24 September 2012

Pertemuan muhibbah PAS P Pinang dan gereja

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

(Mujahid menyerahkan al-Quran, kek dan kain berlogo PAS kepada Bishop Sebastian Francis)

PULAU PINANG: Ketika umat Islam berkeluh kesah dengan filem pendek yang menghina pemimpinnya, Muhamad saw, PAS Pulau Pinang membuat pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik.

Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, Sebastian Francis yang baru dilantik menjagai hal ehwal Kristian Kortolik melibatkan lima  buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak menyambut kedatangan rombongan PAS yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan penuh rasa harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia.

Gereja yang terletak di Jalan Besi, Gelugor itu dimasuki tepat pukul 5.45 petang semalam setelah berkumpul di Masjid Negeri untuk bersolat asar serta mendapatkan penerangan tujuan kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Rahman Kasim yang bertindak sebagai orang tengah pertemuan bersejarah itu.

(Mujahid dan rombongan disambut oleh Sebastian Francis)

Rombongan yang turut disertai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri, Bukhori Ghazali, Peguam Rosidi Husain, Setiausaha PAS Jelutong, Saudara Nasir serta beberapaa orang rakan lain mendapat penjelasan terbuka dari hati ke hati seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh jambatan perkauman.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga sebab dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia.

Ini membuktikan kaum bukan penghalang untuk menjalinkan persabahatan dan persaudaraan atas nama sejagat, katanya.

Sesuai dengan kedudukan Malaysia yang berbagai kaum tambahnya, apa salahnya semuanya hidup dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera.

"Jika kita mengutamakan perpaduan, Malaysia akan terus aman. PAS adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa melihat kaum mana yang terlibat. Ia adalah satu usaha yang murni demi kebaikan umat manusia," terangnya yang telah 35 tahun berkhidmat sebagai Bishop di beberapa buah negeri.

Baginya, kunjungan berkenaan boleh memberikan gambaran bahawa Islam dan kristian selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun sebagaimana yang buat menerusi filem 'Innocence Of Muslims' yang hangat di tentang oleh ramai masyarakat Islam di dunia.

(Mujahid, Ustaz Soid dan Rosidi berbincang dengan Sebastian Francis di pejabatnya)

Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kaum dan agama sesuai dengan kedudukan PAS sekarang untuk mendaki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Lagipun PAS akan meneruskan semua dialog dengan masyarakat bukan Islam termasuk Kristian sebagai mana yang digerakan sebelum ini.

"Lajnah akan terus bekerjasama dengan PAS negeri untuk menganjurkan dialog dengan semua kaum di Malaysia termasuk Kristian. Hasil dialog yng dilaksanakan dahulu meninggalkan infak yang positif termasuk penerangan Hudud yang dipertikaikan ramai pihak, " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin menyifatkan pertemuan tersebut membuka ruang untuk memahami sesama sendiri
lebih- lebih lagi jika ada isu yang mencetuskan konflik.

Beliau yang pertama kali menyertai pertemuan seumpama itu merasa bangga kerana mengetahui Kristian juga memahami kehendak Islam dan sudi bertemu mencari jalan kebaikan.

"Pertama kali saya sertai pertemuan ini sudah cukup memberikan info bahawa tiada permasalahan sesama umat sekiranya wujud sikap tolak ansur, " ujarnya.

Diakhir pertemuan Bishop Sebastian Francis dihadiahkan sebuah Al Quran terjemahan, kek dan kain yang tertera lambang dan tulisan Parti Islam Se Malaysia (PAS).

harakahdaily/-

Tiada ulasan: