29 Julai 2010

Kontrak pertahanan: Mengelakkan tatapan umum

16 Syaaban 1431 H
Oleh: Kuek Ser Kuang Keng

Bahagian kedua dalam siri laporan khas ini menggariskan tiga faktor utama yang menghalang perbelanjaan ketenteraan -- berjumlah RM180 bilion bagi tempoh 23 tahun lalu -- daripada tatapan umum dan dibincangkan.

Maklumat tidak didedahkan dengan alasan 'rahsia ketenteraan' dan 'keselamatan negara.'Maklumat berkaitan harga terhad kepada pasaran pertahanan melibatkan banyak isu teknikal dan spesifikasi yang merumitkan proses penilaian dan perbandingan.

Walaupun kementerian pertahanan menetapkan peraturan dan mekanisme dalaman untuk mengelakkan berlakunya amalan luar aturan, tidak ada badan luaran yang bebas untuk menelitinya.

Penyelidik pertahanan Lam Choong Wah (kiri) berkata, perolehan dijalankan melalui tiga kaedah -- rundingan terus, tender terbuka dan sebut harga.

Lam yang merupakan bekas wartawan yang mendalami isu pertahanan, kini merupakan pengarang di portal pertahanan KL Security Review. Buku pertama tulisannya bertajuk 'Uncovering Malaysia's Defence' dijadualkan dilancarkan bulan depan.

Satu surat pekeliling oleh kementerian kewangan yang dikeluarkan pada 2007 menetapkan, tender perlu dibuka untuk semua perolehan kerajaan bernilai RM500,000 ke atas.

Rundingan terus pula merupakan kaedah yang paling tidak telus antara ketiga-tiganya, namun bilangan perolehan yang dibuat melalui proses ini semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lam menjelaskan, kaedah rundingan terus dibenarkan dalam keadaan tertentu -- apabilahanya satu syarikat yang menyediakan peralatan atau perkhidmatan berkenaan -- bagi menetapkan standard spesifikasi peralatan; keperluan darurat; dan juga berdasarkan pertimbangan strategi dan politik, seperti hubungan dua hala antara negara.

Menurut satu jawapan bertulis daripada kementerian pertahanan pada Mac tahun lalu, jumlah perolehan melalui rundingan terus hampir meningkat sekali ganda daripada sebanyak 52 pada 2006 menjadi 100 pada 2009.

Nilainya juga meningkat daripada RM2.1 bilion kepada RM4.4 bilion dalam tempoh berkenaan.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alasan. Menteri Pertahanan tak telus. Beli helikopter meletup ~ yg mati rakyat bukan Menteri tu yg mati. Balu dptlah pampasan untuk cover kesilapan pemerintah. Beli kapal selam guna duit rakyat, abaikan hak rakyat untuk hidup senang (bukan kaya raya macam menteri & kaum keluarga pun...) . Sekarang Allah nak tunjuk, kapal selam yang di beli rosak. Jadi Menteri Pertahanan ~ helikopter meletup, Jadi Menteri Perdidikan ~ huru hara sistem pendidikan negara di buatnya, Jadi PM ~ tonggang terbalik nasib rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Pada saya sebaiknya Angkatan Tentera Malaysia sepatutnya diletakkan jika tidak lebih tinggi hendaklah sebaris dengan tiga badan yang lain. Tidak perlu diwujudkan jawatan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan bertindak sebagai Menteri Pertahanan atas lantikan terus dan akan menjawab sebarang pemasalahan di Parlimen. Perbelanjaan angkatan tentera juga tidak tertakluk kepada badan eksekutif, sebaliknya dibacakan dan mendapat persetujuan Parlimen sebagaimana yang diperlukan oleh badan eksekutif dalam mentadbir negara. Namun jika berlaku sebarang masalah, Panglima ATM perlu memperjelaskan kepada Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

Yang paling lawak ATM... sebesar2 enjin boleh lesap dr kem... guna bomoh kot pencuri tu sampai pengawal2 yang jaga kat pintu masuk/keluar xsoal selidik dulu pelawat. Tido ke? Hairan org awam nak jumpa keluarga pun kn maklumkan nama pegawai, inikan pula nak keluarkan barang dr kem... kuat ek pencuri tu buat keje sorang2 dah boleh keluarkan enjin yang besar tu. Bodohnye rakyat Malaysia.