20 April 2011

Ketua Penjenayah Geng Jogang ditembak Mati

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SEREMBAN - Hajat tiga penjenayah rakyat asing yang mahu menyamun sebuah rumah di Taman Bukit Sendayan di sini semalam bukan saja tidak kesampaian malah salah seorang daripada mereka ditembak mati kerana cuba menyerang polis.

Lelaki yang mati itu dipercayai ketua penjenayah Geng Jogang manakala dua lagi suspek sempat melarikan diri.

ANGGOTA polis mengangkat mayat ketua Geng Jogang yang ditembak mati di Taman Bukit Sendayan, Seremban 

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu, sepasukan polis yang membuat rondaan terserempak dengan sekumpulan tiga lelaki anggota Geng Jogang yang sedang memotong pagar sebuah rumah teres di kawasan perumahan itu.

"Apabila polis memperkenalkan diri, mereka terus melarikan diri dan berpecah dua," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, dua daripada lelaki itu melarikan diri ke kawasan semak manakala seorang lagi melarikan diri menuruni bukit sebelum terserempak dengan polis kira-kira 100 meter dari tempat dia cuba menyamun.

"Lelaki yang terserempak dengan polis bertindak menyerang polis dengan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai kepala dan dada suspek itu," kata beliau.

Tiada ulasan: