia.


Takutnya Abu Bakar r.a pd Allah

1 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Satu hari Abu bakar r.a telah memakan makanan yg hasil dr wang kerja hambanya. Lalu hambanya bertanya "Adakah kau tahu apa yg kau makan ni?' Beliau berkata "Apa dia?" Hambanya berkata: "Makanan ni dr hasil kerja perbomohan aku di zaman Jahiliyah; sedangkan aku tak reti pun bidang perbomohan ni dan aku cuma memperdayanya.

APa yg engkau makan adalah duit yg diberi oleh org yg aku ubatkan secara tipu.' Serta merta Abu BAkar memasukkan tangannya ke dalam tekaknya dan memuntahkan segala apa yg ada dlm perutnya.

" Maka ade org yg berkate kpdnya:"Semoga Allah merahmatimu; kamu buat semua ni kerna hanya memakan sesuap saje yg tak halal??" Maka beliau berkata: "Kalau lah sesuap ni tak keluar melainkan dgn mengeluarkan nyawaku sekali; nescaya aku berbuat demikian.

Aku telah mendengar Rasulullah bersabda:
(كل جسد نبت من سحت فالنار أولى به)
'Setiap tubuh badan yg ade makanan yg haram maka nerakalaا lebih patut bg tubuh badan tersebut' Maka aku takut tumbuhnya wlau sedikit dr makanan yg haram pd tubuhku hasil suapan tersebut."

Begitulah ketakutan Abu Bakar trhadap makanan yg syubhat dan haram. Walaupun hebat profile Abu Bakar ini namun dia tidak merasakn dirinya hebat dan amat takut kepada Allah sehingga beliau berkata:
(لوددت أني شعرة في جنب عبد مؤمن)

"Alangkah baiknya aku hanyalah sekadar sehelai bulu yg berada di tubuh org yg beriman." Maksudnya beliau tak pasti adakah beliau ahli syurga atau pun tidak dan amat takut dihisab pada hari kiamat dan berharap masuk syurga walau pun sekadar menjadi bulu yg tumbuh di badan org beriman yg akan masuk ke syurga.

Suatu hari beliau masuk ke kebun dan melihat seekor burung yg terbang di bawah teduhan pokok. LAlu beliau menghela nafas seraya berkata:
طوبى لك يا طائر، تأكل من الشجر، وتستظل بالشجر، وتصير إلى غير حساب، يا ليت أبا بكر مثلك
"Betapa beruntungnya kau hai burung, makan buah2an dan hinggap berteduh di pokok; kemudian mati dan tak dibangkitkan utk dihisab. Alangkah baiknya Abu Bakar seumpamamu."

Sejauh manakah ingatan kita pd hari kita dihisab dan meratapi serta bersedih terhadap kecuaian kita di dunia ni...Adakah kita dah merasa kita dah dijamin tempat kita di syurga??..Atau pun kita merasa umur kita masih pannjang; sedangkan maut semakin menghampiri kita.

Hukum membaca al-Quran utk meminta sedekah

1 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Membaca quran dgn tujuan untuk meminta sedekah adalah diharamkn dan juga haram memberi wang kepadanya.
Ini berdasarkan dua hadis berikut:

1. Imran bin Husain r.a lalu pd org yg membaca al-quran dan meminta wang drpd org ramai; lalu beliau mengucapkan Istirja' (إنا لله وإنا إنا إليه راجعون)dan berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

من قرأ القرآن فليسأل الله به فإنه سيجيء أقوام يقرأون القرآن يسألون به الناس
Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran hendaklah dia minta ganjarn pd Allah; Maka sesungguhynya akan datang sekelompok manusia yg membaca al-Quran untuk meminta duit kpd manusia. (HR Tirmizi).

2.Nabi bersabda:

من قرأ القرآن يتأكل به الناس جاء يوم القيامة ووجهه عظم ليس عليه لحم
"Sesiapa yg membaca al-Quran dgn tujuan utk meminta habuan dunia dr manusia ; maka dia akan datang pd hari kiamat dlm keadaan mukanya hanya tinggal tulang tak berdaging."(HR Baihaqi)

Perempuan yg solat jumaat

1 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Sy sering ditanya pasal perempuan yg pergi solat jumaat; adakah dia perlu menunaikan solat zuhur pulak. INi jawapannya:

Hukum solat JUmaat bg wanita

Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dlm kitabnya (Ijmak):"Telah bersepakat semua ulama yg kami tahu; tidak wajib solat jumaat kpd wanita."Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:

(الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض
Maksudnya: Solat JUmaat adlh hak yg wajib bg setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan: 1. HAmba sahaya. 2. Perempuan. 3. Budak yg tak balig. 4. Pesakit. (HR Abu Daud).

Perempuan yg pergi solat jumaat

Perempuan dibenarkan pergi solat jumaat, walaupun sembahyang dirumah lebih baik. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

( لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن)
Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untk solat di mAsjid; Solat di rumah lebih baik bg mereka.(HR Abu Daud)

JIka mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dlm keadaan yg tidak menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:

( لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات)
Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita2 di bawah tanggunganmu ke Masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tak memakai wangian.(Bukhari dan Muslim)

Ke masjid pun tak leh wangi2 inikan ke tempat2 yg lain..wanita hendaklah tidak menjadikan diri mereka fitnah pd lelaki..Lelaki pula jnganlah cuba menimbulkan fitnah pd diri wanita...BERHATI2LAH PD TIPU DAYA NAFSU DAN SYAITAN...BANYAK2 BERSERAH PD ALLAH..

Adakah perlu melakukan solat Zuhur?

PErempuan yg sudah solat jumaat tidak perlu solat Zuhur. IBnu Munzir berkata:

Para ulama telah bersepakat mana2 wanita yg telah solat jumaat maka itu mencukupi bgnya (tidak perlu buat solat zuhur); kerana gugur solat jumaat adalah satu keringanan bg mereka. Jika mereka buat yg lebih susah maka ianya memadai seperti org yg sakit.

Jangan sampai senjata makan tuan

1 Syaaban 1431 H
Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Menarik juga membaca isu yang dibawa Mingguan Malaysia yang memetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated (CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh). Laporan itu menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Kenapa isu ini menarik? Ya, CIA dan Mossad hendak bunuh Anuar, kenapa? Hal ini kerana Anuar yang menjadi alat CIA telah berjaya membungkar keburukan Kerajaan BN. Moral storynya, buruknya Anuar kerana menjual Negara kepada Yahudi.

Walaupun dia guna isu alat, tetapi mesejnya bukan alat. Isu alat sudah tidak penting kerana lazimnya alat itu digunakan apabila perlu dan dimusnahkan apabila selesai tugasnya. Malah boleh jadi alat itu tidak tahu yang dia dijadikan alat. Kalau dia tahu sudah tentu dia boleh melepaskan dirinya.

Hal ini samalah dengan isu bola sepak piala dunia yang baru berakahir hari ini. Peminat-peminat bola sepak dan judi memperalatkan sotong. Ramalan sotong semuanya benar dan keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak yang kalah judi. Lalu kita dengar ura-ura mereka hendak bunuh sotong itu. Sotong sebagai alat itu tentu tidak tahu dia dialatkan sebegitu rupa. Kalau dia tahu tentu dia pun tidak mahu bekerja sebagai alat.

Tetapi saya agak hairan juga mengapa Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia sanggup menjadi alat Kerajaan terutama UMNO dalam keadaan dia sedar bahawa dia hanya alat. Dia amat setia dengan tuannya dalam mencari dan mencipta berita untuk kepentingan tuannya.

Lihatlah isu terbaru ialah curi pasir di negeri Selangor, isu ini dibesarkan oleh alat kerajaan yang terdiri daripada media cetak dan eletronik. Mereka sanggup menjadi alat membuat laporan mengenainya. Begitu itu sama ada betul atau tidak bukan menjadi isunya tetapi bagaimana isu itu boleh menguntungkan tuannya.

Tulisan ini bukan hendak mengesahkan Anuar itu alat CIA atau menafikannya, tidak juga untuk mengiakan isu curi pasir di Selangor atau tidak. Tetapi saya ingin mengajak pembaca dalam kalangan umat Islam supaya menilai semua isu yang dibincangkan itu dengan penuh sedar.

Kenapa Anuar dikatakan alat CIA dan sebelum ini dilaporkan Anuar dikatakan kesal apabila dibesarkan isu inti zionis. Dengan sebab itu dikatakan beliau terpaksa meminta maaf kepada Yahudi.

Kenapa isu ini ditimbulkan? Jawapannya mudah saja iaitu supaya menimbulkan keraguan orang ramai terhadap Anuar.

Saya percaya sebagai alat kerajaan laporan akhbar tersebut berjaya mempengaruhi jiwa orang yang di atas pagar. Mungkin pada pilihan raya akan datang, mereka tidak mengundi parti pembangkang lagi. Sungguhpun begitu, laporan tersebut mungkin tidak berjaya menggoncang keyakinan pengikut parti itu terhadap ketua mereka.

Sebenarnya, inilah sepak terajang orang politik, digunakan pelbagai sterategi untuk mengalahkan musuh. Cuma kadang-kadang kalau tersilap guna sterategi boleh makan tuan. Inilah yang perlu diperhatikan oleh orang politik.

Saya percaya dalam isu di atas, kalau soal alat ini terus dibongkar, kemungkinan akan terserlah siapa di belakang berita itu. Kalau didapati isu itu sengaja dicipta oleh orang tertentu untuk memburuk pihak lain, dibimbangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan terjejas.

Begitu juga dengan isu curi pasir, kalau isu itu terus dimainkan oleh UMNO atau BN, tentu isu ini akan terbungkar juga akhirnya. Siapa penjenayahnya akan diketahui kelak. Tetapi bagaimana kalau setelah terbungkar, orang yang ada kepentingan dengan UMNO dan BN yang terlibat, tentu keadaan ini akan memburukkan keadaan.

Jadi, pandai-pandailah main politik, jangan sampai salah langkah, untungnya orang lain. Orang yang zalim dan berniat jahat akan terbungkar juga pada suatu hari yang tidak dapat dijangkakan.

SYABAS !! ANWAR CIPTA REKOD

1 Syaaban 1431 H
Oleh: Mandor

DS ANWAR mencipta rekod. Itulah yang boleh saya perkatakan. Mana ada pemimpin politik di negara ini khususnya, bahkan di Asia yang boleh mencipta rekod seperti DS Anwar? Beliau sememangnya seorang pejuang tulen yang kental, berani dan penuh kejujuran di dalam berpolitik.

Bukan taksub kepada beliau, tetapi hakikat dan sejarah telah membuktikannya sehinggakan kesemua musuh-musuh politik beliau menjadi gerun dan gentar apabila membayangkan DS Anwar.

Semenjak negara kita merdeka, siapakah tokoh politik yang mendapat berbagai gelaran semata-mata untuk menjatuhkan kredibilitinya? Dulu kita pernah dengar nama MAHAFIRAUN dan juga MAHAZALIM atau Bapa Penipu Negara digelarkan kepada seorang tokoh dari Umno.

Kita juga mendengar gelaran Bapa Judi Negara terhadap seorang tokoh politik yang kini masih memimpin. Tetapi itu semua tidak mencapai tahap gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh politik terhadap DS Anwar.

DS Anwar digelar Pengkhianat Melayu, ejen negara asing, ejen Amerika, ejen Zionist Israel, dan yang terbaru pula adalah ejen CIA Amerika. Sebelum itu, DS Anwar juga dikaitkan dengan penyokong Komunis apabila beliau mengulas tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air.

Setelah semua cerita liwat kini menjadi bahan jenaka orang ramai, Penasihat 20 persen dari APCO mungkin telah menasihatkan bahawa DS Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan menggunakan propaganda seperti ini. Tidak cukup dengan media tempatan, mereka menggunakan media asing yang sekutu dengan APCO untuk mencipta berbagai gelaran buat Ketua Pembangkang ini.

Inilah yang saya maksudkan dengan kehebatan DS Anwar. Meskipun kesemua gelaran itu adalah negatif, tetapi ini membuktikan betapa musuh-musuh beliau sudah kehilangan modal untuk berdepan dengannya. Tiada bukti, tiada hujah dan fakta, jauh sekali berani untuk berdebat secara terbuka, Umno hanya mampu berbuat sedemikian. Mudah-mudahan rakyat masih bodoh seperti mereka. Itulah yang mereka harapkan.

Jika pemimpin PAS dan parti mereka disebut sebagai parti ajaran sesat, pemimpin Wahabi, Pro Taliban atau Pro Revolusi Iran, maka DS Anwar juga dilakukan sedemikian rupa. Taktik propaganda Umno kini mudah kita kesan kerana cara mereka tidaklah bijak sangat.

Sebagai contoh, mereka tuduh DS Anwar ejen CIA Amerika, di dalam masa yang sama mereka menuduh pula DS Anwar membayar CNN untuk mempromosikan dirinya. Lojikkah seorang ejen CIA Amerika perlu membayar dengan CNN untuk tugasan yang diberikan?

Propaganda mereka selalu terkantoi dengan mudah. Umno tuduh DAP anti Islam dan Melayu, dalam masa yang sama MCA dan Gerakan iaitu parti Komponen Bn pula menyebut DAP parti yang menyokong hudud PAS. Mana satu yang betul? Jelas mereka tidak lagi sependapat dan mereka telah mendedahkan kebodohan mereka masing-masing.

Pemuda Umno menyelar PERKASA sebagai ekstrim, Najib menegur Ketua Pemuda Umno. Sejurus itu, MCA dan MIC pula menyelar PERKASA. Ini bermaksud kata-kata Najib tidak lagi menakutkan mereka.

Timbul pula isu perpaduan Melayu dan Islam. PAS mesti bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama pemimpin kanan Umno menggelar PAS parti ajaran sesat. Mahu bersatu dengan parti ajaran sesatkah? Betapa bebalnya mereka mengatur strategi politik.

Tahniah buat DS Anwar kerana masih berdiri gagah di persada politik tanahair. Malaysia amat beruntung mempunyai pemimpin sepertinya.

ANWAR EJEN CIA AMERIKA TAPI SOKONG PERJUANGAN ISLAM DAN PRO IRAN ?

1 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT memualkan tekak ini apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin seperti yang disiarkan di dalam Malaysiakini semalam. Saya tidak menyangka seorang Naib Presiden Umno, anak kepada bekas PM, cucu pula kepada tokoh Melayu dan negara mempunyai pemikiran sedangkal itu. Memang benarlah kata orang Umno kini kekeringan pemimpin yang bijak dan akhirnya lahirlah pemimpin seperti ini.

Setelah berbagai tuduhan ke atas DS Anwar dengan mengutip dari berbagai `tong najis' dan di tepi-tepi longkang termasuk yang zahir dari `punggung' seorang pemuda di negara ini, akhirnya pemimpin Umno mengutip berita berupa `bangkai' ini dari sumber luar pula.

Baru-baru ini sumber dari Washington Post yang dijadikan modal Umno menuduh DS Anwar ejen zionis Yahudi, dan hari ini di war-warkan pula DS Anwar ejen CIA pula. Kali ini sumbernya juga dari luar iaitu dikutip dari seorang Penulis Blog iaitu Elaine Meinel Supkis. Sampai begitu sekali `lapar'nya pemimpin Umno hinggakan sanggup meletakkan diri beliau seorang Menteri Kabinet ke tahap serendah itu dengan hanya merujuk kepada Penulis Blog?

Lojikkah di fikiran kita DS Anwar itu adalah ejen CIA di dalam masa yang sama Washington Post menyebut harus berhati-hati dengan beliau kerana pendekatan DS Anwar kini seolah-olah menyamai Presiden Iran yang amat ditakuti oleh Amerika? Mana satu yang betul? Jika benar DS Anwar ejen CIA Amerika, sudah lama negara ini lingkup kerana DS Anwar menjadi pemimpin pembangkang sudah begitu lama iaitu semenjak beliau dipecat dari Umno lagi.

Mengapa seorang ejen CIA begitu lantang menentang APCO? Apa pentingnya seorang ejen CIA begitu komited membantu PAS sedangkan PAS adalah sebuah parti yang tegas dengan dasarnya untuk mendirikan sebuah Kerajaan Islam? Semenjak bila ejen CIA membantu perjuangan Islam?

Nampaknya Umno semakin hilang arah untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Berbagai cara dan strategi telah mereka gunakan untuk memperdaya rakyat agar menjauhi tokoh reformasi ini.

Dari tuduhan Liwat 1 yang terbukti silap, kemudiannya Liwat 2, pengkhianat Melayu, Pengkhianat Islam, Penderhaka kepada Raja-Raja Melayu, Penyokong Zionist dan akhirnya ejen CIA.

Selepas ini mungkin dikatakan DS Anwar adalah ejen Iran pula. Maka, Utusan Meloya pun seperti biasa mengutip cerita ini dijadikan bahan berita untuk disumbatkan ke telinga pembaca-pembaca yang mereka rasa bodoh-bodoh belaka.

Sebab itu, beberapa kali kita pesan kepada seluruh rakyat jika ingin menjadi cerdik, Utusan Meloya dan TV3 suku bukanlah media yang patut mereka pilih.

Tidak hairanlah mereka mahu rakyat menjadi bodoh belaka kerana mudah untuk mereka perdayakan. Sekali lagi kita mahu mencabar Umno, beranikah mereka membuktikan dakwaaan mereka dan mengakan debat terbuka dengan DS Anwar? Biar saya sendiri menjawabnya, mengharapkan Umno berani berdebat sama seperti mengharapkan `kambing mandi pagi'.

PAS Cawangan Bandar Universiti lancarkan Bulan Al Quds

1 Syaaban 1431 H
Oleh: SUK DPPN PERAK

Bandar Sri Iskandar, - Pasti Al Jamiah Bandar Universiti dengan kerjasama PAS Cawangan Bandar Universiti telah menganjurkan satu ceramah sempena pelancaran Bulan Al Quds di kawasan tersebut pada minggu lepas.

Ustaz Imran AL Malizi yang merupakan seorang penulis dan penceramah terkenal mengenai isu Palestin, telah dijemput untuk mengupas dengan teliti beberapa peristiwa dan isu terkini yang berlaku di Palestin terutamanya tragedi kapal misi kemanusiaan yang diserang tempoh hari.

Ustaz Imran juga telah melancarkan tabung bantuan kemanusiaan sebagai satu inisiatif jihad harta khususnya bagi penduduk cawangan tersebut.

Pengarah Program, Ustaz Hakimi yang juga merupakan Ketua Penerangan Pas Cawangan Bandar Universiti ketika ditemui berkata, program pelancaran Bulan Al-Quds ini tepat pada masanya bersempena dengan malam 27 Rejab yang juga merupakan hari Isra' dan Mikraj.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada hampir 50 orang penduduk tempatan yang hadir bersama pada malam tersebut.Turut hadir pada malam itu ialah Ustaz Zaidan (Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit) dan Ustaz Hassan (YDP PAS Kawasan parit.