KUALA LUMPUR: Menghadiri
persidangan parlimen bagi sesi ini sebagai ahli Bebas, tidak memberikan
sebarang rasa kekok kepada bekas ahli kabinet BN, Datuk Seri Lajim
Ukin.
Beliau masih meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat biarpun kini sudah tidak berada dalam barisan kerajaan.
Bagaimanapun, beliau melahirkan kekecewaan apabila terdapat ahli bebas yang tidak berdisiplin ketika mengikuti persidangan.
"Saya kecewa apabila ada ahli parlimen Bebas yang tidak berdisiplin apabila mengganggu ucapan ahli parlimen lain. Sewajarnya, sebagai ahli parlimen bebas, perlu dengar penghujahan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang.
"Kena ada disiplinlah, kalau kerajaan cakap yang baik, kita sokong. Begitu juga kalau pembangkang hujah yang baik, kita juga sokong," kata beliau merujuk sikap ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan itu berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily, di perkarangan parlimen, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana ahli dewan mengamalkan disiplin ketika bersidang bagi memastikan isu-isu penting negara dapat dibincangkan dengan lebih baik.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan