30 Januari 2011

Pemimpin gerakan Islam Tunisia pulang selepas 22 tahun

LONDON: Pemimpin Gerakan Islam Tunisia, Ennahda, Rached Ghannouchi bersama anak perempuannya berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick, London menuju pulang ke negara kelahiran beliau selepas 22 tahun hidup dalam buangan.

“Beliau sudah menaiki pesawat ketika ini,” kata Soumaya Ghannouchi yang membuat panggilan daripada pintu berlepas di sini.

Ghannouchi dihantar ke lapangan terbang oleh 30 penyokongnya dan wartawan. - AFP

Tidak Rasmi : BN menang di Tenang.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008

Hadi : PR akan putus soal calon dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan mengenai sama ada akan meletakkan calon PAS atau PKR dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan dalam pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat. Katanya yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di Shah Alam hari ini .

Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: "Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ."

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Lawatan ADUN Titi Serong bertemu petugas PAS.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bergambar bersama dengan petugas dari negeri Selangor semasa melawat salah satu pusat pengundian berdekatan dengan Pekan Labis. Gambar Suraukini/-

Berikut keputusan tidak rasmi :

7.15pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

846 mangsa banjir Tenang dipindahkan

ADUN Titi Serong berlatar belakangkan satu tempat yang ditenggelsami banjir berdekatan dengan Pekan Labis


Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan DUN Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusatpemindahan terus meningkat.

Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata sehingga pukul 2petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kg Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kg Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kg Usaha Jaya (70); Balai Raya Kg Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kg Orang Asli (130); Balai Raya Kg Sekijang (10); Balai Raya Kg Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kg Gubah (13); dan Balai Raya Kg Genuang India (81).

Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air.

Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atasbukit.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari seramai 55.36 peratus atau 8,167 orang daripada 14,753 pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya itu.

--Bernama

SPR : 71.8 peratus atau 10,579 orang keluar mengundi.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Sementara itu hujan yang turun sejak awal pagi tadi masih tidak berhenti dan kebanyakan tempat telah ditenggelami banjir pada masa ini. Selain itu petugas semua parti yang terlibat dalam PRK kali ini terperangkap di Pekan Labis sementara air surut untuk pulang ke tempat asing-masing.

Berikut keputusan tidak rasmi :

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1

10579 atau 71.71% keluar mengundi.

Sebanyak 10579 orang atau 71.71% yang keluar mengundi sehingga jam 5 ptg apabila semua 12 tempat mengundi di tutup. Hujan masih turun dalam keadaan sebahagian besar dalam DUN Tenang di tenggelami air.

Sementara itu semua jalan keluar dari Labis telah terputus kerana ditenggelami air.

Tenang : Peti Undi ditutup dalam keadaan banjir dan hujan lebat.

Kesemua 12 pusat pembuangan undi di DUN Tenang ditutup pada jam 5 petang. Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

Tumpuan sekarang tertumpu kepada pusat penjumlahan undi yang akan menetukan siapakah yang akan dinobatkan sebagai ADUN Tenang yang baru. Sebelum ini SPR mengumumkan seawalnya keputusan akan diketahui pada jam 8.00 malam ini.

Lawatan di UPU Paya Merah.

LABIS : Sekitar lima minit lagI peti undi akan ditutup, saya berada di peti undi paya merah, bersama dengan petugas dari negeri Selangot. Hujan masih turun dengan lebat dan kebanyakan jalan keluar dari Pekan Labis telah terputus. Kebetulan berteduh dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan, saya menumpang unuk membuat posting ringkas ini.

sehingga 2 petang, 9,025 atau 61.17 pratus keluar mengundi.

Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 2 petang meningkatkan kepada 67.17% atau 9,025 pengundi. Pengundian akan ditutup jam 5 petang.

Koleksi gambar banjir di Tenang.



LABIS : Berikut ini adalah beberapa keping gambar dari malaysiakini mengenai keadaan banjir yang melanda DUN Tenang akibat dari hujan yang turun sejak awal pagi tadi.











Rakyat penentu wakil mereka di DUN Tenang

Ahmad Baei Jaafar

Tempoh berkempen di N05 bagi memenangi calon yang dipertandingkan berakhir jam 12.00 malam tadi. Walau apapun cara dan pendekatan kempen dilakukan, dijangkakan tidak banyak memberi perubahan kepada pemikiran pengundi. Itulah pengalaman yang dilalui setiap kali berlaku pilihan raya.

Maknanya kalau kawasan itu pengundinya berpihak kepada sesuatu parti, dia sukar diubah dengan kempen yang terhad itu. Hati mereka bagaikan termatri beku, apatah lagi persepsi mereka terhadap parti lawan adalah buruk.

Walau bagaimanapun kehendak Allah terhadap seseorang pimimpin itu boleh membawa perubahan yang sebaliknya. Bagaimana? Allah campakkan ke dalam hati pengundi rasa percaya kepada sesuatu calon dan rasa benci kepada calon yang lain.

Secara logiknya begini, kalaulah sesuatu calon yang dibanggakan tiba-tiba membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hati mereka, secara sepontan datang rasa tidak selesa dengannya. Mungkin juga selama ini permintaan mereka tidak tertunai tetapi, pada saat pilihan raya baru datang bantuan itu, sudah tentu hati mereka terasa bagaikan pemberian tidak ikhlas.

Pada masa yang sama, kempen yang dilakukan calon dan wakil calon yang banyak membentangkan perancangan masa depan yang menarik boleh memberi kesedaran kepada pengundi. Pengundi tentu tidak mahu janji manis tetapi mahu dengar perancangan bagaimana memakmurkan kawasan mereka. Jika perancangan itu munasabah mereka akan menerima dengan senang hati.

Era kesedaran Islam ini seharusnya membawa perubahan baru bahawa kempen caci maki, fitnah dan mengumpat seseorang sudah tidak sesuai lagi. Bukan saja amalan itu diharamkan Allah tetapi rakyat juga tidak mahu mendengar lagi. Mereka pun tahu semua adalah dosa.

Sudah sampai masalah kempen bersih tanpa mencerita dan mendedahkan keburukan parti lawan, sebaliknya mempromosi apa yang kita mahu dan apa yang baik pada kita perlu diketengahkan. Dengan cara ini bukan sahaja Allah suka dan memberi pahala, malah orang ramai akan suka dan pastinya akan memberi sokongan.

Saya percaya esok, pengundi di N05 sudah tahu siapa yang mereka hendak pilih. Jadi, pilihlah yang terbaik yang boleh buat kerja bagi pihak pengundi untuk memakmurkan DUN Tenang. Ingatlah wakil rakyat yang dipilih secara bersuratnya adalah juru cakap yang akan membawa idea rakyat ke negeri. Dan Wakil Rakyat sekali gus menjadi pemimpin kepada rakyat kawasan itu.

Rakyat DUN Tenang saja yang tahu siapa yang layak memimpin mereka. Calon PAS Normala Sudirman tentu ada kelebihan yang boleh mereka pilih, manakala Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim yang mempertahankan kawasan juga ada misi yang boleh dinilai rakyat

DAP dedah MCA beli undi Cina di Tenang

LABIS : DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

Menurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.






Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

Meliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.

Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.

Apabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.

Malayskaini/-