Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin BN yang tidak mahu memohon maaf diatas kenyataan kesat dan berbaur perkauman terhadap orang Islam dan bukan Melayu.
“Apapun telahan perdana Menteri atas kejujuran Datuk Ngeh memohon maaf, ia membuktikan pimpinan Paktan Rakyat lebih terbuka dan mempunyai ketelusan hati untuk menerima sebarang kesilapan.”
“Ia jauh bezanya dengan sikap pimpinan BN yang langsung tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terang membuat tuduhan melampau dan pembohongan yang tidak berasas.” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata antara perkara yang dimaksudkan termasuklah apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menfitnah bahawa anak lelakinya yang di bawah umur telah mencabul rakan sedarjahnya sedangkan murid perempuan tersebut tidak ada.
“Kita juga pernah mendengar bagaimana Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan kaum bukan Melayu tidak patriotik kerana kurang menyertai pasukan keselamatan.
“Bukan sekadar itu, beliau juga berkata kekurangan mereka dalam pasukan unit beruniform adalah disebabkan kerana “takut terhadap disiplin yang ketat”.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang menyerang calon PAS di Tenang, Normala Sudirman dengan mendakwa bahawa calon wanita tersebut anti Cina apabila beliau tidak bersalaman dengan lelaki.
Kata Guan Eng, “Itu adalah pilihan peribadi beliau untuk tidak bersalaman samada dengan lelaki Islam maupun lelaki bukan Islam.”
Justeru, dengan tidak memohon maaf terhadap kesemua perkara yang disebutkan dan banyak lagi, Guan Eng berkata ia jelas menunjukkan bahawa BN mengamalkan sikap pilih kasih.
“Sekurang-kurangnya apabila ada pimpinan PR melakukan kesalahan, kami akan memohon maaf dan akan memperbaiki keadaan.”
Guan Eng dalam kenyataannya turut mengecam penganjuran demonstrasi ganas dan rasis oleh UMNO terhadap Ngeh dihadapan ibupejabat DAP Melaka walaupun beliau sudah memohon maaf.
“Sudah jelas, UMNO berniat untuk memainkan isu berbahaya dan melakukan pembohongan tidak berasas dengan mengeksploitasi sentimen perkauman bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.” katanya.
– Roketkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan