29 Julai 2010

Kuasa SPR, Kenyataan Muhyiddin mengelirukan .

16 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Saya sangat keliru dengan kenyataan terkini Muhyiddin Yassin di Seoul Korea yang berkata, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menurutnya, terserah kepada SPR untuk membuat keputusan berkenaan berdasarkan keadaan kewangannya.

Jelas beliau, berdasarkan pengalaman mengadakan pilihan raya umum yang lepas, penentuan hari pengundian dilakukan oleh SPR.

Satu sisi saya bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin yang mengatakan tarikh Pilihanraya dalam soal penentuan hari mengundi dilakukan oleh SPR, itupun dalam keadaan tertentu kita melihat SPR sering berat sebelah apabila mengadakan piliharaya ditempat yang dijangaka BN meneng dan untuk memepertahankan kerusinnya dalam setiap kali PRK pada hari cuti, seperti hari ahad.

Tetapi kalau tempat kerusi yang akan dipertahankan oleh PakatanRakyat ditetapkan hari mengundi pada hari kerja. Mungkin bagi menyukarkan pengundi keluar bila berkerja sekaligus menurunkan pratus keluar mengundi.

Namun meletakkan tanggung jawab sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, adalah mengelirukan.

Tidakkah hak membubarkan DUN terletak kepada Nasihat MB sesbuah negeri dan mendapat perkenan dari Sultan negeri tersebut. Berarti tidak timbul dalam hal ini SPR tidak mempunyai kuasa.

Apapun saya melihat kerajaan dan BN ingin campurtangan keatas pentadbiran negeri yang dikuasai oleh pakatan Rakyat termasuklah dalam menentukan pembubaran DUN yang terteletak kuasa mutlak kepada negeri, bukannya SPR.

Mengelirukan lagi bila dalam kenyataan Muhyiddin yang berkata sekiranya, negeri-negeri pakatan rakyat berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka. Namun dia tidak mengesahkan bahawa itulah sebenarnya hak negeri yang tidak boleh ditentukan oleh SPR seperti didakwa oleh Muhyiddin.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak umno ni kalau bercakap mmg macam tu..pasai apa tau..depa berkuasa..sistem kehakiman depa kacau..undng2 dan kepolisian dalam genggaman depa..khazanah? dok spare cangkul atau bulldozer saja nak kaut..semua yg disebut ada bukti dan contohnya tetapi apa kita boleh buat?

Ya..mmg sebenarnya kita boleh buat.Tukar kerajaan..kita tukar kerajaan pusat yg buruk kpd kerajaan yg berjiwa rakyat.Meletakkan agenda rakyat sebagai polisi utama,juga keharmonian dan keamanan melalui mempertabatkan Islam sebagai ad deen di bumi Malaysia ini yg umno tak tau apa pun dgn istilah ad deen itu.