29 Julai 2010

Merancang kelahiran anak

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Islam membenarkan perancangan kelahiran anak sekiranya ada faktor-faktor yang munasabah dan sebab-seab yang dibenarkan. Cara yang popular digunakan manusia di zaman Rasulullah s.a.w adalah dengan berazal iaitu mencabut zakar ketika sampai kemuncak dan memancutkan air mani di luar faraj perempuan. Para sahabat melakukan perkara ini di zaman kenabian dan turunnya wahyu tanpa ada tegahan. Jabir berkata:

كنا نعزل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم والقرآن ينزل
Maksudnya: “Kami melakukan ‘azal’ di zaman Rasulullah s.a.w tanpa tegahan sedangkan Quran sentiasa turun.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan berkata “Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mempunyai hamba perempuan dan aku melakukan azal kepadanya. Ini kerana aku tak suka dia mengandung sedangkan aku berkehendak sepertimana lelaki-lelaki yang lain hendak. Orang-orang yahudi mendakwa azal adalah pembunuhan bayi mini!! Nabi s.a.w menjawab:

كذبت اليهود ولو أراد الله أن يخلقه ما استطعت أن تصرفه
Maksudnya: “Orang yahudi bercakap bohong. Kalaulah Allah hendak menjadikan air mani itu sebagai anak maka kamu tidak mampu nak menghindarinya.” (Hr Ashabus Sunan)

Faktor-faktor yang dibenarkan syara’ untuk merancang keluarga

Pertama: Takut berlaku sesuatu yang tidak diingini pada nyawa ibu atau terjejas kesihatannya apabila dia mengandung atau melahirkan anak. Ini diketahui dari pengalaman atau makluman dari ahli perubatan yang dipercayai. Firman Allah:

Maksudnya: “Janganlah kamu mencampakkan diri kamu kelembah kebinasaan.” (195 : al-Baqarah )Firman Allah:

Maksudnya: “Janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihani terhadap diri kamu.” (29: an-Nisa )

Kedua: Takut berlaku kesusahan dan kemelaratan dunia yang boleh membawa kesulitan dalam agamanya sehingga dia melakukan perkara yang haram. Firman Allah:
Maksudnya: “Allah mengkehendaki kamu kesenangan dan tidak mengkehendaki kamu berada dalam kepayahan.” ( 185: al-Baqarah )

Firman Allah:
Maksudnya : “Dan Allah tidak mengkehendaki untuk menjadikan kamu berada dalam kesusahan pada melaksanakan perintah agamanya” (6 : al-Maidah )

Ketiga: Takut menjejaskan kesihatan anak-anak atau kurangnya didikan. Dalam hadis menyebut seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata “Hai Rasulullah sesungguhnya aku melakukan azal terhadap isteriku.” Rasulullah s.a.w bertanya “ Kenapa kau berbuat demikian?” Lelaki itu menjawab “Aku kesian terhadap anak-anak isteriku.” Rasulullah s.a.w bersabda:

لو كان ضارا لضر فارس والروم
Maksudnya: “Kalaulah ia memberi mudarat nescaya ia memberi kemudaratan kepada bangsa Farsi dan Rom.” ( Hr Muslim )

Keempat: Takut mengandung dalam keadaan ada bayi yang masih menyusu lagi. Nabi s.a.w menganggap berjimak ketika menyusu ini jenayah yang tersembunyi kerana ia merosakkan susu dan melemahkan anak. Ini disebut dalam hadis riwayat Imam Abu Daud.

Bernikah dgn wanita hamil

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Ulama berkata berkenaan dengan menikahi wanita yang hamil:Kalaulah kehamilan kerana zina ada dua pendapat berkenaan dengan hukum akad nikah yang dijalankan:-

Pertama: Batal akad nikahnya. Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Maliki dan kebanyakan para ulama.

Kedua: Sah akad nikahnya. Namun tidak boleh berjimak dengan wanita tersebut sehinggalah dia melahirkan anak. Ini adalah pendapat Syafie dan Abu Hanifah.

Dalil dalam masalah ini adalah hadis Nabi s.a.w:

Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah air maninya disiramkan pada anak orang lain.(Hr Tirmizi -Hasan)

Ulama berkata:sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang dia berzina dengannya, dia boleh berjimak dengannya walaupun perempuan tadi sudah hamil kerana kehamilan itu daripadanya dan tidak termasuk larangan menyiram air mani ke pada anak orang lain.

Sekiranya dia berkahwin dengan orang yang berzina dengan orang lain dan tidak mengandung maka dia boleh berjimak dengannya selepas akad nikah. Adapun sekiranya wanita yang dinikahi itu hamil daripada orang lain maka hukumnya telah lepas iaitu dua pendapat.

Cara mandi dan berwuduk ketika ada pembalut luka pada anggota

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Definasi Jabirah: Ia adalah penutup atau pembalut anggota (samada kain, simen, kayu dan sebagainya) yang menegah sampai air ketempat yang wajib disampaikan air dalam mandi atau wuduk yang wajib.

Hukum Jabirah: Sekiranya si pemakai tidak takut timbulnya kemudaratan pada anggota yg dibalut atau disimen apabila ia ditanggalkan maka wajib ditanggalkan. Jika takut kemudaratan maka tidak perlu ditanggalkan. Apabila boleh ditanggalkan dan dan dibasuh maka cara wuduk dan mandi seperti biasa.

Jika tidak maka caranya adalah seperti berikut:
Cara wuduk orang yang dibalut anggota wuduknya:

1. Berwuduk sehinggalah sampai tempat yang dibalut.

2. Bertayammum sebagai ganti dari tempat yang luka yang tidak boleh dibasuh.

3. Membasuh atau menyapu tempat yang sihat yang boleh dibasuh atau disapu.

4. Sapu dengan air di atas permukaan pembalut yang membalut luka.

5. Menyempurnakan wuduk.

Perhatian: Tayammum adalah pada dua anggota iaitu muka dan tangan sampai siku.

Cara mandi orang yang dibalut anggotanya:

Hendaklah dia memilih samaada mendahulukan mandi atau atau tayammum. Seeloknya dia mendahului mandi daripada tayammum supaya air mandi menghilangkan kesan tanah.

Hukum apabila seseorang itu hendak sembahyang fardu kali kedua dan dia masih lagi suci dengan wuduk cara lepas (5 step yg lepas):

: Dia hanya perlu tayammum sahaja menurut pendapat imam Nawawi dan ini pendapat yang muktamad. Imam Rafi’ie menyatakan perlu tayammum dan membasuh kembali anggota yang tertibnya selepas anggota yang dibalut.

Hukum apabila seseorang itu hendak sembahyang fardu kali kedua dan dia masih lagi suci dengan mandi yang lepas (mandi dengan tayammum) dan wuduk yang biasa:

: Dia hanya perlu tayammum sahaja menrut persepekatan ulama Syafi’ie.

Hukum solat orang yang dibalut anggota wuduk atau mandinya dari segi perlu diqada (ulang) atau tidak:

1. Apabila pembalut itu membalut anggota tayammum (muka dan tangan) maka wajib qada.

2. Kalau bukan di anggota tayammum maka dilihat seperti berikut:

Sekiranya pembalut hanya membalut tempat yang luka maka tidak perlu qada.Sekiranya pembalut membalut tempat yang luka dan melampaui tempat yang sihat maka ada pemerincian:

Kalau yang lebih itu hanya mengambil kadar untuk mengukuhkan pembalut tersebut dan diletakkan pembalut tadi dalam keadaan bersih dari hadas kecil atau besar maka tidak wajib qada.

Sekiranya yang lebih itu hanya mengambil kadar untuk mengukuhkan pembalut tersebut dan diletakkan dalam keadaan tidak suci dari hadas kecil atau besar ataupun dibalut sehingga melebihi keperluan untuk mengukuhkan pembalut tersebut maka wajib diqadakan.

Adapun sekiranya luka tersebut tidak dibalut maka wajib membasuh bahagian yang sihat dan tayammum. Tidak wajib mengqadakan solatnya walaupun luka tersebut pada anggota yang luka.

Imam Nawawi dalam kitab Majmuk memilih pendapat al-Muzani yang mengatakan orang yang membalut anggota wuduk atau mandinya pada semua keadaan diatas.

Berjual beli ketika azan dan waktu mustajab pada hari jumaat

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Larangan bermuamalat bermula dari azan yang kedua berkumandang.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman apabila dikumandangkangkan azan pada hari Jumaat hendaklah kamu segera untuk mendengar khutbah Jumaat dan meninggalkan jual beli. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.” ( 9 : al-Jummu’ah )

Daripada ayat ini ulama mazhab Syafie menyatakan haram kepada mereka yang wajib solat jumaat melakukan urusan muamalat sperti jual beli, hutang, sewa dan sebagainya yang melewatkan untuk hadir ke masjid yang diadakan khutbah dan solat Jumaat. Larangan ini bermula dari azan yang ke dua.

Adapun azan yang pertama hanya makruh sahaja. Begitu juga orang yang tidak wajib solat jumaat sperti wanita dan lelaki yang bermusafir untuk berurusan sperti jual beli dan lainnya dengan orang yang wajib solat jumaat. Larangan ini sehinggalah habis solat jumaat.

Perhatian: Larangan ini banyak dilanggar manusia samada orang yang diwajibkan solat jumaat atau tidak. Mereka melakukan pelbagai perkara ketika sudah azan ke dua berkumandang. Wanita2 berjual beli atau urusan muamalah yg lain dengan lelaki yang diwajibkan solat Jumaat. Perkara ini adalah diharamkan.

Malahan dalam mazhab Hanafi menyatakan pengharaman bermula dari azan pertama lagi. Pendapat ini disokong oleh Dr Wahbah az-Zuhaili.

2.Waktu mustajab pada solat Jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:
فيها ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه
Maksudnya: “Pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana Allah akan menerima permintaan seorang hamba yang muslim yang berdiri solat dan meminta sesuatu kepada Allah.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terdapat perselisihan berkenaan dengan waktu mustajabnya doa pada hari Jumaat berdasarkan hadis2 yang datang seperti berikut:

Pertama: Diantara Imam duduk diantara dua khutbah sehinggalah habis solat Jumaat. (Hr Muslim-sahih)

kedua: Setelah selesai khutbah sehinggalah habis solat Jumaat imam. (Hr Tirmizi – Dhoif)

Ketiga: Waktu yang akhir dalam waktu asar. (Hr Abu Daud – sahih)

Keempat: Selepas solat asar sehinggalah terbenam matahari. (Hr Tirmizi – Hasan)

Abu Bakr al-Athram berkata:
“Hadis2 ini tidak lari daripada dua perkara: 1. Samaada sebahagian hadis ini lebih sahih daripada sebahagian yang lain. 2. Ataupun samaada waktu mustajabnya doa berpindah dari satu ke satu masa seperti berpindahnya malam qadar diantara 10 malam yang terakhir.”Jika dikira dari segi kekuatan sanad hadis yang diriwayatkan Imam Muslim paling kuat.

Kuasa SPR, Kenyataan Muhyiddin mengelirukan .

16 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Saya sangat keliru dengan kenyataan terkini Muhyiddin Yassin di Seoul Korea yang berkata, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menurutnya, terserah kepada SPR untuk membuat keputusan berkenaan berdasarkan keadaan kewangannya.

Jelas beliau, berdasarkan pengalaman mengadakan pilihan raya umum yang lepas, penentuan hari pengundian dilakukan oleh SPR.

Satu sisi saya bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin yang mengatakan tarikh Pilihanraya dalam soal penentuan hari mengundi dilakukan oleh SPR, itupun dalam keadaan tertentu kita melihat SPR sering berat sebelah apabila mengadakan piliharaya ditempat yang dijangaka BN meneng dan untuk memepertahankan kerusinnya dalam setiap kali PRK pada hari cuti, seperti hari ahad.

Tetapi kalau tempat kerusi yang akan dipertahankan oleh PakatanRakyat ditetapkan hari mengundi pada hari kerja. Mungkin bagi menyukarkan pengundi keluar bila berkerja sekaligus menurunkan pratus keluar mengundi.

Namun meletakkan tanggung jawab sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, adalah mengelirukan.

Tidakkah hak membubarkan DUN terletak kepada Nasihat MB sesbuah negeri dan mendapat perkenan dari Sultan negeri tersebut. Berarti tidak timbul dalam hal ini SPR tidak mempunyai kuasa.

Apapun saya melihat kerajaan dan BN ingin campurtangan keatas pentadbiran negeri yang dikuasai oleh pakatan Rakyat termasuklah dalam menentukan pembubaran DUN yang terteletak kuasa mutlak kepada negeri, bukannya SPR.

Mengelirukan lagi bila dalam kenyataan Muhyiddin yang berkata sekiranya, negeri-negeri pakatan rakyat berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka. Namun dia tidak mengesahkan bahawa itulah sebenarnya hak negeri yang tidak boleh ditentukan oleh SPR seperti didakwa oleh Muhyiddin.

Hukum hakam solat

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Bersalam selepas solat

Al-Izz bi Abdus Salam berkata:"Sesungguhya bersalaman selepas solat adalah daripada bida'ah yang diharuskan, tidak dikatakan makruh dan tidak dikatakan sunat."

Imam Nawawi telah mengulas pendapat Imam 'Izz degan berkata:"Dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah baik. Pendapat yang terpilih adalah: sekiranya seseorang itu bersalaman dengan orang yang bersamanya (dia sudah berjumpa) sebelum solat maka hukumnya adalah harus seperti yang kami sebut.

Dan sekiranya dia bersalaman dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat maka hukumnya adalah sunat kerana bersalaman ketika bertemu adalah sunat menurut persepakatan ulama berdasarkan hadis-hadis yang sahih."

2. Hukum melanjutkan dan memanjangkan bacaan salam.

Disunatkan tidak memanjangkan bacaan salam. Dalam hadis riwayat abu hurairah:Maksudnya: "mencepatkan bacaan salam adalah sunnah" (Hr Tirmizi)

Ibnul Mubarak berkata:"Makna lafaz hadis ini adalah tidak memanjangkan bacaan salam"maksudnya makruh panjangkan bacaan salam cthnya waslaaaaaam atau walaikum salam warahmatullaaaaaaah.

3. Hukum solat sunat duduk.

Berdiri dalam solat sunat adalah sunat hukumnya. Sah solat secara duduk atau mengiring dalam semua solat sunat samaada dalam keadaan mampu atau tidak mampu dan sihat ataupun sakit. Namun berdiri adalah lebih baik. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang solat berdiri dalam solat sunat itulah yg lebih baik. Sesiapa yg solat sunat duduk dia mendapat setengah pahala solat orang yang berdiri. Sesiapa yg solat sunat baring secara mengiring dia mendapat setengah pahala orang yang solat sunat duduk." (Hr Bukhari)

Pahala dikurangkan ketika solat sunat duduk atau baring secara mengiring adalah jika dia berkeadaan begitu dalam keadaan dia mampu berdiri. Jika dia tidak mampu maka dia mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang berdiri.

SPRM mesti di bawah Parlimen

16 Syaaban 1431 H
http:idrisahmad.wordpress.com

PAS berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen.

Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.

Bernama melaporkan, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Jalil, berkata perbagai perubahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mengambil pendekatan lebih telus dan profesional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.

Menuirut beliau, suruhanjaya ini perlu meningkatkan lagi imejnya sebagai sebuah institusi yang bukan saja dihormati malah digeruni

PAS bersimpati dengan kesungguhan pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan yang dilaporkan kepada mereka. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk melakukan siasatan.

Malangnya kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara. Manakala Peguam negara pula terikat dengan arahan yang lebih atas. Akhirnya kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM berlalu begitu sahaja, akibatnya imej SPRM yang tercemar.

Pas tetap menegaskan, SPRM mesti menjadi satu badan yang wibawa seperti zaman almarhum Tan Sri Harun Hashim yang mengetuai Biro Pencegah Rasuah (BPR). Waktu itu BPR begitu wibawa dan digeruni, bukan sahaja oleh pegawai malahan oleh menteri.

Almarhum pernah menceritakan bagaimana almarhum Tunku Abdul Rahman tidak campur tangan urusan penyiasatan oleh Biro Pencegah Rasuah walaupun melibatkan menteri atau orang kenamaan. Malahan Tuanku memesan kalau hendak tangkap orang besar biarlah beliau tidak ada di dalam negara, supaya anak isteri mereka tidak datang minta tolong kepadanya.

PAS tidak mahu melihat persepsi orang awam bahawa SPRM hanya menyiasat kes bilis, sedangkann ikan jerung terbolos. Rujukan kepada kes Beng Hock, melambangkan bagaimana gambaran masyarakat terhadap SPRM adalah pelindung kepada pemimpin yang menjadi penguasa.

Rakyat masih tertanya-tanya bagaimana fail Rafidah Aziz yang sudah selesai disiasat, tetapi tidak pula kedengaran di bawa ke muka pengadilan.

Kewibawan SPRM tidak akan dikembalikan kalau sekadar dijenama semula nama daripada Badan Pencegah Rasuah.Nama tidak penting sangat, tetapi yang penting ialah pengisiannya dan pelaksanaanya.

SPRM mesti menjadi badan yang benar-benar wibawa dan berikan kepadanya kuasaa untuk mendakwa dan tidak perlu berada di bawah dagu orang lain kalau ia hendak menjadi badan yang disegani dan digeruni.

Pakatan Rakyat berazam sekira diberi mandat maka SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, dengan harapan, rasuah sebagai musuh negara dapat diperangi.

Harakahdaily/-

Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja

16 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

"penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya," kata Zaid dalam Twitternya.Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan," tulis Zaid lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula yang menyambut baik pengumuman Mohd Sidek itu berkata, kebenaran itu harus dibenarkan kepada semua pihak, tidak kira mereka menyokong kerajaan atau Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya sudah lama kerajaan benarkan guru terlibat dengan politik. Tapi jangan dibenarkan untuk parti kerajaan sahaja sebaliknya kena diberikan kepada semua terpulanglah kepada mereka untuk menyokong parti politik mana.

"Tidak kisahlah mana-mana ideologi politik. Sebelum ini kita pun tahu walapun mereka tidak dibenarkan berpolitik tapi banyak aktivis mereka (BN) terlibat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, kerajaan tidak perlu gusar untuk membenarkan guru atau pegawai-pegawai jabatan kerajaan terlibat dalam politik khususnya pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah mengabaikan tugas di tempat kerja atau melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Selama ini kita lihat orang yang terlibat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS, mereka orang yang profesional dalam tindakan mereka. Mereka berkerja dengan tekun walaupun kerajaan yang ada ini kerajaan BN. Mereka tidak sabotaj kegiatan atau arahan kerajaan di peringkat pusat," katanya yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga mahu kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mereka mempunyai kesedaran politik sejak awal lagi.

Ujarnya, masalah lambakan orang muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih berpunca daripada tiadanya kesedaran politik sewaktu mereka di kampus.

"Kita harapkan pelajar-pelajar juga dibenarkan untuk terlibat dengan supaya ada satu kesedaran politik di peringkat kampus lagi. maka tidak timbullah sekarang ini masalah orang muda tidak mahu daftar mengundi kalau mereka diterapkan dengan kesedaran politik sewaktu belajar," katanya.

Sementara itu, nada yang sama turut diutarakan pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik yang mahukan kerajaan telus dalam memberikan kebenaran itu.

"Kita mahu biar peraturan ini jadi satu peraturan yang telus untuk dipraktikkan oleh guru dan rakyat untuk bekerja membantu parti-parti politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang," katanya.

Beliau juga berharap kebenaran itu dimanfaatkan oleh guru-guru untuk memperjuangkan Islam.

"Kita harap kebenaran ini diambil oleh guru-guru bagi memperjuangkan keadilan Islam dalam negara ini. Sebagai guru dia boleh memimpin pelajar dan memimpin masyarakat.

Namun beliau menyuarakan sedikit kebimbangan kebenaran itu digunakan Umno BN untuk kepentingan politik meraka.

Hal ini kerana katanya, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat guru besar yang ditawarkan untuk memegang jawatan di cawangan dan bahagian Umno.

"Saya mendapat maklumat ada pejabat pelajaran negeri yang pengarahnya pro Umno meminta guru supaya memegang jawatan di cawangan dan bahagian.

"Jadi saya minta kementerian telus dalam memberi kebenaran ini. Jangan digunakan untuk memperalatkan guru untuk kepentingan mereka," katanya.

Hari ini, Mohd Sidek membuat pengumuman bahawa kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

Harakahdaily/-

Salah faham terhadap PAS

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Li Fook Gao

Soalan 1:

Pada pendapat Naib Presiden sekalian, apakah yang orang di kampung sering salah-faham mengenai perjuangan PAS - selama ini?

TITM: Orang kampung seringkali tidak mendapat maklumat sebenar tentang perjuangan PAS. Lantaran itu mereka sering kali dikelirukan dengan pelbagai isu yang berlaku dalam negara.

Salah faham utama yang berlaku ialah anggapan PAS memecah belah masyarakat melayu (Islam), dan bilamana isu ini dijelaskan bahawa tujuan perjuangan PAS untuk mengajak masyarakat kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam masyarakat. Kita menyatakannya dalam pelbagai ceramah dan ucapan, kuliah dan sebagainya; namun ianya masih lagi tidak diyakini.

Namun setelah kita menguasai kerajaan negeri di kelantan ( lebih 20 tahun ), Terengganu satu masa dahulu, Kedah dan negeri lain kita bukan sahaja berjaya menyatakan dalam bentuk lisan tetapi juga dalam bentuk pembuktian melalui penghayatan.

Ini menambahkan sokongan dan keyakinan masyarakat kepada perjuangan PAS.

SA: Mereka sering mengganggap PAS sebagai parti pelampau agama, mereka anggap kita ekstrem dan mereka mengganggap PAS ialah parti yang memecah-belahkan masyarakat – itu yang saya rasa yang orang kampung dan pedalaman yang tidak terdedah pada media dan maklumat, itulah persepsi mereka kepada PAS.

Saya rasa sekarang dengan kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan dan Internet, dan berlakunya ‘espora’ iaitu anak-anak mereka yang keluar belajar di bandar-bandar besar, pengajian tinggi dan juga jentera PAS yang semakin bersistematik dalam memberikan penerangan mengenai dasar-dasar parti, saya rasa perkara ini telah sedikit demi sedikit dapat kita atasi.

Di negeri-negeri Kelantan dan Kedah ini, kita melihat mereka ini terdiri daripada orang-orang Melayu yang lebih independent (berdikari) – mereka tidak banyak bergantung dengan kerajaan. Jika kita lihat rakyat di Kelantan ini, wanita-wanita mereka dan kaum-kaum lelaki mereka banyak bekerja dan berniaga sendiri menyebabkan mereka tidak terasa bergantung dengan parti pemerintah.

Yang keduanya, oleh kerana ini terdapat banyak pusat pengajian Islam yang membolehkan mereka lebih banyak terdedah kepada ajaran agama – jadi apabila jumpa PAS yang dasarnya Islam, mereka lebih mudah memahami perjuangan PAS berbanding dengan negeri-negeri lain.

MO: Terlalu sedikit kumpulan yang salah faham tentang perjuangan Pas. Yang ada hanya golongan yang ketakutan hilang segala bantuan kebajikan pendidikan, pertanian dan bantuan lain yang diperolehi selama ini.

Akan tetapi, sekarang dengan perubahan gaya hidup dan perubahan kewujudan bandar baru menjadikan masyarakat kampung turut berubah. Di samping itu, kemunculan generasi baru anak-anak muda yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat menjadikan soal kekeliruan dan salah faham terhadap PAS bukan masalah pokok kepada parti.

Yang menjadi perkara pokok sekarang ialah proses penyampaian maklumat yang lebih efisyen perlu dilakukan oleh PAS.

Soalan 2:

Jika Naib Presiden terjumpa seorang ahli biasa dari parti UMNO, bagaimanakah sekalian berhujah untuk menarik beliau untuk menyertai PAS?

SA: Pada saya, orang-orang yang seperti ini perlu didekati dengan penuh bijaksana dan hikmah – perlu ada step by step, alah demi alah untuk kita mendekati mereka dengan mengambil pendekatan untuk berhubung dengan mereka.

Kedua, kalau boleh kita memberikan tawaran perkhidmatan kita kepada mereka dan ketiga barulah kita berkongsi tentang dasar-dasar perjuangan PAS kepada mereka.

Jadi perlu ada step by step, dan ini semua perlu dibuat dengan penuh kesabaran.

MO: Yang utama bukan hujah…tetapi apakah pandangan pertama (first impression) yg diperolehi oleh seseorang terhadap diri pimpinan PAS.

Bahasa badan kita yang mempamerkan keterampilan kemesraan akan menjadikan orang lain berhasrat untuk didekati dan dengan sendirinya mereka akan mendapat satu penghujahan mengenai pimpinan PAS bahawa mereka adalah orang yang sangat perihatin terhadap kehidupan persekitaran.

TITM: Hujan utama ialah al-Quran dan hadis. Kita perlu yakinkan mereka bahawa sebagai seorang Islam kita mesti yakin akan kebaikan ajaran Islam dan kemampuan Islam bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara.

Kita mengajak mereka memikirkan tentang isu besar rasuah yang berleluasa, laporan kedua audit serta peningkatan jenayah dan kemungkaran dalam masyarakat yang menuntut kita kembali kepada ajaran Islam.

Saya seringkali mengajukan persoalan 'apa ruginya kalau kita kembali kepada Islam, bangsa akan selamat, agama akan selamat, negara akan selamat, generasi kita akan selamat. namun kalau kita hanya memperjuanagkan bangsa, mungkin bangsa akan selamat, tapi apabila agama tidak selamat, maka bangsa itu juga lambat laun akan turut hancur dengan keruntuhan moral dan akhlak.

Jangan kita turut mendokongi dosa kemungkaran yang ditaja oleh UMNO BN, kerana bersekongkol dengan mereka bermakna kita turut mendokongi kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.

Soalan 3:

Harap para Naib Presiden dapat lengkapkan pantun di bawah:

Harga naik rakyat marah,
Rakyat marah Umno gelisah.

MO: Harga naik rakyat marah,
Rakyat marah Umno gelisah,
Jangan tunggu bagi parah,
Buang saja Umno dalam tong sampah.

Harga naik rakyat marah,
Rakyat marah Umno gelisah,
Jangan tunggu bagi parah,
Nanti rakyat juga yang susah.

TITM: Harga naik rakyat marah,
Rakyat marah Umno gelisah,
Keadaan Umno makin parah,
Tingkatkan jihad jangan menyerah kalah.

SA: Harga naik rakyat marah,
Rakyat marah Umno gelisah,
PAS mesti terus mengarah,
Supaya Umno-BN menyerah kalah.

Harakahdaily/-

Bubar Dun, BN takut!

16 Syaaban 1431 H
Oleh: S. Wahab

BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.

Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya.

Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR.

Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihan raya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013. Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013.

Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihan raya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR.

Harakahdaily/-

Guru dibenar berpolitik, awas perangkap Umno-BN

16 Syaaban 1431 H
Oleh: A.Nuri

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Berita ini pastinya disambut gembira oleh ahli dan penyokong Umno-BN. Bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kenyataan ini silap hari bulan sebagai satu perangkap kepada mereka.

Jika sebelum ini bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat segala sokongan dan aktiviti mereka dilakukan secara senyap-senyap kerana pelbagai tekanan dan ugutan yang diterima. Ancaman itu datang daripada guru besar atau pengetua yang menjadi penyokong kuat Umno atau pemimpin Umno setempat.

Bagi mereka yang dikesan terlibat dengan politik selain daripada Umno mereka berdepan risiko dikenakan pelbagai tindakan. Antaranya ditukar ke pedalaman atau tempat berjauhan dengan keluarga serta dinafikan Anugerah Cemerlang dalam perkhimatan walaupun menunjukkan prestasi dan sumbangan yang jauh lebih baik daripada penyokong dan pengampu Umno di sekolah.

Manakala ahli dan penyokong Umno selama ini secara terbuka terlibat aktif dalam politik. Pentadbir sekolah akan hanya memekakkan telinga dan memandang sebelah mata seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mana-mana guru besar dan pentadbir yang menyokong Pakatan Rakyat juga tidak berani menegur kerana bimbang daripada pengaruh pemimpin Umno setempat.

Kenyataan KSN ini sebenarnya akan menjadikan ahli dan penyokong Umno di sekolah lebih 'besar kepala' dan bermaharajalela menyebarkan dakyah politik mereka.

Bagi guru-guru kumpulan A yang pro Pakatan Rakyat yang hendak tunjuk berani pastinya akan berdepan pelbagai risiko. Bagi saya kebenaran kepada kumpulan A berpolitik sebenarnya hanya menguntungkan politik Umno semata-mata bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat langkah ini sebenarnya hanyalah satu perangkap dan jerat kepada mereka.

Harakahdaily/-

ADUN DAP Ayer Keroh digantung sehari

16 Syaaban 1431 H

ADUN Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong digantung sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka esok kerana mengingkari arahan Speaker.

Speaker Datuk Wira Othman Muhamad, berkata tindakan ke atas wakil rakyat DAP itu terpaksa diambil kerana Khoo telah melanggar peraturan 34 (1), (2) dan (3) tatatertib mesyuarat ketika membahaskan satu usul.

Dewan ketika itu sedang membahas usul yang dibawa oleh Lim Jak Wong (DAP-Bachang) berkaitan cadangan pembinaan pusat pengurusan pepejal di Sungai Udang.

Othman memberitahu pemberita kemudiannya bahawa beliau sebelum itu telah beberapa kali meminta supaya Khoo segera menghentikan perbahasannya, tetapi Khoo masih ingkar dan meneruskan perbahasan, maka tindakan penggantungan terpaksa diambil.

"Tindakan menggantung satu hari ini adalah minimum. Saya tidak boleh bersabar dengan tindakan ADUN ini kerana berdegil melanggari peraturan Dewan supaya beliau berhenti berbahas," katanya.

Othman berkata sejak mula dilantik sebagai Speaker DUN Melaka pada April 2008, itulah pertama kali beliau mengambil keputusan menggantung kehadiran ADUN daripada menghadiri persidangan Dewan.

Beliau berkata beliau telah mengarahkan anggota polis supaya menahan Khoo sekiranya beliau tetap menghadiri persidangan Dewan esok.

Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP Melaka pula berkata beliau akan tetap menghadiri persidangan Dewan kerana beliau mempunyai komitmen kepada pengundinya.

Beliau berkata beliau terpaksa meneruskan perbahasannya walaupun telah diminta untuk berhenti, kerana beliau sebelum itu semasa berbahas telah diganggu oleh ADUN Sungai Rambai, Hasan Raman.Dewan bersidang selama tiga hari mulai semalam.

Malaysiakini/-

Kontrak pertahanan: Mengelakkan tatapan umum

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Kuek Ser Kuang Keng

Bahagian kedua dalam siri laporan khas ini menggariskan tiga faktor utama yang menghalang perbelanjaan ketenteraan -- berjumlah RM180 bilion bagi tempoh 23 tahun lalu -- daripada tatapan umum dan dibincangkan.

Maklumat tidak didedahkan dengan alasan 'rahsia ketenteraan' dan 'keselamatan negara.'Maklumat berkaitan harga terhad kepada pasaran pertahanan melibatkan banyak isu teknikal dan spesifikasi yang merumitkan proses penilaian dan perbandingan.

Walaupun kementerian pertahanan menetapkan peraturan dan mekanisme dalaman untuk mengelakkan berlakunya amalan luar aturan, tidak ada badan luaran yang bebas untuk menelitinya.

Penyelidik pertahanan Lam Choong Wah (kiri) berkata, perolehan dijalankan melalui tiga kaedah -- rundingan terus, tender terbuka dan sebut harga.

Lam yang merupakan bekas wartawan yang mendalami isu pertahanan, kini merupakan pengarang di portal pertahanan KL Security Review. Buku pertama tulisannya bertajuk 'Uncovering Malaysia's Defence' dijadualkan dilancarkan bulan depan.

Satu surat pekeliling oleh kementerian kewangan yang dikeluarkan pada 2007 menetapkan, tender perlu dibuka untuk semua perolehan kerajaan bernilai RM500,000 ke atas.

Rundingan terus pula merupakan kaedah yang paling tidak telus antara ketiga-tiganya, namun bilangan perolehan yang dibuat melalui proses ini semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lam menjelaskan, kaedah rundingan terus dibenarkan dalam keadaan tertentu -- apabilahanya satu syarikat yang menyediakan peralatan atau perkhidmatan berkenaan -- bagi menetapkan standard spesifikasi peralatan; keperluan darurat; dan juga berdasarkan pertimbangan strategi dan politik, seperti hubungan dua hala antara negara.

Menurut satu jawapan bertulis daripada kementerian pertahanan pada Mac tahun lalu, jumlah perolehan melalui rundingan terus hampir meningkat sekali ganda daripada sebanyak 52 pada 2006 menjadi 100 pada 2009.

Nilainya juga meningkat daripada RM2.1 bilion kepada RM4.4 bilion dalam tempoh berkenaan.

Malaysiakini/-

4 lepas tuduhan menghasut

16 Syaaban 1431 H

Keempat-empat lelaki yang dituduh menghasut dalam 'perhimpunan kepala lembu' bagi membantah pemindahan kuil di Shah Alam Ogos tahun lalu terlepas daripada dikenakan sebarang hukuman.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Hasbi Hasan berkata, kesemua tertuduh bawah Akta Hasutan 1948 itu "dilepaskan tanpa dibebaskan" setelah pihak pendakwaan memutuskan tidak meneruskan proses itu.

Penglibatan Ibrahim Sabri, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, Ahmad Suhairy Zakaria dan Mohd Hilmi Ali dalam perhimpunan kontroversi itu dituduh mempunyai "kecenderungan menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum."

Pihak pendakwaan, diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof berkata mereka tidak meneruskan pendakwaan kepada pihak berkenaan kerana dua lagi yang dituduh telah mengaku salah.

Dengan keputusan mahkamah hari ini, kesemua mereka lepas daripada hukuman didenda tidak lebih RM5,000, dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, seorang dua lagi yang didakwa bawah akta yang sama dikenakan hukuman selepas menukar pengakuan kepada bersalah .

Eyzva Ezhar Ramli dijatukan hukuman denda RM3,000 dan seminggu penjara makala Mohd Azmir Mohd Zain pula hanya didenda dengan jumlah yang sama.

Pihak pembelaan sebelum itu meminta Eyzva Ezhar dan Mohd Azmir diringankan hukuman kerana mereka tiada kencenderungan menimbulkan perasaaan tidak senang pada hubungan kaum, telah menyesal, insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Walaupun mempertimbangkan rayuan tersebut, hakim mengakui penghujahan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, sensitiviti perlu dijaga.

Hasbi juga menasihatkan tertuduh lebih prihatin dan berfikir sebelum melaksanakan sesuatu perkara.

"Semoga perkara ini menjadi pengajaran supaya pihak lain tidak melakukan perkara yang sama," katanya.

Malaysiakini/-

Protes lembu: Seorang dipenjara, 11 didenda

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu.

Mereka ialah Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36, dan timbalannya, Ibrahim Sabri, 42; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain; 35, Ahmad Suhairi Zakaria, 30; Mohd Hilmi Ni, 40; Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd. Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 56; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md. Harun, 39; dan Azhari Shaari, 39.

Hakim membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, pengakuan bersalah dan latar belakang tertuduh.

Seksyen tersebut menyatakan, tertuduh terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang "dengan tujuan untuk melakukan mudarat awam".

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, semua 12 mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5A) 1967 Akta Polis yang membawa hukuman lebih berat.

Berpeluk gembira

Ketika membuat rayuan, pihak pembelaan - diketuai peguam Afifuddin Ahmad Hafifi - meminta kesemua anak guamnnya diberikan hukuman hanya didenda ringan memandangkan kesemua mereka telah mengaku salah dan insaf ataas perbuatan masing-masing.

Tindakan itu sekaligus menjimatkan kos dan masa mahkamah bagi menyelesaikan kes-kes lain, takmbahnya.

Afifuddin juga berkata, dalam perhimpunan yang disertai mereka, tiada berlaku sebarang kerugian dan kerosakan harta benda.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim menegaskan, tindakan kesemua pesalah berkait dengan kepentingan awam.

Sehubungan itu, tambah Hasbi, kesemua perbuatan yang membantah pemindahan kuil hindu dengan cara yang sensitif dan tidak bertoleransi hendaklah dielakkan.

"Apa jua perkara yang berkaitan dengan ugama adalah sentitif," katanya sambil meminta kesemua pesalah lebih prihatin dan insaf atas perbuatan masing-masing.

Pihak pembelaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof.Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang tengah hari tadi, kelihatan kesemua pesalah berpelukan kegembiraan kerana terlepas daripada hukuman penjara.

Malaysiakini/-