15 Ogos 2011

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Semua ADUN PR Perak Keluar Dewan

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan bagi membantah keputusan speaker Ganesan

Semua ADUN Pakatan Rakyat berada dalam bilik mesia untuk satu sidang media.

[Sidang DUN Perak] 12:30 T/hari: Speaker Gagal Kuasai Dewan

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan masih bangun mencelah untuk meminta supaya usul yg dikemukakan mengenai ADUN Titi Serong. Namun masih ditolak.

Ganesan masih berkeras mengatakan menolak usul dari ADUN Setiawan.

ADUN Pasir Panjang diberikan peluang mencelah dengan Dato Seri Nizar mengatakan semacan speaker tidak dapat menguasai dewan. Alasan perkara 43 peraturan tetap jelas telah dilanggar oleh Ganesan.

Ganesan tetap mengatakan keputusannya muktamad

[Sidang DUN Perak] 12:26 T/hari: Speaker Kelam Kabut

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Kamunting tetap meneruskan jawapan soalan lisan ke-11 bagi mewakili pihak kerajaan.

Perbahasan dan pertikaian mengenai penggantungan ADUN Titi Serong nampaknya tidak mampu ditangani oleh speaker Ganesan kesan dari pelanggaran undang-undang yang beliau sendiri lakukan.

Sebab itu pada sidang media pagi tadi saya menegaskan bahawa Ganesan telah melakukan banyak kesilapan berulangkali dalam pengendalian sidang DUN Perak sejak beliau memegang jawatan itu.

Kerana itu saya mendesak dan mencadangkan supaya beliau mengosongkan kerusi speaker Perak dengan segera.

[Sidang DUN Perak] 12:15 T/hari: Dewan Masih Lagi Kecoh Berkaitan ADUN Titi Serong

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Dewan masih dalam keadaan tidak tenteram apabila ganesan tetap bertegas untuk meneruskan jawapan soalan lisan sedangkan wakil dari Pakatan Rakyat masih meneruskan hujah mempertikaikan keputusan penggantungan ADUN Titi Serong

[Sidang DUN Perak] 12:10 T/hari: ADUN PR Bantah Penggantung ADUN Titi Serong

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan, Ngeh Khoo Ham mengemukakan usul membantah pengantungan kepada ADUN Titi Serong yang dianggap tidak disahkan oleh dewan namun di tolak oleh speaker Ganesan dengan alasan tidak mencukupi 2 hari.

Usul disokong oleh wakil Tronoh dengan mengatakan usuk tidak disokong, tidak dibahas dan diundi sambil diganggu oleh wakil dari BN

Ganesen mengatakan keputusan speaker adalah muktamat untuk mengelakkan hujah yang sedang dikemukakan oleh Sivakumar 

PAS: SPR tidak serius bersihkan daftar pemilih

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini bahawa tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini jelas menggambarkan sikap sebenar suruhanjaya itu yang tiada niat untuk memihak kepada rakyat bagi bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih, kata PAS.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.

“Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan 'bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak',” kata ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

Kecelaruan dalam daftar pemilih SPR yang didedahkan oleh media bukan sahaja mempunyai penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi tetapi nama Kg Baru juga diiktiraf sebagai pengundi serta penemuan sejumlah pengundi klon yang membimbangkan.

Pwngundi klon adalah mereka yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka.
Kesilapan teknikal

Setelah diasak dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR dan Abdul Aziz menyalahkan “kesilapan teknikal” yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)”.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” katanya.

Bagi Tuan Ibrahim yang juga adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, kepincangan dan kecelaruan itu hanya menggambarkan kelemahan SPR dan JPN.

"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan BERSIH 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.

Jual negara

“Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara - siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?” soal Tuan Ibrahim.

Justeru, katanya, SPR perlu melakukan segera pembaharuan bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihan raya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihan raya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihan raya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihan raya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya,” katanya lagi.

malaysiakini/-

[Sidang DUN Perak] 11:35 Pagi: Gambar Terkini ADUN Titi Serong

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Gambar terkini ADUN Titi Serong sedang berada di bilik sidang media seterlah gagal masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada sidang pada hari ini.

4 korban pentas runtuh

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ORANG ramai mengerumuni pentas yang roboh di Indiana selepas ditiup angin kencang, semalam.

PETUGAS membantu mangsa yang cedera sebelum dibawa ke hospital.



WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 40 lagi cedera apabila sktruktur pentas runtuh di Indiana, kata pihak berkuasa tempatan, awal pagi semalam.

Tragedi itu berlaku malam semalam apabila angin kencang meruntuhkan pelantar pentas yang disediakan untuk konsert muzik country sejurus sebelum jam 9 malam waktu tempatan (1 pagi GMT), kata polis. Televisyen WTHR menyiarkan bilangan mangsa yang cedera - mengalami luka dan lebam hingga kepada patah anggota dan kecederaan kepala - kira-kira 46 orang.

Stesen TV itu berkata, mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Semua mangsa dirawat di hospital sekitar Indianapolis, tetapi pihak berkuasa menegaskan angka kematian mungkin meningkat berikutan sesetengah mangsa cedera parah. Tiada maklumat terkini mengenai empat mangsa yang terkorban.

“Secara jujur saya katakan, mungkin ada lagi mangsa yang terkorban,” kata jurucakap Polis Indiana, Dave Bursten kepada wartawan. “Kami berharap semua orang akan berdoa untuk mangsa yang tercedera.” Tiada siapa yang membuat persembahan ketika tragedi itu berlaku. Saksi berkata, acara pembukaan sudah bermula dan penonton menunggu kumpulan muzik country Sugarland memulakan konsertnya.

“Tiba-tiba angin kencang bertiup kali kedua dan pentas mula bergoyang secara perlahan-lahan. Astaka pentas mula bergegar. Semua orang mula bertempiaran lari cuba untuk keluar dari situ,” kata saksi, Jason Scofield kepada stesen WTHR.

Amaran ribut petir sudah dikeluarkan wilayah Marion kira-kira jam 8.35 malam waktu tempatan (12.35 GMT), sejurus sebelum konsert itu bermula. Petugas kecemasan dan peminat segera bertumpu ke pentas yang runtuh dan bertungkus-lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap, lapor akhbar Indianapolis Star. Sementara itu, kumpulan Sugarland meluahkan takziah kepada keluarga mangsa melalui mesej di Twitter.

“Kami berdoa untuk peminat dan masyarakat Indiana,” kata kumpulan itu.

“Kami berharap anda semua menyertai kami.” - AFP

Liwat II bersambung dengan perkembangan temubual

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hari ini pihak pendakwaan perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaporkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkembangan kes itu berhubung tawaran mereka membekalkan beberapa saksi untuk ditemubual pihak pembelaan.

Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan SriMusa Hasan dan dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Selain itu, terdapat tiga lagi individu yang belum ditemubual. Mereka ialah ibu kepada bekas tunang tertuduh Saiful Bukhari Azlan, Sharehah Md Salim; jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar Mohd Rasid Mohd Rosdi.

malaysiakini/-

[Sidang DUN Perak] 10:53 Pagi: Isu Berkaitan Projek Teluk Rubiah

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Sidang sedang berlangsung dan saya berada di bilik sidang media sambil mengikuti persidangan dun dari luar melalui pembesar suara yang disediakan.

Persoalan yang masih berbangkit dari ADUN Tronoh mengenai projek Teluk Rubiah mengenai syarikat yang diberikan kelulusan dalam keadaan syarikat yang mendapat konsesi yang jelas tidak layak.

Hamidah dianggap menipu dan didesak memberi jawapan segera. Dia juga dicabar oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat untuk membuat kenyataan yang sama diluar dewan kalau berani.

Sekarang soalan ke dua dari wakil Bercam mengenai kenaikan elaun ADUN Perak

MB Zabry memaklumkan kenaikan terakhir pada tahun 2004 iaitu kenaikan 2 peratus.

Dewan dimaklumkan elaun  ADUN Perak ialah RM4112.

Dewan juga dimaklumkan mengenai perbandingan dengan beberapa negeri lain.

Bercam memohon soalan tambahan dengan meminta kerajaan perak mengkaji semula.

MB Zambry menjawab satucadangan yang bernas.

[Sidang DUN Perak] 10:49 Pagi: Dewan Kecoh

15 Ramadhan1432H. [MOD] -





Sidang hangat dengan berlaku pertikaman lidah antar exco BN, YB Hamidah dari Sungai Papat mengenai penyelewengan yang berlaku dalam projek di Teluk Rubiah, Lumut.

[Sidang DUN Perak] 10:43 Pagi: Sidang Media Membantah Pergantunggang

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Saya baru memberikan kenyataan media membantah saya dihalang untuk masuk dewan sekitar jam 9.55 pagi tadi 5 minit sebelum sidang bermula.

Dewan sedang hangat bersidang pada hari dengan isu penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN perak mengenai projek Teluk Rubiah, Manjung.

Saya menyatakan rasa kesal, dukacita dan rasa terkilan apabila saya dihalang masuk dewan oleh dua orang pegawai SUK dengan mereka menunjukkan surat yang juga dihantar kepada saya sekitar sebelum yang lepas.

Saya bertegas datang ke dewan pada hari ini dengan anggapan dan menegaskan pengantungan ke atas saya adalah tidak sah dan melanggar peraturan yang sedia ada.

Oleh itu saya tetap datang dan cuba untuk masuk bersidang sebagai memenuhi amanah sebagai seorang ADUN Perak.

[Sidang DUN Perak] 10:06 Pagi: Dihalang Memasuki Dewan

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


 Saya dihalang masuk dewan oleh seorang pegawai dan sekarang akan mengadakan sidang media

[Sidang DUN Perak] 9:52 Pagi: Polis Mengawal Persidangan DUN

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Masih kelihatan polis ditugaskan untuk mengawal persidangan DUN perak pada hari ini walaupun jumlahnya agak sedikit.

Timbalan Ketua Polis Perak juga pada hari ini dalam satu kenyataannya di Sinar Harian memaklumkan akan membuat kawalan pada sidang dun perak.

Sekarang Dalam Dewan S.U.K

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Saya sudah berada dalam bangunan S.U.K untuk mengikuti sidang dun perak pada hari ini. Saya telah digantung persidangan pada hari ini disebabkan pendedahan isu bomoh yang masuk ke DUN Perak pada tahun 2009.

Saya tetap hadir sidang kerana menganggap penggantungan terhadap saya adalah tidak sah dan tidak mematuhi peraturan yang sedia ada.