20 April 2011

Jambatan kedua Pulau Pinang


16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BATU KAWAN - JAMBATAN BARU.....Projek pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang telah mencapai 47.55 peratus tahap kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual iaitu pada November 2013.

Jambatan sejauh 23.5 kilometer, yang bernilai lebih kurang RM4.5 Billion itu, akan menghubungkan Batu Maung di pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai.

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Projek yang membawa keuntungan untuk negara dan menjana keuntungan berlipatganda pada individu2 tertentu memang pakat pulun buat cepat.

Projek yang dapat memberi keselesaan pada rakyat tapi tidak dapat memberi pulangan besar untuk negara bahkan tidak dapat menyempurnakan misi para perasuah negara mana munkin dapat dilaksanakan.

Contoh paling jelas KTMB. Sampai bila agaknya rakyat berpusu2 naik keretapi yang tak langsung menampakkan kemodenannya setaraf kehidupan para2 menteri yang bertakhta di PUTRAJAYA.

Memandangkan kemalangan Bas ekspress makin menjadi2 lalu rakyat memilih untuk naik keretapi menuju ke destinasi utama masing2. Sayangnya gerabak yang berkurun2 lamanya, kelas 3 atau kelas eksekutif sekalipun jalannya tetap sama.

gedung!gedang!gedung!gedang! sedangkan negara2 maju yang lain dah macam atom perginya...zooom!! sampai!

Kata Malaysia maju...takat dok pulun memajukan bandaraya je...maju apa namanya...rakyat tanpa suara berduyun2 menunggu2 di stesyen2 lama yang usang...ada sapa2 nak kesah...aduhailah BE END.

Tergamak hampa bermaharaja lela di singgahsana...bermesyuarat didewan serupa negara hampa majulah sangat...sedang ramai anak2 kecil tak berbaju kepanasan dalam keretapi dari utara ke selatan.

Suasana2 pilu ini menambahkan lagi kebencian pada penghuni2 yang asyik bersendaloka dalam bangunan Putrajaya.

Putrajaya tu lebih sesuai buat pusat jagaan percuma untuk kanak2 dan orang2 tua.

Baru sama standard dengan jalan keretapi di malaysia.