8 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
MUAR – “Sebelas tahun lalu, saya pernah kecewa kerana tidak boleh terima kenyataan terpaksa kehilangan tangan kanan.
“Namun akhirnya, saya dapat menerima kekurangan ini dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai takdir. Ini berkat doa kedua ibu bapa dan keluarga yang tidak henti-henti mendoakan saya sepanjang tiga bulan dirawat di hospital,” demikian luahan Abd Razak Aris, 35.
Abd Razak kehilangan tangan kanan akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang bertugas sebagai subkontraktor membaik pulih menara pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Rawang, Selangor.
Lebih malang lagi, dalam peristiwa hitam itu, Abd Razak turut melecur 70 peratus di bahagian badan dan kesan tersebut kekal sehingga hari ini.
Jelasnya, selepas tiga hari dirawat di HKL, doktor pakar memaklumkan tangan kanannya perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.
“Saya menangis kerana terlalu sedih tetapi terpaksa akur dengan hakikat kerana tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri ini,” katanya.
Katanya lagi, selepas itu dia mengambil keputusan pulang dan menetap terus di kampung halaman di Lorong Kasdon, Batu 16 1/2, Air Hitam, dekat sini.

Keseronokan berada di kampung bersama keluarga dan rakan-rakan berjaya melenyapkan kekecewaannya itu.
Abd Razak bangkit dengan semangat baru untuk mengusahakan tanaman nanas madu di kampung berkenaan.
Kata Abd Razak lagi, bermula dengan tanaman seluas 0.8 hektar, dia tersenyum bangga apabila tanaman yang diusahakannya itu semakin berjaya dengan keluasan kini mencecah hampir tiga hektar.
Menurutnya, setiap lot daripada enam lot nanas yang diusahakannya mampu menghasilkan sebanyak 4,000 biji nanas yang dijual tiga pusingan setahun.
Menurutnya, meskipun memiliki satu tangan, ia bukan penghalang kepada dirinya untuk mengusahakan tanaman tersebut yang merupakan sumber utama pendapatannya.
“Selagi berdaya saya akan terus berdikari tanpa mengharapkan belas ihsan dan simpati daripada orang ramai.
“Kepada OKU di luar sana, saya ingin berpesan supaya menggunakan kebolehan dimiliki untuk berdikari serta membina kehidupan yang lebih berjaya,” katanya.

sinar harian/-
3 ulasan:
kesabaran yang mendalam serta keimanan yang mantap dapat mengharungi cabaran hidup yang telah ditentukan ilahi.jangan kita meminta-minta pada orang,kelak kita jadi hamba yang terpaksa balas budi.syukur kepada Allah.rezeki pemberianNya hendaklah kita yakini.balasan sedia di akhirat nanti.

sesuatu kejayaan bergantung kepada usaha anda...gagal pun sbb banyaknya alasan anda...fikir2kanlah
Catat Ulasan