29 Julai 2010

Berjual beli ketika azan dan waktu mustajab pada hari jumaat

16 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Larangan bermuamalat bermula dari azan yang kedua berkumandang.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman apabila dikumandangkangkan azan pada hari Jumaat hendaklah kamu segera untuk mendengar khutbah Jumaat dan meninggalkan jual beli. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.” ( 9 : al-Jummu’ah )

Daripada ayat ini ulama mazhab Syafie menyatakan haram kepada mereka yang wajib solat jumaat melakukan urusan muamalat sperti jual beli, hutang, sewa dan sebagainya yang melewatkan untuk hadir ke masjid yang diadakan khutbah dan solat Jumaat. Larangan ini bermula dari azan yang ke dua.

Adapun azan yang pertama hanya makruh sahaja. Begitu juga orang yang tidak wajib solat jumaat sperti wanita dan lelaki yang bermusafir untuk berurusan sperti jual beli dan lainnya dengan orang yang wajib solat jumaat. Larangan ini sehinggalah habis solat jumaat.

Perhatian: Larangan ini banyak dilanggar manusia samada orang yang diwajibkan solat jumaat atau tidak. Mereka melakukan pelbagai perkara ketika sudah azan ke dua berkumandang. Wanita2 berjual beli atau urusan muamalah yg lain dengan lelaki yang diwajibkan solat Jumaat. Perkara ini adalah diharamkan.

Malahan dalam mazhab Hanafi menyatakan pengharaman bermula dari azan pertama lagi. Pendapat ini disokong oleh Dr Wahbah az-Zuhaili.

2.Waktu mustajab pada solat Jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:
فيها ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه
Maksudnya: “Pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana Allah akan menerima permintaan seorang hamba yang muslim yang berdiri solat dan meminta sesuatu kepada Allah.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terdapat perselisihan berkenaan dengan waktu mustajabnya doa pada hari Jumaat berdasarkan hadis2 yang datang seperti berikut:

Pertama: Diantara Imam duduk diantara dua khutbah sehinggalah habis solat Jumaat. (Hr Muslim-sahih)

kedua: Setelah selesai khutbah sehinggalah habis solat Jumaat imam. (Hr Tirmizi – Dhoif)

Ketiga: Waktu yang akhir dalam waktu asar. (Hr Abu Daud – sahih)

Keempat: Selepas solat asar sehinggalah terbenam matahari. (Hr Tirmizi – Hasan)

Abu Bakr al-Athram berkata:
“Hadis2 ini tidak lari daripada dua perkara: 1. Samaada sebahagian hadis ini lebih sahih daripada sebahagian yang lain. 2. Ataupun samaada waktu mustajabnya doa berpindah dari satu ke satu masa seperti berpindahnya malam qadar diantara 10 malam yang terakhir.”Jika dikira dari segi kekuatan sanad hadis yang diriwayatkan Imam Muslim paling kuat.

Tiada ulasan: