16 Syaaban 1431 H
Oleh: Tarmizi Mohd Jam
01. KAMI menyokong penuh tindakan wajar Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik, semalam 26 Julai 2010.
02. Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun yang dihasilkan sebagai sebuah karya oleh Zunar adalah tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
03. Pengharaman buku tersebut dilihat sarat dengan motif politik Umno-BN untuk menutup pintu maklumat dari gaya penampilan menarik, kreatif dan menerujakan pembaca apabila mentelaah kritikan pedas yang dipersembahkan.
04. Bagaimanapun, KAMI berpendapat tindakan KDN itu jelas melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan secara adil kerana kartunis Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan bertulis terhadap tindakan tidak popular itu.
05. Terdapat kewajaran munasabah Zunar dan Malaysiakini memfailkan saman tersebut bagi menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.
06. Alasan KDN kononnya pengharaman itu atas alasan "boleh mengancam ketenteraman awam" terlalu sukar untuk diterima, kerana ia gagal dibuktikan, atau gagal dikemukakan hujah sokongan bagi mengiyakan alasan yang terlalu subjektif itu.
07. Tuduhan atau alasan sedemikian rupa terlalu mudah untuk dimanipulasikan oleh pihak berkuasa atas apa-apa jua tujuan, motif dan agenda bagi mengekang kebebasan media untuk berekspresi politik dan menutup pintu pertukaran idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia.
08. KAMI juga kesal dengan sikap tidak profesional KDN yang tidak memberi sebarang respons terhadap rundingan yang diusahakan daripada pihak Zunar dan Malaysiakini terhadap tindakan pengharaman dua buah buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan bermula 24 Jun lalu.
09. Berdasarkan perkembangan muktahir, terdapat kecenderungan melampau KDN bersikap bias, diskriminasi dan menjadi pak turut memenuhi agenda politik Umno-BN dengan hanya bertindak kepada media-media pro Pakatan Rakyat, samada buku karton mahupun lidah rasmi parti yang dilihat mengancam pengaruh tegar mereka dalam negara ini.
10. Sehubungan itu, KDN diingatkan agar bekerja secara profesional, bebas dari politik kepartian sempit, dan apa yang lebih penting tidak menjadikan undang-undang sebagai senjata untuk mematikan demokrasi, menghambat kebebasan bersuara, mentalqinkan maklumat benar, menolak hak rakyat untuk menulis, berkarya dan berekspresi secara telus.

2 ulasan:
menyokong kebebasan bersuara dan berekspresi ni adalah spt bermain di tepi gaung. contohnya dulu filem malaysia seksi pun dah kena bidas, sekarang bogel pun dah ada. dulu org kaki maksiat buat maksiat sorok2, skrg berbangga dan menunjuk2 pula dlm berbuat maksiat, malah dipromo di tv dan radio. semuanya atas nama kebebasan berekspresi. sy nak cakap, tak perlulah kita ikut benda2 mengarut dari negara barat ni. jgnlah hanya kita nak bercakap pasal politik dlm akhbar, kita sokong pekara yg boleh menyebabkan ter-mainstreamnya perkara2 maksiat. ckp je la kami sokong kebebasan menegur pemimpin. kebebasan bersuara dan berekspresi tu terlalu umum,jadi banyak masalah yg boleh timbul.
wassalam
Daripada : Chekang
*Najibun wal Rosmanun ad-firauntis
Begitulah yang dikatakan senario Malaysia.Yang haram diagungkan yang halal dipinggirkan. Yang benar ditidakan yang salah diraikan.Kenapa ia terjadi? Jawapan yang mudah adalah kerana dasar Islam yang sebenarnya tidak dilaksanakan. Kita telah diajar oleh British agar takut dengan bayang-bayang sendiri.Erremmmmm... Kadang-kadang bila difikirkan nak tergelak gak aku bila orang Islam takut dengan hukum Islam. Bagi aku tolonglah fahami Al-Quran dan Hadis yang telah ditinggalkan kepada kita. Jangan adakan Al-Quran dan Hadis ke-2.
Catat Ulasan