20 April 2011

Menjawab Pandangan Abdul Aziz Bari

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. 

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. 

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. 

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. 

Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. 

Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? 

Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.
Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takbir Allah, saya sokong pandangan Tok Guru : Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT

Tanpa Nama berkata...

Kita berada dalam negara majmuk.Sama ada suka atau tidak, rasa jati bangsa ada pada semua bangsa baik dizahirkan atau tidak.Jika tidak masakan Karpal Singh sekali sekala luahkan rasa hatinya.Ibrahim Ali dan mahathir tak kan sertai Perkasa kalau tidak kerana bangsanya

Dr Aziz juga seperti kebanyakan rakyat Malaysia yg menyokong PAS amat ghairah dan tak sabar PAS menang banyak ,seterusnya menjuarai pakatan rakyat.Apalagi dlm keadaan sekarang , Anwar hampir pasti akan dipenjara oleh musuh politiknya.Maka ruang kepimpinan Pakatan rakyat yg ada jelas perlu diterajui oleh PAS. Ketika ini PKR kurang pemimpin pelapis berkaliber apabila ketiadaan Anwar nanti. Pemimpin DAP tak mungkin mudah diterima oleh orang melayu,sama ada suka atau tidak kenyataan ini kerana emosi bangsa sangat kuat dan menebal dinegara ini sejak dulu, kini dan mungkin selamanya! Adakah Hadi layak dan akan diterima sebagai PM jika Pas berjaya menerajui Pakatan rakyat dan memerintah negara ini? Itulah persoalan yang barangkali bermain dibenak Prof.Dr Aziz.Maka dalam suasana kita semua amat jelek dgn BN, kita dah ingin sangat memrintah dgn PAS mengepalainya, maka didapati Hadi sudah out of date! Saya rasa ramai kita yg suka individu muda dan aktif serta lebih advance, seperti Husam, Ir Nizar dan lain lain tenaga muda yg educated, ada karisma dan dapat "tendang dan terajang "/UMNO/BN selain mampu "bersilat dan berkarate dan berkuntau" dgn serangan BN .Hadi memang hebat masa mudanya, tapi kendur masakini. Posisinya perlu diubahsuai dan dia masih perlu bukan sebagai kapten tetapi mungkin sebagai fullback.Biar tenaga Muda Pas yg ada potensi digilap dan diguna pakai sekarang, bukan apabila kalah dan tiada peluang lagi baru nak cari strategi lain. Kini dah tiba masanya. Sahri Awang Kg kedah