8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan, Alaeddin Boroujerdi menyatakan pakar keselamatan Iran berjaya menemui bahan letupan tersebut sebelum ia meletup.
"Ia sepatutnya meletup selepas dipasang pada sistem dan sememangnya bertujuan untuk memusnahkan program kami, namun kebijaksanaan pakar kami berjaya menggagalkan konspirasi pihak musuh," katanya.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Siemens berkeras menafikan tuduhan itu.
Jurucakap syarikat berpusat di Munich, Alexander Machowetz berkata, Siemens tidak pernah menjalinkan urusan perniagaan bersama Teheran termasuk yang berkaitan dengan program nuklear Iran sejak 1979. -AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan