24 September 2012

Pimpinan UMNO-BN Bila Pula Nak Mohon Maaf?

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

DAP kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang mempersoalkan kejujuran permohonan maaf pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan Twitter beliau yang diputarbelitkan sebagai menghina Islam.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin BN yang tidak mahu memohon maaf diatas kenyataan kesat dan berbaur perkauman terhadap orang Islam dan bukan Melayu.

“Apapun telahan perdana Menteri atas kejujuran Datuk Ngeh memohon maaf, ia membuktikan pimpinan Paktan Rakyat lebih terbuka dan mempunyai ketelusan hati untuk menerima sebarang kesilapan.”

“Ia jauh bezanya dengan sikap pimpinan BN yang langsung tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terang membuat tuduhan melampau dan pembohongan yang tidak berasas.” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata antara perkara yang dimaksudkan termasuklah apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menfitnah bahawa anak lelakinya yang di bawah umur telah mencabul rakan sedarjahnya sedangkan murid perempuan tersebut tidak ada.

“Kita juga pernah mendengar bagaimana Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan kaum bukan Melayu tidak patriotik kerana kurang menyertai pasukan keselamatan.

“Bukan sekadar itu, beliau juga berkata kekurangan mereka dalam pasukan unit beruniform adalah disebabkan kerana “takut terhadap disiplin yang ketat”.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang menyerang calon PAS di Tenang, Normala Sudirman dengan mendakwa bahawa calon wanita tersebut anti Cina apabila beliau tidak bersalaman dengan lelaki.

Kata Guan Eng, “Itu adalah pilihan peribadi beliau untuk tidak bersalaman samada dengan lelaki Islam maupun lelaki bukan Islam.”

Justeru, dengan tidak memohon maaf terhadap kesemua perkara yang disebutkan dan banyak lagi, Guan Eng berkata ia jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan sikap pilih kasih.

“Sekurang-kurangnya apabila ada pimpinan PR melakukan kesalahan, kami akan memohon maaf dan akan memperbaiki keadaan.”

Guan Eng dalam kenyataannya turut mengecam penganjuran demonstrasi ganas dan rasis oleh UMNO terhadap Ngeh dihadapan ibupejabat DAP Melaka walaupun beliau sudah memohon maaf.

“Sudah jelas, UMNO berniat untuk memainkan isu berbahaya dan melakukan pembohongan tidak berasas dengan mengeksploitasi sentimen perkauman bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.” katanya.

– Roketkini

Calon: PAS Pusat yakin budi bicara negeri

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

POKOK SENA: PAS Pusat menyerahkan kepada budi bicara PAS negeri-negeri untuk menapis senarai calon layak bertanding untuk Pilihan Raya Umum yang ke- 13 (PRU-13) akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata setelah senarai yang dihantar  mendapat persetujuan Pusat, negeri akan menilai semula calon berkenaan sebelum memuktamadkan keputusan.

"Calon import atau tempatan, tunggu sahaja nama calon itu diumumkan kelak,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas Majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), disini baru-baru ini.

Turut hadir sama di sidang media itu ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Speaker DUN Datuk Dr Isa dan Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Kadir Syeikh Fadhil.

Ustaz Hadi berkata, senarai akhir menjelang PRU-13 kelak akan diputuskan atas pertimbangan PAS negeri.

"Sebelum ini PAS Kedah sudah hantar beberapa nama untuk satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Majlis Syura sudah luluskan.

"Ada tiga empat nama bagi setiap Dun, kita serah pada budi bicara PAS Kedah, mereka hantar ke pusat dan pusat buat pertimbangan... seterusnya senarai itu kembali ke negeri dan terserah pada kebijaksanaan negeri masing-masing," katanya.

Sebelum ini, Ustaz Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keutamaan tetap diberikan kepada calon tempatan, memandangkan parti itu mempunyai ramai calon berpotensi.

Namun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon luar Kedah dan mendapat persetujuan pusat, kerana keutamaan ialah untuk mendapat kemenangan bagi PAS dalam PRU-13 itu.
 harakahdaily/-

Mogok di Bangladesh kerana filem hina nabi

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

SEBAHAGIAN orang berhimpun bagi membantah filem menghina Nabi Muhammad di Dhaka semalam.


DHAKA - Kebanyakan sekolah, kedai dan pejabat ditutup di Bangladesh semalam kerana membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Ribuan polis mengawal bandar raya Dhaka yang merupakan ibu kota negara ini.
Pada kebiasaannya, Dhaka akan kelihatan sibuk dengan urusan seharian.
Negara ini mempunyai 153 juta penduduk Muslim.

Kira-kira 40 aktivis Muslim ditahan bagi tempoh yang singkat selepas mereka cuba untuk membuat sekatan di sebatang jalan raya dan membaling batu ke arah anggota polis.

Di Chittagong, bandar kedua terbesar di negara ini, polis berkata, para penunjuk perasaan membakar sebuah bas dan merosakkan sebuah van polis.

Menurut polis, seramai tiga orang telah ditangkap yang merupakan pelajar.
Beberapa parti politik Islam mendesak mogok itu dilakukan bagi membantah filem tersebut yang memperlekehkan Nabi Muhammad SAW.

Mogok itu juga diadakan bagi membantah karikatur Nabi Muhammad yang disiarkan di sebuah majalah Perancis.

Polis berkata, kira-kira 10,000 anggota polis dan pasukan elit Batalion Tindakan Khas ditempatkan di Dhaka termasuk di kawasan diplomatik.

Kelmarin, ratusan penduduk bertempur dengan polis semasa mereka berarak untuk membantah larangan tunjuk perasaan.

Polis turut melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan.
Menurut media, lebih 50 orang cedera.

Pemerintah Bangladesh mengutuk filem tersebut yang sedutannya turut disiarkan di internet.
Pada Jumaat lalu, kira-kira 10,000 penduduk Bangladesh berarak di jalan raya di luar sebuah masjid. - AFP

Pertemuan muhibbah PAS P Pinang dan gereja

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

(Mujahid menyerahkan al-Quran, kek dan kain berlogo PAS kepada Bishop Sebastian Francis)

PULAU PINANG: Ketika umat Islam berkeluh kesah dengan filem pendek yang menghina pemimpinnya, Muhamad saw, PAS Pulau Pinang membuat pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik.

Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, Sebastian Francis yang baru dilantik menjagai hal ehwal Kristian Kortolik melibatkan lima  buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak menyambut kedatangan rombongan PAS yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan penuh rasa harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia.

Gereja yang terletak di Jalan Besi, Gelugor itu dimasuki tepat pukul 5.45 petang semalam setelah berkumpul di Masjid Negeri untuk bersolat asar serta mendapatkan penerangan tujuan kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Rahman Kasim yang bertindak sebagai orang tengah pertemuan bersejarah itu.

(Mujahid dan rombongan disambut oleh Sebastian Francis)

Rombongan yang turut disertai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri, Bukhori Ghazali, Peguam Rosidi Husain, Setiausaha PAS Jelutong, Saudara Nasir serta beberapaa orang rakan lain mendapat penjelasan terbuka dari hati ke hati seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh jambatan perkauman.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga sebab dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia.

Ini membuktikan kaum bukan penghalang untuk menjalinkan persabahatan dan persaudaraan atas nama sejagat, katanya.

Sesuai dengan kedudukan Malaysia yang berbagai kaum tambahnya, apa salahnya semuanya hidup dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera.

"Jika kita mengutamakan perpaduan, Malaysia akan terus aman. PAS adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa melihat kaum mana yang terlibat. Ia adalah satu usaha yang murni demi kebaikan umat manusia," terangnya yang telah 35 tahun berkhidmat sebagai Bishop di beberapa buah negeri.

Baginya, kunjungan berkenaan boleh memberikan gambaran bahawa Islam dan kristian selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun sebagaimana yang buat menerusi filem 'Innocence Of Muslims' yang hangat di tentang oleh ramai masyarakat Islam di dunia.

(Mujahid, Ustaz Soid dan Rosidi berbincang dengan Sebastian Francis di pejabatnya)

Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kaum dan agama sesuai dengan kedudukan PAS sekarang untuk mendaki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Lagipun PAS akan meneruskan semua dialog dengan masyarakat bukan Islam termasuk Kristian sebagai mana yang digerakan sebelum ini.

"Lajnah akan terus bekerjasama dengan PAS negeri untuk menganjurkan dialog dengan semua kaum di Malaysia termasuk Kristian. Hasil dialog yng dilaksanakan dahulu meninggalkan infak yang positif termasuk penerangan Hudud yang dipertikaikan ramai pihak, " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin menyifatkan pertemuan tersebut membuka ruang untuk memahami sesama sendiri
lebih- lebih lagi jika ada isu yang mencetuskan konflik.

Beliau yang pertama kali menyertai pertemuan seumpama itu merasa bangga kerana mengetahui Kristian juga memahami kehendak Islam dan sudi bertemu mencari jalan kebaikan.

"Pertama kali saya sertai pertemuan ini sudah cukup memberikan info bahawa tiada permasalahan sesama umat sekiranya wujud sikap tolak ansur, " ujarnya.

Diakhir pertemuan Bishop Sebastian Francis dihadiahkan sebuah Al Quran terjemahan, kek dan kain yang tertera lambang dan tulisan Parti Islam Se Malaysia (PAS).

harakahdaily/-

'PR angkat bendera putih'


Suhaila M Zin
Suhaila M Zin

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


SHAH ALAM – Cabaran PKR meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat ‘bendera putih’ daripada negeri itu kelak.

Ketua Puteri Umno Negeri, Suhaila M Zin berkata, ini kerana, tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin membuat cabaran itu jelas menunjukkan ‘tanda-tanda’ itu kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri.

“Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Zuraida yang minta TPM (Timbalan Perdana Menteri) mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN. Mereka (PR) sudah kalah ke? Kenapa persoalkan MB dari kalangan pemimpin BN?

“Pada pendapat saya, PKR akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang minta (persoalkan) siapa MB Selangor daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cabaran dibuat Zuraidah kepada Muhyiddin supaya mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor kerana dakwaan Menteri Pelajaran itu sendiri yang sebelum ini mendakwa Umno sudah mempunyai ramuan  lengkap untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Suhaila mendakwa, dalam Mesyuarat Umno atau BN di peringkat Bahagian mahupun Negeri, soal siapa calon Menteri Besar tidak pernah dibincangkan, malah mereka lebih menumpukan perhatian kepada strategi memenangi PRU13, sekali gus merampas Selangor daripada PR.

“Kita tidak pernah bincang perkara ini (soal bakal Menteri Besar). Kita hendak kemenangan dulu baru bincang perkara ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang akan menilai siapa calon yang layak dilantik menjadi MB.

“Sesiapa pun (pemimpin BN) boleh menerajui negeri (Selangor) jika kita (BN) menang PRU13 nanti,” katanya.

Menurutnya, sepanjang dua tahun ini, Puteri Umno banyak menjalankan aktiviti turun padang mendekati golongan wanita berusia di bawah 40 tahun dan pada masa sama golongan mahasiswi juga tidak ketinggalan walaupun mereka belum cukup umur untuk mengundi.

“Kita hendak beritahu mesej kita dan buktikan bahawa Kerajaan BN mampu memerintah,” katanya.

sinar harian/-

Laporan Ketua Audit 2012 dikeluar selepas Bajet

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Laporan Audit Negara 2012 hanya akan dikeluarkan seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28 Sept ini.

Ia bagi memberi peluang kepada ahli-ahli dewan membincangkan secara lebih fokus tentang bajet, tanpa mencampur-adukkan dengan laporan audit.

Demikian dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada wartawan, di lobi parlimen, hari ini.

Tahun lalu, laporan audit juga dikeluarkan selepas pembentangan Bajet 2012 yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Nazri melawat ruang media yang dinaiktarafkan dengan menambah bilangan kerusi, selain menambah soket tambahan.

Penambahbaikan itu dilakukan selepas pihak media mengadu menghadapi kesesakan yang menyebabkan kesukaran pihak media untuk membuat liputan pada sesi lepas.

harakahdaily/-

[Jenayah Menurun] Warga emas mati dibunuh di Pekan Pahang

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Pekan - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Pengesahan dibuat berdasarkan barang-barang yang turut dijumpai di lokasi seperti Mykad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik mangsa yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, operasi mencari semalam turut menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa di sekitar kawasan tempat kejadian.

Menurutnya, anggota badan mangsa yang ditemui terpisah mungkin akibat dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan.

Katanya, operasi mencari dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung.

“Hasil maklumat yang diperoleh daripada dua suspek berumur 26 dan 35 tahun, kita berjaya mengesan tempat mangsa dibunuh sebelum ditinggalkan iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat warga emas itu bekerja iaitu di Peramu Jaya 1.

“Pemeriksaan yang dilakukan hasil petunjuk yang diterima berjaya menemukan satu tengkorak manusia di tepi tali air dan badan termasuk beberapa bahagian anggota lain,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam.

Yahaya berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota lain yang dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata, salah seorang suspek adalah rakan mangsa yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan di daerah Pekan dan dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun pada 2004.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes samun. Suspek yang berasal dari Johor kini direman selama dua minggu dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya suspek kerana tanpa bantuan mereka sukar untuk kita mengesan mereka yang terlibat serta mayat mangsa.

“Dengan kejayaan ini kita menganggap kes ini telah selesai dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Forensik HTAA untuk melakukan ujian DNA ke atas tengkorak dan semua anggota badan yang ditemui,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi anggota keluarga mangsa bagi mendapatkan maklum balas, namun mereka enggan mengulas dan berharap semua pihak dapat memahami situasi mereka.

Keluarga mangsa reda dengan tragedi yang berlaku dan berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan kehilangan Sh Othman selepas menemui dua lelaki yang kononnya ingin berbincang mengenai proses menyewa lot kedai bahagian atas bangunan sebuah premis menjual alat binaan di Peramu Jaya kira-kira jam 1 tengah hari, Sabtu lalu. -SH

Gempa bumi sederhana landa selatan Kepulauan Mariana

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda selatan kepulauan Mariana pada jam 7.42 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di dalam laut pada kedudukan 1,624km timur laut Jayapura, Indonesia dan 2,880km timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini. - Bernama

Cuba hasilkan salad terbesar di dunia

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 
SEORANG sukarelawan menambahkan kandungan sayur-sayuran sebagai usaha untuk menghasilkan salad terbesar di dunia di Pantelimon semalam.



BUCHAREST, Romania - Sekumpulan sukarelawan berusaha untuk menghasilkan salad terbesar di dunia di Pantelimon dekat sini semalam.

Antara sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat salad itu ialah 20 tan tomato, timun, bawang dan lobak. - Agensi

Kali ini sangkut

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.

Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu. 

metro/-

DBKL Roboh 418 Bilik Jalankan Aktiviti Pelacuran

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan pada Ahad.
Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah berkata, kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12tengah hari.

"Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini.

Katanya, DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - BERNAMA

Kerjasama Pakatan Rakyat untuk padam ‘mitos’ BN

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


IPOH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan ada tiga ‘mitos’ yang cuba dibawa oleh kerajaan Umno BN dalam usahanya untuk memburukkan pemerintahan.


Pakatan Rakyat jika kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang menyebelahi Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya di Konvesyen DAP Perak semalam, beliau menyeru agar semua ahli parti Pakatan Rakyat agar sentiasa bekerjasama dan memastikan kemenangan di Perak tetapi juga berjaya menawan Putrajaya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Umno BN akan lakukan apa sahaja cara untuk memenangi piliharaya yang akan datang.

“Mereka tahu jika mereka hilang kuasa mereka juga tidak boleh hidup, tetapi tidak untuk Pakatan Rakyat kerana kita berjuang untuk rakyat. Kita lihat banyak maslah yang timbul anataranya skandal korupsi Malaysia yang dahulu ditangga ke-37 pada tahun 2003 dan  jatuh terus ke tangga 60 tahun ini,” kata beliau.

Ahli Parlimen Bagan ini semasa dalam ucapan ada menyebut tiga ‘mitos’ yang digunakan untuk menipu rakyat.

“Pertama, Malaysia akan bankrap jika diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang ditunjukan oleh empat negeri dibawah Pakatan Rakyat yang ditadbir dengan telus dan ikhlas membuktikan negeri tersebut mampu mengumpulkan jumlah lebihan yang banyak,” katanya lagi.


Guan Eng juga menyatakan ‘mitos’ kedua penipuan kerajaan Umno BN ialah, MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Tionghua bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Malaysia akan menjadi negara Islam. Umno pula cuba menakut-nakutkan pengundi bahawa jika Pakatan memerintah Malaysia kana menjadi negera Kristian.

“Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Umno BN jelas menunjukkan mereka berbohong, dan mereka juga mempunyai percanggahan pendapat di dalam Umno dan parti komponen,” kata Guan Eng.

“’Mitos’ terakhir kerajaan Umno BN adalah, perkara 13 Mei akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya yang akan datang.”

Jelas Guan Eng, ‘mitos’ ini ditujukan kepada orang bukan Melayu walaupun hakikatnya undian orang Melayu yang akan menentukan nasib Malaysia selepas ini. Pilihanraya 2008, membuktikan pengundi sudah matang dan perbezaaan kaum yang cuba dimainkan oleh kerajaan Umno BN tidak berjaya, apabila Pakatan Rakyat telah memenangi lima negeri sewaktu itu.

“Pehimpunan Bersih membuktikan orang Melayu menunjukkan keinginan untuk pilihanraya yang bersih dan adil kerana itu mereka boleh sama-sama turun berkumpul untuk perhimpunan aman tersebut,” katanya lagi.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, kerajaan Umno BN menyebut dalam ‘mitos’nya kerajaan akan bankrap jika Pakatan Rakyat hapuskan tol.

“Kerajaan tidak akan bankrap jika kita hapuskan tol, kecuali kroni-kroni yang mungkin akan bankrap,” ujar beliau.

harakahdaily/-

Royalti: Semak perjanjian Petronas-negeri?

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan kerajaan negeri dalam isu royalti.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mengemukakan soalan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini, memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli.

Katanya, minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen, hari ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli. Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

harakahdaily/-

Gigit lengan murid

SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru.8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru. 

KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik

metro/-

Patung penerbit ‘Innocence of Muslims’ dibakar


8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Umat Islam di sini terus menyuarakan kemarahan mereka terhadap penerbitan filem ‘Innocence Of Muslims’ yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam, dengan membakar patung penerbit filem itu, Nakoula Besseley, dibakar malam tadi.

Patung itu yang memakai cermin mata hitam dengan hidung dan mulutnya ditutupi kain, dibakar di hadapan kira-kira 200 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini pada majlis ‘Himpunan Rakyat Sempena Sambutan Hari Malaysia’.

Ia dibakar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Turut hadir Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip.
Pada sidang media kemudian, Ibrahim berkata, pembakaran patung itu adalah sebagai simbolik kemarahan umat Islam.

"Pembakaran patung ini oleh Perkasa adalah sebagai menyatakan bantahan kita terhadap perbuatan biadap Nakoula Besseley. Kita mahu menyampaikan mesej bahawa kita marah,” katanya. - BERNAMA