16 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS
BARU-baru ini TV3 suku menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.
Bukan kita tidak tahu, muka-muka inilah yang kaya raya di zaman Khir Toyo dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi Anak Toyo selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR.
Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?
Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Khir Toyo dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.
Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di TV3 suku betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.
Kepada Kerajaan PR Selangor, persetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Khir Toyo melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman Anak Toyo sudah pun berlalu.

2 ulasan:
Jin mana tolong PR korek pasir? Itu semua bekas peninggalan Toyol la...
Singaporian beli rumah kat johor tak bising pun... lama2 johor tu singapore yang punya sbb rakyat mereka dah melambak kat Taman Molek, Johor Jaya, Plentong ada rumah semi-D besar lg. Nak jual kat org tempatan mane ade duit byk mcm mereka... alahai org Johor, jgn nanti negeri tergadai sudah..
anak toyol dengan suku sakatnya dok melalak hari2 kat tv 3suku pasai..kerajaan PR selangor dah pulangkan balik duit cukai pendapatan pasiaq lombong kat rakyat.
anak toyol gan suku sakat dia melepas...kali ni punya pemilihan ketua pemuda UMGOk dia nak taboq kat perwakilan dengan apa???
Catat Ulasan