8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
IPOH – DAP menganggap ‘mitos’ dibawa Barisan Nasional (BN) bagi
memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) jika memerintah negara
didorong oleh ketandusan idea di pihak perikatan tersebut.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, mitos yang dibawa pimpinan
BN hanya menggambarkan ia sudah ketandusan idea dalam memikat hati
rakyat, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Mereka (BN) banyak menyebutkan mitos mengenai kita (PR). Antaranya, jika kita berjaya memerintah kelak, negara akan bankrap kerana kita mahu hapuskan tol, selain bakal berlaku rusuhan seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 lalu.
“Ingin saya tegaskan jika kita hapuskan tol sekali pun, negara tidak akan bankrap kecualilah kroni-kroni yang mungkin bankrap.
"Selama kita memerintah empat negeri, apakah semua negeri ini bankrap? Terbukti tidak, malah pendapatan semakin meningkat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak ke-17 di sini, hari ini.
Hadir sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sehingga hari ini, mitos yang dibawa BN kerap diperkatakan dan dimainkan media terutama media arus perdana.
Katanya, kenyataan kononnya Malaysia menjadi negara Kristian mula dimainkan beberapa parti kompenan BN untuk memberi gambaran negatif rakyat kepada PR.
“Ada mengatakan jika PR menang, Malaysia akan menjadi negara Islam, ada juga yang sebut jika PR menang, Malaysia akan jadi negara Kristian, ini semua mitos.
"Kita harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan mitos yang dibawa oleh mereka ini,” katanya.

sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan