24 September 2012

Kerjasama Pakatan Rakyat untuk padam ‘mitos’ BN

8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


IPOH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan ada tiga ‘mitos’ yang cuba dibawa oleh kerajaan Umno BN dalam usahanya untuk memburukkan pemerintahan.


Pakatan Rakyat jika kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang menyebelahi Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya di Konvesyen DAP Perak semalam, beliau menyeru agar semua ahli parti Pakatan Rakyat agar sentiasa bekerjasama dan memastikan kemenangan di Perak tetapi juga berjaya menawan Putrajaya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Umno BN akan lakukan apa sahaja cara untuk memenangi piliharaya yang akan datang.

“Mereka tahu jika mereka hilang kuasa mereka juga tidak boleh hidup, tetapi tidak untuk Pakatan Rakyat kerana kita berjuang untuk rakyat. Kita lihat banyak maslah yang timbul anataranya skandal korupsi Malaysia yang dahulu ditangga ke-37 pada tahun 2003 dan  jatuh terus ke tangga 60 tahun ini,” kata beliau.

Ahli Parlimen Bagan ini semasa dalam ucapan ada menyebut tiga ‘mitos’ yang digunakan untuk menipu rakyat.

“Pertama, Malaysia akan bankrap jika diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang ditunjukan oleh empat negeri dibawah Pakatan Rakyat yang ditadbir dengan telus dan ikhlas membuktikan negeri tersebut mampu mengumpulkan jumlah lebihan yang banyak,” katanya lagi.


Guan Eng juga menyatakan ‘mitos’ kedua penipuan kerajaan Umno BN ialah, MCA cuba menakut-nakutkan pengundi Tionghua bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Malaysia akan menjadi negara Islam. Umno pula cuba menakut-nakutkan pengundi bahawa jika Pakatan memerintah Malaysia kana menjadi negera Kristian.

“Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Umno BN jelas menunjukkan mereka berbohong, dan mereka juga mempunyai percanggahan pendapat di dalam Umno dan parti komponen,” kata Guan Eng.

“’Mitos’ terakhir kerajaan Umno BN adalah, perkara 13 Mei akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya yang akan datang.”

Jelas Guan Eng, ‘mitos’ ini ditujukan kepada orang bukan Melayu walaupun hakikatnya undian orang Melayu yang akan menentukan nasib Malaysia selepas ini. Pilihanraya 2008, membuktikan pengundi sudah matang dan perbezaaan kaum yang cuba dimainkan oleh kerajaan Umno BN tidak berjaya, apabila Pakatan Rakyat telah memenangi lima negeri sewaktu itu.

“Pehimpunan Bersih membuktikan orang Melayu menunjukkan keinginan untuk pilihanraya yang bersih dan adil kerana itu mereka boleh sama-sama turun berkumpul untuk perhimpunan aman tersebut,” katanya lagi.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, kerajaan Umno BN menyebut dalam ‘mitos’nya kerajaan akan bankrap jika Pakatan Rakyat hapuskan tol.

“Kerajaan tidak akan bankrap jika kita hapuskan tol, kecuali kroni-kroni yang mungkin akan bankrap,” ujar beliau.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: