16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Inisiatif Emel 1Malaysia baru sahaja diumumkan, yang mana di bawah inisiatif ini, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun emel rasmi.
Saya ingin mencadangkan supaya rakyat Malaysia diberikan pilihan sama ada ingin menggunakan perkhidmatan ini ataupun tidak.
Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tidak seharusnya diwajibkan menggunakan emel ini bagi sebarang urusan, termasuklah berhubung dengan kerajaan. Kebebasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pilihan.
Dengan demikian, Emel 1Malaysia nanti akan menjadi salah satu opsyen yang boleh dipilih oleh rakyat Malaysia bagi berkomunikasi dan bukannya menjadi perkara yang diwajibkan ke atas mereka.
Pada masa yang sama, bagus juga jika satu lagi inisiatif dijalankan secara serentak dengan pewujudan emel 1Malaysia ini. Inisiatif yang saya maksudkan adalah pendaftaran pengundi secara automatik.
3 ulasan:
Membazir 50 juta, mcm 50 sen je...
Yg patut ialah daftar pemilih secara automatik, bknnya email.
What a nonsense govt.
Saya tidak nampak mengunakan Eme 1Malaysia ini diperlukan oleh rakyat.... sya lebih merasa sangsi kerana ianya dapat digunakan pengintipan pihak kerajaan....???
rakyat dapat e-mail, adik najib dapat RM50 juta, repair rumah mangsa ribut/rakyat 10 keping zing X @RM25 = RM250. Repair kediaman PM RM63 juta walau pun tak rosak. Pemimpin yang macam ini lah yang perlu kita sokong, PEMIMPIN DIDAHULUKAN, KRONI DIUTAMAKAN. HIDUP UMCO, MAMPUS RAKYAT.
Catat Ulasan