09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
NORIZAN dikejarkan anggota keselamatan ke Hospital Besut untuk menerima rawatan, semalam.
40 penumpang panik lihat api marak di bahagian enjin
KUALA BESUT: Seramai 40 pelancong termasuk tiga warga Britain menempuh detik cemas apabila bot yang mereka naiki dari jeti Kuala Besut terbakar ketika dalam perjalanan menuju pusat peranginan terkenal, Pulau Perhentian, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, bot berkenaan mengalami kebakaran kecil pada bahagian enjin, sebelum pemandu bot dimaklumkan penumpang dan membaiki kerosakan sebelum meneruskan perjalanan.
Bagaimanapun, 30 minit kemudian api mula marak menyebabkan pemandu bot meminta semua penumpang tidak panik dan turun ke laut menggunakan tali sebelum mereka diselamatkan tiga bot lain yang datang lima minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Besut, Kamaruddin Mohd Zakaria, ketika dihubungi berkata seorang penumpang, Norizan Atan, 38, melecur di kedua-dua belah pergelangan tangan, manakala seorang lagi penumpang, Jaafar Aman, 38, cedera di tangan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan.
Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah, berkata pihaknya membantu menempatkan mangsa di beberapa lokasi penempatan sementara di daerah ini bagi memudahkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan termasuk pakaian dan selimut.
Seorang penumpang yang mengetuai rombongan dari Melaka, Mat Ramlan Mat Adi, 43, berkata mereka bernasib baik kerana ombak tidak kuat dan cuaca baik ketika mereka berlepas dari jeti Kuala Besut.
Seorang lagi mangsa, Arman Arshad, 34, berkata kejadian itu pengalaman menggerunkan apabila melihat api menyala di bahagian enjin ketika berada di tengah Laut Cina Selatan.
“Tindakan pantas pemandu bot mengawal penumpang supaya tidak panik menyebabkan proses menyelamatkan diri lancar, saya sendiri membantu menyelamatkan isteri dan anak dengan tali dan bergayut pada jaket keselamatan yang dipakai sebaik menaiki bot,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut.
Oleh Mohammad Ishak
Berita Harian/-

1 ulasan:
ermmm
merosakkan imej pelancongan malaysia.
kena siasat puncanya.
salah pengusaha atau agensi kerajaan yg berkaitan.
Catat Ulasan