14 Julai 2010

PAS Cawangan Bandar Universiti lancarkan Bulan Al Quds

1 Syaaban 1431 H
Oleh: SUK DPPN PERAK

Bandar Sri Iskandar, - Pasti Al Jamiah Bandar Universiti dengan kerjasama PAS Cawangan Bandar Universiti telah menganjurkan satu ceramah sempena pelancaran Bulan Al Quds di kawasan tersebut pada minggu lepas.

Ustaz Imran AL Malizi yang merupakan seorang penulis dan penceramah terkenal mengenai isu Palestin, telah dijemput untuk mengupas dengan teliti beberapa peristiwa dan isu terkini yang berlaku di Palestin terutamanya tragedi kapal misi kemanusiaan yang diserang tempoh hari.

Ustaz Imran juga telah melancarkan tabung bantuan kemanusiaan sebagai satu inisiatif jihad harta khususnya bagi penduduk cawangan tersebut.

Pengarah Program, Ustaz Hakimi yang juga merupakan Ketua Penerangan Pas Cawangan Bandar Universiti ketika ditemui berkata, program pelancaran Bulan Al-Quds ini tepat pada masanya bersempena dengan malam 27 Rejab yang juga merupakan hari Isra' dan Mikraj.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada hampir 50 orang penduduk tempatan yang hadir bersama pada malam tersebut.Turut hadir pada malam itu ialah Ustaz Zaidan (Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit) dan Ustaz Hassan (YDP PAS Kawasan parit.

Tiada ulasan: