20 April 2011

Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Siti Nor Haleeda Abdul Razak menunjukkan surat dari IJN berhubung pembedahan yang perlu dilaluinya di rumahnya di Kuala Kedah, Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR 18 April - Seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Madrasah di Kuala Kedah di sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei ini.

Pelajar terbabit, Siti Nor Haleeda Abdul Razak, 17, yang menderita saluran jantung tersumbat sejak 2001 memerlukan wang sebanyak RM3,000 untuk pembedahan tersebut.

Bapanya, Abdul Razak Awang Kechik, 54, yang bekerja sebagai nelayan memberitahu, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana pendapatannya tidak seberapa.

Apatah lagi, dia terpaksa menanggung tujuh anak termasuk empat daripada mereka masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kos yang dikenakan oleh IJN adalah RM45,000 tetapi setelah diberi subsidi anak saya hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM3,000.

"Tetapi bagi nelayan seperti saya, jumlah ini sangat tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, Siti Nor Haleeda, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah sering pengsan ekoran masalah kesihatan itu dan dia perlu ke IJN semula pada 30 Mei ini bagi pembedahan tersebut.

Siti Nor Haleeda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia berharap untuk menjalani kehidupan seperti remaja biasa yang sihat.

"Saya cuma berharap untuk dapat belajar dan berjaya dalam pelajaran seterusnya berpeluang membantu keluarga," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu pelajar ini boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Agro Bank 1-00-5071-00004003-3 milik Abdul Razak Awang Kechik atau menelefonnya di talian 013-5374395.

Posted by KedahLaNie

Kata Mutiara

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Seorang hakim yang perlu mempunyai kemampuan,
iaitu mendengar dengan rasa hormat, menjawap dengan
kebijaksanaan dan mempertimbangkan dengan cermat serta
memutuskan dengan adil.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang mempunyai
kewibawaan tetapi tidak sombong sedangkan orang yang
berjiwa kecil adalah orang yang sombong, tetapi tidak
mempunyai kewibawaan. Ciri-ciri orang yang berjiwa besar
ialah pertama, dengan segala tingkah lakunya dia menjadi
teladan dan kemudian dia meminta orang lain mengikutinya.

Tidak ada kemenangan sekiranya tiada kekuatan, tiada
kekuatan sekiranya tiada persatuan, tiada persatuan sekira-
nya tiada keutamaan dan tiada keutamaan sekiranya tiada
kesuciaan jiwa. Orang yang berjiwa luhur, tidak takut meng-
hadapi tanggungjawap. Perkara yang merugikan menimpa
jiwa adalah lenyapnya kepercayaan kepada Tuhan.

Sabda Nabi yang diriwayatkan daripada Anas bermaksud:
“Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya.”
Iman yang mantap akan menggerakkan kepada amal kebaikan
dan sebaliknya.

fairlady.shania@yahoo.com

Awas telor tiruan.


16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN - AWAS TELUR TIRUAN.....Telur tiruan yang dipecahkan menunjukkan putih telur dan kuning telur berkenaan bercampur ketika dipamerkan semasa sidang media oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Telur tiruan itu dibawa oleh seorang pengadu dikenali sebagai Loh yang membeli telur tersebut dari sebuah pasar di Pulau Tikus dekat sini. -

Jambatan kedua Pulau Pinang


16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BATU KAWAN - JAMBATAN BARU.....Projek pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang telah mencapai 47.55 peratus tahap kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual iaitu pada November 2013.

Jambatan sejauh 23.5 kilometer, yang bernilai lebih kurang RM4.5 Billion itu, akan menghubungkan Batu Maung di pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai.

Akibat Kebodohan Presiden KIMMA, Restoran Mamak Mungkin Diboikot


16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:-

DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan, " Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".

Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC.

Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu? Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan.

KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya?

Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu? Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.

Harus kita sedar, bukan semua ahli KIMMA berfikiran dan sejahil mamak Syed itu. Mungkin juga ramai di antara mereka yang malu dengan perangai bodoh Presiden mereka itu. Jika Presiden mereka itu berkata demikian hanya kerana ingin publisiti murahan agar boleh dicalonkan bertanding di dalam PRU Ke 13 nanti, atau setidak-tidaknya boleh menjadi Senator lantikan seperti Ezam sesumpah, maka saya rasa mamak Syed ini perlu belajar dari Ezam sesumpah terlebih dahulu.

Oleh: WFAUZDIN NS

Dua Bersaudara Edar Dadah dihukum Gantung

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


ALOR SETAR - Dua lelaki bersaudara dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 938.3 gram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim memerintahkan hukuman itu selepas menyabitkan Khairul Nizan Osman, 29, dan Mohd. Azizi Hashim, 28, atas pertuduhan mengedar sejumlah dadah tersebut.

KHAIRUL NIZAN (kiri) dan Mohd. Azizi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang merupakan dua pupu didakwa mengedar kanabis seberat 938.30 gram di tepi Jalan Kampung Sungai Buloh, Tikam Batu, Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam, pada 27 Januari 2009.

Pertuduhan ke atas setiap tertuduh dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu dibuat mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebaik prosiding berakhir, beberapa ahli keluarga termasuk ibu kepada Khairul Nizan dan Mohd. Azizi dilihat menangis dan mereka saling berpelukan di dalam kamar mahkamah.

Ketua Penjenayah Geng Jogang ditembak Mati

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SEREMBAN - Hajat tiga penjenayah rakyat asing yang mahu menyamun sebuah rumah di Taman Bukit Sendayan di sini semalam bukan saja tidak kesampaian malah salah seorang daripada mereka ditembak mati kerana cuba menyerang polis.

Lelaki yang mati itu dipercayai ketua penjenayah Geng Jogang manakala dua lagi suspek sempat melarikan diri.

ANGGOTA polis mengangkat mayat ketua Geng Jogang yang ditembak mati di Taman Bukit Sendayan, Seremban 

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu, sepasukan polis yang membuat rondaan terserempak dengan sekumpulan tiga lelaki anggota Geng Jogang yang sedang memotong pagar sebuah rumah teres di kawasan perumahan itu.

"Apabila polis memperkenalkan diri, mereka terus melarikan diri dan berpecah dua," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, dua daripada lelaki itu melarikan diri ke kawasan semak manakala seorang lagi melarikan diri menuruni bukit sebelum terserempak dengan polis kira-kira 100 meter dari tempat dia cuba menyamun.

"Lelaki yang terserempak dengan polis bertindak menyerang polis dengan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai kepala dan dada suspek itu," kata beliau.

Azab Pemandu Tersepit Dua Jam

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

IPOH - Seorang pemandu nyaris maut selepas bas ekspres yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan besi buruk di Kilometer 266, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Jelapang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, Juwanto Jairot, 42, parah akibat tersepit besi yang menusuk bahagian depan bas berkenaan selama hampir dua jam.

BEBERAPA anggota bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan Juwanto (dua dari kanan) yang tersepit dalam kemalangan dekat Jelapang, Ipoh

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rajab berkata, semasa kejadian bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu membawa 15 penumpang yang kebanyakannya pelajar universiti.

"Kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit mendaki bukit, iaitu beberapa kilometer dari Plaza Tol Jelapang.

"Bas itu gagal mengelak treler berkenaan lalu merempuhnya mengakibatkan sebahagian muatan besi masuk ke dalam bas," katanya di sini.

Ujarnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan Juwanto.

"Empat penumpang bas itu turut cedera," katanya.

Juwanto dan empat penumpang berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan.

Tipu: Datuk dihukum 26 Tahun Penjara

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dijatuhi hukuman penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen melibatkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam kes penipuan pelaburan lima tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Datuk Paiman Shakimon, 52, diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun kerana menipu ahli perniagaan Datuk Rosidi Kamaruddin, 59, setelah mendorong mangsa menyerahkan lebih RM3.8 juta dalam skim pelaburan palsu dikenali sebagai "Program Roll-Over", yang kononnya diluluskan Bank Negara.

Paiman dari Country Heights, Kajang, dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan serupa - sebagai ganti bagi tuduhan ketiga - melibatkan RM8 juta yang diterimanya daripada Datuk Liew Teck Keong, 56.

Mengenai kesalahan memalsukan dokumen berhubung tuduhan kedua dan keempat, Paiman dihukum penjara lima tahun kerana memperdayakan Rosidi dan lapan tahun penjara berkaitan kes melibatkan Teck Keong.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman bagi kesalahan pertama dan ketiga berjalan secara berturut-turut berkuat kuasa semalam manakala hukuman bagi kesalahan selebihnya berjalan secara serentak.

Berikutan keputusan itu, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun. Paiman melakukan semua kesalahan itu di Hotel Nikko, Jalan Ampang di sini antara Mei 2005 dan November 2006. 

Bernama

Pencuri Terdesak Gali Kubur

Kubur mendiang Ah Chow di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Chua, Kajang yang digali pencuri semalam

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KAJANG – Bagaikan sudah terdesak, ada penjenayah sanggup masuk ke tanah perkuburan dan menggali kubur untuk mencuri barang-barang berharga yang ditanam bersama si mati.

Kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Chua di sini apabila sebuah kubur di situ menjadi sasaran penjenayah.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari penjaga tanah perkuburan itu pada pukul 8 pagi semalam apabila dia yang baru sampai ke situ untuk melakukan kerja-kerja rutinnya ternampak sebuah kubur di situ telah digali.

“Keranda Liew Ah Chow, 64, yang dikebumi pada 8 April lalu diselongkar tetapi mayat si mati tidak diusik,” kata beliau.

Menurut beliau, penjaga kubur itu kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada ahli keluarga si mati.

“Keluarga si mati yang memeriksa keranda itu mendapati semua barang berharga yang dimasukkan dalam keranda itu lesap.

“Antara barang-barang yang hilang seperti telefon bimbit, jam tangan, dua bentuk cincin dan wang tunai kira-kira RM101,” kata beliau.

Mangkuk Tandas dilengkapi Sistem Bunyi

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


NEW YORK - Sebuah mangkuk tandas yang dilengkapi sistem bunyi dan skrin sesentuh akan dijual pada harga AS$6,390 (RM19,316), lapor sebuah akhbar semalam.

Tandas itu dikeluarkan oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS), Kohler yang diberi nama Numi.

MANGKUK tandas yang dilengkapi dengan sistem bunyi dijual pada harga RM19,316

Naib Presiden Pemasaran Kohler, Jim Lewis berkata: "Ia merupakan satu produk penciptaan yang tulen. Kami membayangkan sebuah tandas yang mewujudkan satu kategori dalam kualiti yang tersendiri."

Skrin sesentuh itu bertindak sebagai alat kawalan jauh dan mengawal ketinggian bunyi muzik dan dilengkapi alat pemain muzik MP3 serta pembunuh kuman.

Ia turut membolehkan pengguna mengawal suhu di bahagian tempat duduk mangkuk tersebut selain tekanan air dan mengandungi kemudahan memanaskan kaki. 

Agensi

17 Maut Helikopter Terhempas di India

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



GUWAHATI, India 19 April - Seramai 17 orang maut apabila sebuah he likopter persiaran terhempas di ka wasan pergunungan berhampiran sempadan China, hari ini.

Helikopter yang membawa 23 orang pelancong tempatan itu di laporkan terbakar ketika hendak mendarat di negeri timur laut Aru nanchal Pradesh. 

Reuters

98 Cedera Tunjuk Perasaan di Iraq

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Sulaimaniya, Iraq 20 April - sekurang-kurangnya 98 orang dilaporkan cedera dalam pertembungan di Kurdistan negeri sebelah utara Iraq antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan, kata sumber perubatan semalam.

Tambah suber tersebut, mangsa cedera termasuk penunjuk perasaan dan anggota pasukan Peshmerga Kurdi.

Pertempuran meletus sejak Isnin lalu di bandar Sulaimaniya, di mana beratus-ratus penunjuk perasaan Kurdish berkumpul di bandar tersebut untuk tuntutan mereka bagi reformasi politik dan kebebasan yang lebih besar. 

Dpa

Newcastle sekat Man Utd kutip mata penuh

ENYERANG Manchester United, Javier Hernandez (kiri), cuba merembat ke arah gol Newcastle United, sambil disekat pertahanannya , Fabricio Coloccini (dua dari kiri) dan penjaga gol, Tim Krul, dalam Liga Inggeris, di St James Park, Newcastle, sebentar tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto Reuters

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

LONDON: Newcastle United menyekat pendahulu Liga Perdana Imggeris, Manchester United daripada mengutip tiga mata penuh apabila terikat 0-0 di Stadium St James Park, awal pagi tadi.

Dengan keputusan itu, Manchester masih selesa tujuh mata di persada liga mendahului Arsenal di tempat kedua.

Kedua-dua pasukan saling mengasak dan Manchester hampir meraikan gol pendahuluan pada separuh masa kedua menerusi Ryan Giggs yang sepakannya hanya sedikit tersasar dengan gawang Newcastle ternganga.

United memasukkan bekas penyerang Newcastle, Michael Owen pada 10 minit terakhir perlawanan tetapi masih buntu mencipta gol.

19 April 2011

Pejabat PAS Pahang diceroboh

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


TEMERLOH, 19 April: Pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato’ Bahaman, di sini telah diceroboh masuk kelmarin sehingga menyebabkan kehilangan barang-barang strategik dipercayai untuk mencuri maklumat.

(Gambar: Salah sebuah meja kakitangan pejabat PAS Pahang yang diselongkar)

Setiausaha  Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, berkata dalam insiden tersebut sebuah komputer riba, tiga LCD, sebuah external hard disk, berpuluh pen drive dan wang tunai telah hilang. 

Katanya, pencerobohan hanya disedari oleh staf pada sebelah pagi hari Ahad apabila empat keping atap genting dan sekeping siling berukuran 4 x 4 kaki ditingkat tiga didapati pecah sementara ruangan pentadbiran pejabat berselerakan.

“Penceroboh dipercayai terdiri daripada beberapa orang dan berdasarkan kesan mereka memecah masuk untuk mencuri maklumat strategik. Jika ini benar ia amat membimbangkan. 

“Politik yang sepatutnya berasaskan ilmu dan peradaban telah dicemari kegiatan samseng dan keganasan. Jadi kita harap polis segera menyiasat laporan kecurian ini,” katanya.

Roslan juga mengingatkan agar semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seluruh Pahang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan kawalan termasuk ke atas pimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan.

H/daily