14 Mac 2011

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding negara lain di Asia Tenggara.

M enteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya, kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.

"Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata, mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan: