09 Januari 2012

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (4)

Safar 1433H. [MOD] -
LAPORAN LANGSUNG

8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.

8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

NONEPemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.

8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.

Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.

NONE8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

NONEKawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

NONE7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

NONEKatanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

NONE7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

NONEOrang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

Jumlah kenderaan polis itu termasuk;

21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.

MK/-

Exco : PAS Selangor akan bincang status Hasan Ali

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Selangor meminta semua ahlinya di negeri itu akur dan patuh dengan keputusan PAS Pusat yang telah memecat bekas pesuruhjaya negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, setiausaha perhubungannya, Mohd Khairuddin Othman (gambar) berkata, PAS Selangor yakin keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira semua aspek.

"Berikutan Keputusan mesyuarat PAS Pusat yang memecat Datuk Hasan Ali. PAS Selangor meminta semua ahli-ahli PAS di Selangor agar akur dan patuh kepada keputusan tersebut.

"PAS Selangor yakin mesyuarat pusat, (yang telah di hadiri oleh semua pimpinan tertinggi parti), telah mengambil kira semua aspek tentang baik buruk kedudukan parti sewaktu mengambil keputusan tersebut," katanya melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tengah hari tadi mengumumkan memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini.

Menurutnya, PAS Pusat telah membuat keputusan itu berdasarkan Fasal 82(9) ekoran tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Mengulas lanjut, Khairuddin memberitahu penjelasan lanjut tentang kedudukan Datuk Hasan Ali sebagai Exco Kerajaan Selangor dan wakil rakyat akan dibincang dalam mesyuarat penuh PAS negeri yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Hasan adalah Adun Gombak Setia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Harakahdaily/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (3) : Anwar tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

15 Safar 1433H. [MOD] -

8: 36 pagi: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan PAS yang awal tiba di mahkamah.

8.22 pagi: Anwar tiba di mahkamah dengan laungan reformasi. Sambutan luar biasa diberikan kepada Anwar.

8.10 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bergerak dari rumahnya bersama keluarga. Dilaporkan ribuan penyokong beliau sudah memenuhi perkarangan mahkamah.

8.00 pagi: Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor juga kelihatan memasuki Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

7.58 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama pimpinan PKR dan keluarganya tiba di perkarangan mahkamah.

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (2)

15 Safar 1433H. [MOD] -

Liwat II: Ribuan mula banjiri luar mahkamah

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

NONEAnwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

NONELebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

LAPORAN LANGSUNG

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

NONE7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

NONEKatanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

Mk/-

Kenyataan Hasan Ali beberapa jam selepas di pecat dari PAS

15 Safar 1433H. [MOD] -

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

NONE"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.

Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan' dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.

"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

Azmin Ali PC after meeting w police"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS sendiri.

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam semalam sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

toll hike protest forum 271206 nasharuddin mat isa"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota Umno.

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya.

Ibrahim pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.

"Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya.

- Bernama

Hasan: Saya sedih dibalas sedemikian rupa
Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu. MK/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (1) : Video 'Amanat' Anwar: Ribuan banjiri ibu negara

15 Safar 1433H. [MOD] -



Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam tadi bagi mendengar 'amanat terakhir' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah hari ini.

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka -- yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang semalam untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi hari ini.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya hari ini.

Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

"Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat," katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan hari ini, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut "tidak mungkin berlaku" lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang "lawan tetap lawan".

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan "Bebas Anwar 901" .

Berita asal: Malaysiakini.

Ribuan juga bersama Anwar di padang Kelab Sultan Sulaiman


Ketua Pembangkang yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sedang berucap di hadapan lebih LAPAN RIBU hadirin dan rakyat yang bersama bersolidariti dengan pimpinan Pakatan Rakyat di perkarangan dan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara.

Anwar yang kelihatan berbaju kemeja putih dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi yang ditugaskan khas menjaga keselamatannya susulan daripada insiden yang berlaku ke atas pengawal peribadinya yang mengiringi isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Cherok Tok Kun, Permatang Pauh, malam tadi.


Ribuan rakyat turun membanjiri padang sejak seawal jam 7 malam untuk menantikan ketibaan Anwar yang disambut oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mengadakan acara "Grand Final" di Kampung Pandan yang terletak lebih kurang enam kilometer dari Kampung Baru.


Dalam ucapannya, Anwar jelas sama sekali tidak gentar dengan penguasa zalim yang mahu memenjarakannya kerana perjuangannya bukan terbatas dari dalam penjara tetapi apabila rakyat sudah bangun menentang kezaliman, rejim Mesir yang diketuai bekas presiden Hosni Mubarak yang kuat pun boleh dikalahkan.

Tambahnya lagi, kekuatan sebenar dirinya adalah dari dalaman yang teguh berpaksikan keimanan dan perjuangannya bak membujur lalu melintang patah, sekali mara tidak akan undur.


Terdahulu, Anwar menyertai ratusan jamaah lain menunaikan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut yang diketuai bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.


Sumber: Jalan Pulang dan Pink Turtle

Liwat II: Ribuan mula banjiri di luar mahkamah

15 Safar 1433H. [MOD] -


Kira-kira 1,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun sebelum itu hujan renyai-renyai.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

LAPORAN LANGSUNG

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS. MK/-

Kebangkitan masyarakat gunung

15 Safar 1433H. [MOD] -


KAMI tergamam. Lereng-lereng Gunung Merapi yang menjadi kebanggaan warga Yogyakarta, Indonesia diselaputi debu. Wajah wilayah itu sudah menjadi seperti sebuah lautan abu.

Tiada apa yang ada di bahu kiri dan kanan jalan kecuali batuan besar berwarna hitam kelabu. Ibarat kata rakan penulis, batuan yang berselerak di segenap sudut jalan seolah-olah menggambarkan ia seperti 'dicampak' dari langit.

Ya, penulis merasakan seperti 'terperangkap' dalam dunia hitam putih biarpun hampir sudah setahun ia berlalu. Sesungguhnya, muntahan isi perut dan semburan awan panas Merapi telah mengubah atmosfera wilayah itu menjadi tandus dan kering.

"Dulu, sepanjang jalan di sini terdapat banyak rumah namun, selepas Merapi meletus, tiada apa-apa yang tinggal kecuali rangka rumah dan beberapa batang pokok," kata pemandu pelancong kami, Ardi, 40-an, yang tiba-tiba menyergah lamunan kami yang sedang larut memerhati keadaan sekeliling dari dalam van dipandunya.

Seawal perjalanan, anak jati Yogyakarta yang bersusuk sederhana itu berat untuk berkata-kata. Apabila dia bersuara, penulis percaya dari lubuk hatinya yang terdalam, dia menyimpan satu kisah duka tentang Gunung Merapi.

Penulis lantas bertanya tetapi, Ardi sedikit pun tidak bertindak balas. Penulis kemudian menoleh ke arahnya. Ternyata, ada raut kepiluan di wajah Ardi. Melihat keadaan itu, niat tadi terus dilupakan.

Seketika kemudian, dengan nada serak-serak basah Ardi berkata: "Maaf, sehingga kini saya tak tahu di manakah saudara-mara saya, adakah mereka sudah hidup atau mati? Nafas saya hampir terhenti ketika itu. Tragedi itu bukan momokan. Ia seolah-olah sedang membunuh jiwa saya secara perlahan-lahan."

Ardi terus merintih. Hatinya bagaikan sedang menjerit. Kami memberinya ruang waktu untuk meluahkan rasa yang terpendam. Pada perenggan terakhir, dia menitiskan air mata. Kami yang terbuai dengan cerita sedihnya, kaku seketika.

Ya, bukan sahaja Ardi tetapi, perasaan lelaki itu turut dikongsi dengan ribuan penduduk yang tinggal berdekatan dengan gunung yang berketinggian 2,968 meter (m) itu.

Letusan Gunung Merapi yang menghamburkan debu dan awan panas pada 26 Oktober 2010 sememangnya telah mengejutkan seluruh alam semesta.

Penangan gunung yang telah meletus sebanyak 69 kali semenjak tahun 1548 bukan calang-calang. Kalau tidak, masakan ia mendapat jolokan sebagai 'gunung berapi dekad ini'.

Akibat amukan gunung berapi aktif di Indonesia itu, 353 mangsa menemui ajal termasuk menghentikan denyut nadi seorang wartawan, Yuniawan Wajyu Nughroho yang berkhidmat di Vivanews.com.

Bagaimanapun, yang paling menggamit perhatian umum ialah cara jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan menghembuskan nafasnya. Kematian 'perwira' yang dipuja di Jawa Tengah itu mencetuskan kegemparan apabila jenazahnya dijumpai dalam keadaan bersujud.

Jual VCD


MUSNAH. Penangan ledakan Gunung Merapi bukan calang-calang kerana bukan sahaja meragut ratusan nyawa tetapi telah merencatkan ekonomi Yogyakarta.


Sudah hampir setahun lebih peristiwa ngeri itu berlalu. Sebenarnya, mengikut perancangan asal, penulis bersama rakan-rakan lain ke kota pelancongan, Yogyakarta semata-mata untuk bertemu setelah sekian lama tidak bersua.

Bagaimanapun, penceritaan salah seorang pekerja hotel di sana tentang keadaan terkini gunung itu telah menyalakan ghairah kami untuk ke sana.

Jarak dari bandar Yogyakarta ke kawasan Gunung Merapi kira-kira 40 kilometer (km). Justeru, kami memutuskan untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong, Ardi.

Kami dibawa melewati kesan Merapi di kaki gunung terlebih dulu. Sulit untuk penulis menggambarkan bagaimana wilayah itu.

Namun, cuaca yang mencecah hampir 38 darjah Celsius ketika itu mendorong penulis berfikir bahawa Yogyakarta umpama baru dilanda perang yang dahsyat.

Kediaman hampir lenyap, yang bertahan cuma beberapa pokok kelapa yang boleh dihitung dengan jari. Terdapat dusun buah-buahan di zon itu sebelum ini. Namun kata Ardi, ia telah menjadi rata dek lahar, lumpur dan batu-batu yang dimuntahkan oleh Merapi.

Ribuan manusia yang sebelum ini melayari hidup dengan penuh kegirangan di kampung-kampung di kaki gunung sudah lari entah ke mana. Wilayah itu begitu sugul.

Kami mengecilkan langkah. Ardi pula mengasingkan diri. Dia dilihat seperti sedang bertafakur.

Nampaknya, musibah yang berlaku telah membangkitkan keberangan penghuni di sana. Ia dapat digambarkan dengan luahan perkataan 'korupsi pembawa bencana' yang terpampang di dinding tinggalan runtuhan bangunan.

"Ibu, belilah VCD (cakera padat video) Mbah Maridjan ini, dia sudah meninggal tapi kenangan Mbah ada dalam VCD ini," kata seorang wanita yang tiba-tiba muncul di hadapan kami seraya memegang VCD bertajuk Dahsyatnya Erupsi Merapi Lahar Dingin 2010-2011.

Kata rakan penulis, Inggried Dwi Wedhaswary, kebanyakan penghuni yang tinggal sehelai sepinggang terpaksa menggunakan pendekatan seperti itu demi kelangsungan hidup.

Bangkit


KUNJUNGAN pelancong seantero dunia yang bertali-arus memberi ilham kepada penghuni gunung merancakkan sektor pelancongan di Gunung Merapi.


Jejak kami diteruskan ke puncak Gunung Merapi. Angin langsung tidak menyapa. Itu semua kerana tumbuhan hijau yang tumbuh melata dan hidup subur sebelum ini sudah hilang dari pandangan.

Kesungguhan penghuni kaki gunung itu menyebabkan penulis mengakui mereka menemui semangat baharu untuk meneruskan hidup.

Mereka tidak terus-menerus meratapi kesedihan. Setiap penghuni mempunyai iltizam yang sungguh luar biasa.

"Mengapa tidak kami bangunkan kawasan ini, sebelum ini gunung ini sudah terkenal dalam kalangan pendaki dan selepas ia meletup, ia makin popular dan kami boleh mencari rezeki dengan itu.

"Kami berbangga untuk menonjolkan kepada dunia bahawa kami adalah penghuni gunung berapi teraktif di dunia yang berusia lebih 400,000 tahun," kata seorang penduduk yang terselamat, Aden, 31.

Kami diminta membayar yuran RM1 oleh penduduk yang dilantik sebelum menuju ke puncak. Kutipan tiket kata Aden, adalah untuk memenuhkan dana Jasa Pengelolaan Wisata Alam Erupsi Merapi 2010.

Jika berhasrat untuk melihat lebih dekat puncak dan tapak bekas rumah Mbah Maridjan pula, pengunjung perlu membayar RM7 untuk mendapatkan perkhidmatan motosikal.

Ada yang lebih menarik perhatian di sana. Penduduk dilihat bertungkus lumus menyiapkan sebuah masjid bagi menggantikan Masjid Al Amien yang musnah akibat letusan.

Untuk mengenang mangsa korban pula, penduduk membangunkan sebuah galeri menempatkan gambar-gambar mangsa yang terkorban. Ya, ada wajah kegembiraan dalam kalangan penjaja apabila mereka dikerumuni dengan ramai pelancong.

"Kisah sedih ini tidak akan hilang begitu saja. Kami yang masih menetap di lereng gunung ini bukan bererti menyerah diri untuk mati. Kita bertekad untuk mendengar kata pemerintah sekiranya ditakdirkan berlaku sekali lagi bencana," kata Aden yang memboncengkan penulis ke rumah Mbah Maridjan.

Kosmo/-

Ribuan lihat seekor itik Asia di California

15 Safar 1433H. [MOD] -


SEJUMLAH peminat burung mahu merakamkan gambar seekor itik Asia di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Colusa di California pada 8 Disember lalu.

FRESNO, Amerika Syarikat (AS) - Seekor itik yang hanya dapat dilihat di Asia menjadi tumpuan para peminat burung dari seluruh AS dan Kanada di di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Colusa di Lembah Tengah, California.

Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan, seekor itik jantan itu yang kerap dilihat di China dilihat buat kali pertama di kawasan tersebut pada 8 Disember lalu.

Seorang pegawai itu, Lora Haller berkata, sejak itu, ribuan peminat burung telah melihat itik tersebut.

Terdapat sedikit laporan mengenai kelibat haiwan itu di California iaitu pada 1969 di daerah Orange dan di daerah Lassen pada 2002 dan 2003.

Menurut Haller, setakat ini tidak diketahui bagaimana itik tersebut boleh berada di California sama ada ia datang dari Asia atau terlepas dari sebuah zoo persendirian.

Namun, burung tersebut kelihatan liar, katanya.

Itik selebriti itu mempunyai bulu berwarna perak dan hijau di kepalanya. - AP

Stephen Hawking sambut ulang tahun ke-70

15 Safar 1433H. [MOD] -


STEPHEN HAWKING duduk di pejabatnya di Universiti Cambridge, Britain pada 11 Disember tahun lalu.

CAMBRIDGE - Saintis Britain yang terkenal, Stephen Hawking menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 semalam.

Pakar-pakar sebelum ini meramalkan dia akan meninggal dunia lebih awal kerana menghidap penyakit motor saraf.

Hawking disahkan menghidap penyakit itu semasa dia berumur 21 tahun.

Ketika itu, dia diberikan masa hanya lima tahun untuk hidup.

Walaupun, dia menghabiskan banyak masa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu bercakap dengan sempurna, teori fiziknya mengenai rahsia dunia telah menjadikannya seorang yang popular.

Hawking bercakap dengan bantuan sebuah komputer.

Bagi meraikan ulang tahun kelahirannya, dia akan berucap kepada rakan-rakan dan kakitangan di Universiti Cambridge.

Pada 1974, semasa berumur 32 tahun, Hawking menjadi salah seorang felo termuda dalam Persatuan Diraja.

Lima tahun kemudian, dia menjadi Profesor Lucasian Matematik di Universiti Cambridge yang pernah dipegang oleh Issac Newton.

Bukunya yang terkenal ialah A Brief History of Time. - Agensi

Detik serangan harimau bintang

15 Safar 1433H. [MOD] -

DUA orang membantu seorang lelaki yang diserang seekor harimau bintang di Guwathi, India kelmarin.

NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.

Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.

"Kami berasa terkejut apabila melihat seekor harimau bintang berada di dalam rumah dan kemudian haiwan berkenaan mula menyerang," kata seornag saksi, Nipu Das kepada agensi berita IANS.

Orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik semasa insiden berkenaan berlaku.

Bagaimanapun, harimau itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh satu pasukan hidupan liar.

Haiwan itu kemudian dihantar ke sebuah zoo.


SEJUMLAH orang menyaksikan seekor harimau bintang yang ditembak dengan ubat pelali di Guwahati, India kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan haiwan itu datang dari sebuah hutan di pinggir Guwahati.

Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.

Kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku di Jammu dan Kashmir, Uttar Pradesh serta Haryana sejak beebrapa bulan lalu. - Agensi

Pembangunan di pulau buatan berjalan lancar di Dubai

15 Safar 1433H. [MOD] -


PEMBANGUNAN dilihat dilakukan di salah sebuah pulau buatan di Dubai kelmarin.

DUBAI - Kerja-kerja pembinaan di pulau buatan manusia yang terletak di luar pantai Jumeirah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjalan dengan lancar.

Sejumlah pulau buatan manusia itu mempunyai 300 pulau tiruan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu, rumah peribadi, hartanah, resort impian dan komuniti.

Ia dimajukan oleh syarikat pembinaan, Nakheel Properties.

Menurut syarikat itu, pulau pertama akan dibuka dalam tempoh terdekat dengan pelancaran Kelab Pantai Pulau Dunia.

Resort itu pada mulanya dijangka dibuka pada suku keempat 2011 tetapi kerja-kerja pembinaan projek tersebut ditangguhkan menyebabkan ia lewat disiapkan.

Resort eksklusif di pulau itu memerlukan seseorang ahli membayar sebanyak AS$10,890 (RM34,249) selama setahun. - Agensi

Duit syiling tahun 1793 dilelong RM4.34 juta

15 Safar 1433H. [MOD] -


GAMBAR menunjukkan bentuk depan dan belakang duit syiling satu sen Amerika Syarikat (RM0.03) yang dilelong pada harga RM4.34 juta di Florida kelmarin.


ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) - Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.

Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu kelmarin bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.

Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.

Salah seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.

Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.

Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint. - AP

Chong Wei 'benam' Lin Dan

15 Safar 1433H. [MOD] -


























CHONG WEI (kiri)
menewaskan Lin Dan pada final Kejohanan Badminton Terbuka Korea semalam.

AKHIRNYA, badi dan mimpi buruk jaguh perseorangan negara apabila bertemu Lin Dan lenyap di gelanggang Korea.

Semalam, takhta juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea kembali ke genggaman pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei setelah mengalahkan seteru utamanya, Lin Dan.

Dengan keputusan 12-21, 21-18, 21-14, Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan jaguh dari China itu pada final acara perseorangan lelaki.

Kejayaan pemain berusia 29 tahun di Gimnasium Olimpik Seoul, Korea itu menyaksikan dia membawa pulang ganjaran bernilai AS$75,000 (RM235,875).

Lin Dan yang menang selesa 12-21 di set pertama tidak kekal lama apabila Chong Wei menemui rentak untuk 'mendiamkan' jagoan dari China itu dengan mengheretnya ke perlawanan ke set penentuan yang mengambil masa satu jam 16 minit.

Nyata, reaksi positif yang ditunjukkan dan semangat untuk membalas dendam yang membara, memberi impak ke atas kejayaannya untuk menumbangkan Lin Dan.

Sejak awal lagi, bahang pertembungan antara dua musuh tradisi ini amat terasa dalam keduanya mencari kemenangan dengan menjelangnya Sukan Olimpik Julai nanti.

Justeru, dengan gelaran juara pada awal tahun 2012, ia dilihat bukan saja membangkitkan semangat juara dunia itu dalam pemburuan pingat emasnya di Sukan Olimpik 2012 malah sebagai peringatan kepada jaguh-jaguh China lain termasuk Chen Long.

Malah, rekod perlawanan yang konsisten memperlihatkan Chong Wei masih mempunyai sentuhan berbisa untuk membenam pemain-pemain dari China yang selama ini sering menjadi halangan kepadanya.

Ini termasuklah skrip ulangan yang ditempuhi Chong Wei tahun lalu apabila terpaksa bertarung hebat untuk menewaskan bintang dari China, Du Pengyu dalam aksi separuh akhir kelmarin.

Sementara itu, Lin Dan, juara dunia empat kali yang menewaskan Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang 2011, terlebih dahulu menunjukkan jalan keluar kepada pemain Jepun, Sho Sasaki dalam perlawanan separuh akhir kelmarin.

Dalam pada itu, bagi kategori beregu lelaki pula, pemain tuan rumah, Jae Sung Jung-Yong Dae Lee tumpas kepada pemain China, Chai Yun dan Fu Haifeng dengan keputusan 18-21 21-17 21-19.

Bagi perseorangan wanita, peserta China, Wang Shixiang mudah menumpaskan rakan senegara, Jiang Yanjioa 21-12 21-17.

Peserta China terus gah apabila meraih kejuaraan dalam kategori beregu wanita dengan kejayaan Tian Qing-ZhaoYunlei 21-18 21-13 ke atas Jung Eun Ha-Ming Jung Kim dari Korea.

Kosmo/-

Keputusan kes liwat Anwar hari ini

15 Safar 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung kesudahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu bakal terjawab apabila Mahkamah Tinggi di sini dijangka membacakan keputusan perbicaraan hari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah.

Sekiranya disabitkan bersalah, Anwar berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Anwar masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 16 Mei 2011, Anwar, 65, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 27, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Mohamad Zabidin ketika memutuskan Anwar membela diri berkata, mahkamah tiada sebab untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan pendakwaan berhubung penglibatan tertuduh dalam kes itu.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Bagaimanapun Anwar pada 22 Ogos 2011 mengambil langkah membela diri dari dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah.

Tindakan itu menyebabkan keterangan Anwar rapuh dan kurang kukuh kerana pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tidak berpeluang menyoal balas.

Pihak pembelaan yang diketuai Karpal Singh mengemukakan tujuh saksi termasuk dua pakar forensik dari Australia, Dr. Brian McDonald dan Dr. David Wells serta seorang pakar ortopedik dari Belanda, Dr. Thomas Hoogland bagi mempertikai bukti DNA.

Anwar sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Anwar mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan tersebut.

Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari 2010 dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.

Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan sebelum ini beberapa kali memohon supaya tuduhan liwat itu diketepikan atas beberapa alasan termasuk alasan Mohd. Saiful dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit namun semuanya gagal.

Pihak pembelaan juga gagal mendapatkan laporan perubatan Anwar yang dibuat oleh doktor HKL.

Selain itu, usaha Anwar sebanyak tiga kali supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes tersebut turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Kosmo/-