14 Julai 2010

Saman ekor kerana hendak wang - Idris

1 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik melalui saman ekor sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihaknya merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan.

"PAS bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara," katanya.

Kata Idris, PAS berpendapat, ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam," dakwa beliau.

Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan, katanya, bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat.

"Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan," katanya.

PAS, kata beliau, mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.

"PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13," katanya.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saman trafik adalah salah satu sumber kewangan kerajaan umno/bn, terutamanya melalu saman melalui perangkap laju. Bukan nak kurangkan kemalangan tetapi nak tingkatkan jumlah saman supaya dapat kutipan hasil yang banyak (RAKYAT DIDAHULUKAN).TETAPI ANDA PERCAYA ATAU TIDAK? 'KOMPAUN' YANG DIBAYAR TERUS KEPADA PENGUATKUASA BERTUGAS ADALAH mungkin PULUHAN KALI GANDA DARI NILAI SAMAN YANG DI KELUARKAN. Kalau nak tahu buat siasatan esklusif terhadap agensi penguatkuasaan, dapatkan maklumat melalui syarikat transpot, kontrektor pengangkutan dan agensi berkenaan.

UMNO BARU 1988, PARTI PENCETUS BANYAK MASALAH berkata...

Salam,

APA ITU...SLOGAN 1MALAYSIA
'RAKYAT DI DAHULU-KENAKAN'
'PENCACAI DI UTAMAKAN'


'RAKYAT DI DAHULUKENAKAN'-
SAMAN EKOR, MCM2 CUKAI ,GST, GULA TAK ADA, KOS HIDUP MENINGKAT, GAJI CIPUT, PEMIMPIN SALAHGUNAKAN WANG(BANYAK KES NI)-RAKYAT KENA BAYAR, MASJID RUNTUH, STADIUM RUNTUH, JAMBATAN NAK RUNTUH, AKHLAK MUDA MUDI MELAYU RUNTUH, SAMSENG JALANAN, MAT REMPIT, JUDI HALAL 1MALAYSIA, TUTUP SEMUA AKHBAR ALTERNATIF, SPEAKER SIVA KENA USUNG, BUANG DALAM STOR, SPEAKER JADIAN AMBIK ALIH...LEPAS 50 TAHUN MELAYU MASIH MISKIN BERGANTUNG KPD KERAJAAN...

'PENCACAI DI UTAMAKAN'- PENCACAI-PERKASA,RAKYAT BANGKIT, KRONI, ANAK BERANAK, KELUARGA, MEREKA INI SEMUA HABIS MENGERJAKAN WANG RAKYAT, WANG ROYALTI PECACAI UMNO BERAYA SAKAN, MELAYU KELANTAN 90% DIBERI WANG EHSAN-PENGKHIANAT MELAYU RUPANYA UMNO NIH, SBB TU ADA RAKYAT KELANTAN TINGGAL BAWAH RUMAH, WAWASAN 2020 NEGARA MAJU- TAPI 2019 BANGKRAP, APCO 77 JUTA, APCO KAHWEN DGN UMNO JADI UMCO, BOM C4 GUANO CERITA, KES LIWAT 2, ENJIN JET HILANG! ISU BABI OLEH GENG KEPALA LEMBU, ISU NAMA ALLAH, PUAK2 UMNO DAN MCA DAN MIC DAN GERAKAN BERPECAH BELAH,HURU HARA, HARU BIRU...

KESIMPULANNYA UMNO DAH TERUK BURUK, BUSUK DARI KEPALA HINGGA KE USUS BERULAT DAH...

MARILAH KITA SAMA-SAMA SOKONG PAKATAN RAKYAT DI BAWAH PIMPINAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM-PKR, MESRA RAKYAT NEGARA BERKEBAJIKAN, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ B NIK MAT-PAS, PEMIMPIN YANG BEBAS RASUAH, DAN TIDAK TAMAK HARTA DUNIA, ULAMA PEWARIS RASULULLAH-PEMIMPIN JUJUR, RAKYAT MEWAH