14 Mac 2011

Tsunami@Jepun : Paras radiasi di loji nuklear Jepun melebihi had

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Jepun yang bocor akibat gempa bumi Jumaat lalu dilaporkan melebihi paras dibenarkan, kata seorang pegawai kerajaan hari ini.

Naoki Kumagai, seorang pegawai di Agensi Keselamatan Nuklear dan Keselamatan Industri bagaimanapun berkata, peningkatan radiasi di loji nuklear Fukushima Dai-ichi masih terkawal walaupun parasnya melebihi daripada had yang dibenarkan undang-undang. Beliau berkata, paras itu akan meningkat lebih tinggi jika reaktor nuklear itu mencapai tahap mencair.

Gempa terburuk pada kadar 8.9 magnitud Jumaat lalu menyebabkan sekurang-kurangnya enam reaktor nuklear di Jepun mengalami masalah, terutama berlaku kebocoran di dua loji di Dai-ichi. - AP

Tiada ulasan: