14 Mac 2011

Awas !!! 'Anjing Garang' Umno sudah dilepaskan

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan TGNA bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi di sini

Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

Umno tidak mahu menggunakan anjing-anjing Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan anjing-anjing Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.Al-Husseyn

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Jumpa mayat terdampar

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN – Seorang peniaga, Mohd Faizul Ismail, 23, menyangka sekujur tubuh di tepi Pantai Sepat adalah kayu balak yang dihanyutkan ombak namun apabila didekati ia adalah mayat lelaki tanpa baju.

Mohd Faizul berkata, dia terlihat satu objek yang dipukul ombak ketika sedang minum di sebuah kedai makan di seberang jalan pantai itu bersama tujuh lagi rakannya kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, ketika itu dia menyangka kayu balak yang hanyut dibawa ombak. Bagaimanapun, tidak puas hati dengan objek yang dilihat, dia berlari ke tepi pantai dan mendapati sekujur mayat lelaki yang sudah membengkak dan mula berbau.

“Pada mulanya, saya sangka objek itu kayu balak tetapi selepas didekati, objek itu adalah mayat lelaki yang sudah berbau,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Faizul berkata, dia tidak panik sebaliknya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Mayat lelaki tidak berbaju dan berseluar jean biru itu dihantar pasukan polis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan penemuan mayat lelaki di Pantai Sepat dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

Sinar Harian/-

Tsunami kecil landa Teluk Lipat

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TELUK LIPAT - Tragedi ombak besar yang disifatkan tsunami kecil oleh komuniti tempatan mengakibatkan pantai peranginan sepanjang kira-kira 500 meter yang menjadi tumpuan pelancong dan kebanggaan nelayan pantai itu kini berhadapan ancaman hakisan.

Sehubungan itu, pembinaan benteng penahan ombak dilihat satu cara bagi menangani krisis alam yang boleh melenyapkan keindahan pantai.

Ternyata, harapan penduduk mendapatkan reaksi positif daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika lawatan kerjanya ke sini kelmarin memberi petanda baik selepas pemimpin nombor satu negeri itu mengumumkan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang kian meruncing itu.

Menyentuh persoalan terbabit, Ahmad berkata, sebanyak RM1.5 juta akan diperuntukkan untuk membina benteng pena-han ombak yang bersambung dengan benteng sedia ada.

“Kerajaan Negeri bersetuju membina tiga lagi benteng yang disambung pada benteng sedia ada sementara menunggu permohonan dibuat kepada Kerajaan Pusat untuk membina benteng pemecah ombak yang menelan belanja sebanyak RM150 juta.

“Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bertindak menyelia kerja pembinaan benteng itu dan kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Pantai itu menyimpan kisah Sura Jetty yang pernah memartabatkan kegemila-ngan Dungun sehingga melakar peta dunia melalui perlombongan bijih besi.

Sinar Harian/-

Terjun laut bot terbakar

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NORIZAN dikejarkan anggota keselamatan ke Hospital Besut untuk menerima rawatan, semalam.

40 penumpang panik lihat api marak di bahagian enjin

KUALA BESUT: Seramai 40 pelancong termasuk tiga warga Britain menempuh detik cemas apabila bot yang mereka naiki dari jeti Kuala Besut terbakar ketika dalam perjalanan menuju pusat peranginan terkenal, Pulau Perhentian, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, bot berkenaan mengalami kebakaran kecil pada bahagian enjin, sebelum pemandu bot dimaklumkan penumpang dan membaiki kerosakan sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, 30 minit kemudian api mula marak menyebabkan pemandu bot meminta semua penumpang tidak panik dan turun ke laut menggunakan tali sebelum mereka diselamatkan tiga bot lain yang datang lima minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Kamaruddin Mohd Zakaria, ketika dihubungi berkata seorang penumpang, Norizan Atan, 38, melecur di kedua-dua belah pergelangan tangan, manakala seorang lagi penumpang, Jaafar Aman, 38, cedera di tangan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan.

Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah, berkata pihaknya membantu menempatkan mangsa di beberapa lokasi penempatan sementara di daerah ini bagi memudahkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan termasuk pakaian dan selimut.

Seorang penumpang yang mengetuai rombongan dari Melaka, Mat Ramlan Mat Adi, 43, berkata mereka bernasib baik kerana ombak tidak kuat dan cuaca baik ketika mereka berlepas dari jeti Kuala Besut.

Seorang lagi mangsa, Arman Arshad, 34, berkata kejadian itu pengalaman menggerunkan apabila melihat api menyala di bahagian enjin ketika berada di tengah Laut Cina Selatan.

“Tindakan pantas pemandu bot mengawal penumpang supaya tidak panik menyebabkan proses menyelamatkan diri lancar, saya sendiri membantu menyelamatkan isteri dan anak dengan tali dan bergayut pada jaket keselamatan yang dipakai sebaik menaiki bot,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut.

Oleh Mohammad Ishak
Berita Harian/-

Rumah Adun Teja dipecah masuk

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

GOPENG, 14 Mac: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dipecah masuk dipercayai antara tengah malam hingga awal pagi ini, dengan beberapa laci digeledah.

Mengikut paparan twitter pemimpin PKR itu, bilik stor dan dapur rumahnya turut diselongkar, lapor Keadilan Daily.

(Gambar: Lih Kang memberi keterangan kepada polis.)

“Bilik stor pun kena selongkar, apa sebenarnya mereka (pencuri) mahu?” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

“Dapur juga. Cari makankah?” sindir beliau.

Beliau melalui twitter itu, dengan mengambil kira kejadian itu mengkritik statistik jenayah menurun.

Laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau berdasarkan gambar yang dipaut pada twitternya.

Maklumat terperinci berkaitan kejadian belum diketahui, setakat ini.

Lih Kang menjadi Adun Teja selepas mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Beliau memperolehi 6,533 undi berbanding lawannya 6,358 undi.

Harakahdaily/-

Kes Anwar: Dokumen Pendakwaraya Dibocorkan Kepada Media

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 14 MAC : Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin mengaku pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA.

Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi impak terhadap perbicaraan berkenaan.

Peguambela Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada media arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998.

Dalam perbicaraan fitnah liwat pertma itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan.

Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu tidak harus diperbesarkan.

Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam.

Seperti dokumen yang dibocorkan, tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan member I tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.

Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008.

Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.

Tv Selangor/-

Rakyat kita di Jepun selamat

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di Jepun, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di negara itu, Jumaat lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata laporan terkini yang diterima Wisma Putra juga menunjukkan semua rakyat Malaysia sudah dipindahkan ke kawasan selamat seperti ditetapkan pihak berkuasa Jepun.

Katanya, sehingga jam 1.30 tengah hari waktu Malaysia semalam, seramai 544 rakyat Malaysia di Jepun yang berada di beberapa kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami juga berjaya dihubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo.

"Bilangan itu membabitkan mereka yang berada di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami termasuk di Miyagi, Fukushima, Iwate, Tochigi, Ibaraki, Chiba dan Saitima yang terletak di timur laut Jepun.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi dan mengambil tindakan susulan sewajarnya dengan menghubungi semua rakyat Malaysia di negara itu dan ia dilakukan sebaik berlaku gempa bumi Jumaat lalu.

"Kerajaan juga belum bercadang membawa pulang rakyat Malaysia di Jepun," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Berdasarkan rekod Kedutaan Malaysia di Tokyo, seramai 5,009 rakyat Malaysia berdaftar di Jepun termasuk pelajar.

Beliau berkata, Kerajaan Jepun juga berterima kasih dengan komitmen Malaysia untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu mencari serta menyelamat mangsa bencana.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Jepun mengesahkan setakat ini mereka tidak memerlukan pertolongan tambahan untuk mencari dan menyelamat mangsa bencana.

Mengulas keadaan di Yaman, Anifah berkata, kerajaan mungkin membawa balik 443 rakyat Malaysia di negara itu berikutan situasi semakin kritikal khususnya di Sana'a.

"Kementerian sudah bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara bersama Wisma Putra petang semalam, dan kita mendapati usaha membawa pulang perlu.

"Kita sudah menghantar nota kepada Perdana Menteri selepas mesyuarat dan keputusan akan dibuat selepas berhubung dengan Perdana Menteri," katanya.

Berita Harian/-

Tragedi bagaikan mimpi

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SENDAI - Rata-rata rakyat Jepun masih tidak percaya dengan tahap kemusnahan yang dibawa oleh bencana terburuk di negara itu dalam tempoh 140 tahun.

Dengan kapal terbang kelihatan terperangkap di celah runtuhan rumah dan pegawai kerajaan memakai topeng muka untuk memeriksa penduduk yang dikhuatiri terdedah kepada sinaran radiasi, kesan gempa dan tsunami yang berlaku Jumaat lalu dilihat amat luar biasa.

"Adakah ini mimpi? Saya rasa seperti saya berada dalam sebuah filem," kata seorang penduduk, Ichiro Sakamoto, 50.

"Setiap kali saya duduk sendirian, saya perlu mencubit pipi sendiri untuk memeriksa sama ada ini benar-benar berlaku," katanya.

Di Sendai, sebuah bandar pelabuhan dengan populasi seramai sejuta orang, penduduk dan penyelamat bertungkus lumus mencari barang peribadi dan orang tersayang di sebalik runtuhan bangunan.

"Memang tsunami kecil pernah berlaku sebelum ini tetapi tiada siapa sangka ia akan menjadi seburuk ini," kata Michiko Yamada, 75, dari wilayah Iwate.

Sinar Harian/-

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding negara lain di Asia Tenggara.

M enteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya, kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.

"Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata, mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.

Sinar Harian/-

Rakaman Tazkirah ADUN Titi Serong : Dataran MPKB 11 Mac 2011.

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -http://www.ustream.tv/recorded/13235856/






Harga saham pembuat kereta Jepun menjunam

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Harga saham di kalangan pembuat kenderaan Jepun menjunam lebih 10 peratus pada pembukaan sesi pagi hari ini selepas pelabur memberi reaksi berikutan penutupan kilang pembuatan ekoran gempa bumi terkuat dalam sejarah negara itu, Jumaat lalu.

Saham pembuat kereta terbesar dunia, Toyota menurun 10.43 peratus kepada 3,220.
Pesaingnya, Nissan turut merosot 10.77 peratus kepada 712 yen dan Honda menurun 7.70 peratus kepada 3,055 yen.

Berita Harian/-

Berita Harian mohon maaf

Ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan. Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG

Tsunami@Jepun : 100,000 tentera bantu mangsa bencana

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SENDAI: Jepun semalam mengerah 100,000 tentera untuk membantu mangsa yang terselamat dari kejadian gempa bumi dan tsunami ketika dunia mula menghulur bantuan kepada negara yang dilanda bencana terbabit. Kerahan berkenaan diarahkan Perdana Menteri Naoto Kan untuk menambahkan lagi bilangan tentera selepas skala kemusnahan besar yang semakin jelas. Menteri Pertahanan, Toshimi Kitazawa berkata sejumlah 100,000 tentera kira-kira 40 peratus daripada pasukan bersenjata akan dihantar dalam masa sehari atau dua lagi.

“Terlalu ramai penduduk yang masih lagi tersisih dan menantikan bantuan. Realiti ini amat suram,” katanya yang dipetik Kyodo News.

Di bandar pelabuhan kecil Minamisanriku sendiri nasib kira-kira 10,000 penduduk sendiri masih belum diketahui, lebih daripada separuh penduduknya, lapor NHK.

Polis dan tentera melaporkan penemuan beratus-ratus mayat di lokasi sepanjang tepi pantai termasuk lebih 200 ditemui di satu kawasan baru semalam.
Tawaran bantuan datang dari seluruh dunia termasuk musuh tradisi.

Walaupun hubungan yang menjejaskan negara itu tahun lalu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan Menteri Luarnya Yang Jiechi turut menghantar ucapan takziah. Sepasukan 15 penyelamat China tiba tengahari semalam, kata kementerian luar Jepun.

Katanya sebanyak 69 negara dan lima pertubuhan bantuan antarabangsa menawarkan bantuan sehingga pagi semalam.

Antaranya termasuk New Zealand yang juga mengalami tragedi gempa sendiri bulan lalu di Christchurch.

Sepasukan 66 penyelamat Jepun yang berada selama dua minggu membantu usaha mencari dan menyelamat di Christchurch dilaporkan akan pulang untuk berhadapan dengan tragedi di tanah air sendiri.

Palang Merah Jepun semalam menghantar 62 pasukan kecemasan untuk membantu mangsa, kata persekutuan Palang Merah Antarabangsa yang membabitkan 400 doktor, jururawat dan pakar lain.

Pasukan mencari dan menyelamat serta anjing pengesan tiba dari Jerman dan Switzerland manakala penyelamat dari Britain dan Perancis dalam perjalanan.

Kapal pembawa pesawat USS Ronald Reagan tiba di pantai awal pagi semalam. Jepun meminta bantuan untuk membawa helikopter Jepun dan pengangkutan tenteranya ke kawasan terjejas, kata Armada Pasifik Amerika Syarikat.

Sepasukan 144 orang dari Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat akan ke Misawa untuk menyertai operasi darat. Pasukan terbabit termasuk 12 anjing untuk mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan turut membabitkan 150 tan kelengkapan menyelamat, kata USAID.

Australia, Korea Selatan dan Singapura juga menawarkan bantuan pasukan mencari dan menyelamat serta anjing pengesan. Manakala Australia menawarkan hospital mudah alih dan pasukan pengecaman mangsa bencana, kata Menteri Luar, Kevin Rudd. – AFP

Keajaiban air zamzam.

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Niat seorang bapa untuk membeli roti kepada anaknya setelah pulang dari kerja tidak kesampaian apabila dia menerima panggilan mengatakan rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Perling dekat Skudai, di sini, malam semalam.

Hamsani Radi, 46 berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu disedari anak perempuannya yang ketika itu sedang menonton televisyen.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli roti yang dikirim anak saya. Namun belum sempat saya membelinya, saya menerima panggilan daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar.

“Saya bergegas pulang ke rumah kerana risau keadaan anak-anak saya. Ketika itu yang ada di rumah hanyalah mereka bertiga,” katanya.

Menurutnya, kebakaran berpunca dari bilik hujung yang disedari anak bongsunya ketika menonton televisyen.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan, kami tinggal sehelai sepinggang.

“Dalam rumah ini macam-macam barang yang disimpan musnah, sijil premium BSN, surat beranak, dokumen-dokumen penting dan barang kemas,” katanya.

Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM40,000.

Hamsani berkata, dia terkejut apabila setelah api berjaya dipadamkan, hanya dua botol air zamzam tidak dijilat api.

“Air zamzam ini disimpan di dalam rumah berhampiran dapur. Saya terkejut apabila semua barang lain di sekitarnya musnah dijilat api kecuali dua botol air zamzam yang hanya renyuk sedikit sahaja,” katanya yang juga merupakan seorang anggota Rela.

selatanonline

Chong Wei pertahan kejuaraan Seluruh England

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, sebentar tadi.

Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.