06 Oktober 2012

Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat

20 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.


Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.

Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.

Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.

Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

“Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

“Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi,” katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.

“Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.

“Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat,” katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini.

Harakahdaily/-

AES: Apa Sistem Penguatkuasaan Automatik


20 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Zulhazmi Shariff

Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
a) Apa AES

AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. 

b) Bagaimana AES berfungsi?

i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti. 

ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.


iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ. 

iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. 

c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu:

i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australai; dan 

ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman 

d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu: 

i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman. 

ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama. 

iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama. 

e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES 

i) Seksyen 2 – memasukkan takrif “imej yang dirakam”, 

ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif”kesalahan berjadual” 

iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif “kesalahan yang dirakam melalui kamera” 

iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima 

v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat 

vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera.


viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie 

ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan 

Jadual Pertama 

(i) Memandu melebihi hadlaju 
(ii) Tidak mematuhi isyarat lalu 
(iii) Memotong garisan berkembar 
(iv)Memandu di lorong kecemasan 
(v) Memotong & menghalang daripada memotong 
(vi) Memotong barisan 
(vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu 

Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera 

(I) Memandu di lorong bas 
(ii) Memandu melebihi hadlaju 
(iii) Tidak mematuhi lampu isyarat 


Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Pas dakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 ada lebih 200 kesilapan

20 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


SINAR HARIAN
6 Oktober 2012
Nasrudin Hassan

Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 mengandungi lebih 200 kesalahan utama, antaranya tatabahasa, metodologi bahasa dan susun atur bahasa dan ejaan.
"Sungguh memeranjatkan. Bagaimana Kementerian Pelajaran boleh mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia, mengandungi lebih 200 kesalahan utama.

"Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, metodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu kata beliau, Dewan Pemuda Pas mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar.

"Apakah kegagalan hampir 50 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah?" katanya lagi.

Nasrudin berkata, kesilapan ketara seperti itu sewajarnya tidak berlaku.

Katanya, "bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa Arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi."

Justeru kata beliau, pihaknya mahu Dewan Pemuda Pas mahu mengetahui jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya.

"Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat," katanya lagi.

Kata Nasrudin, sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para sasterawan negara dan cerdik pandai.

"Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar," katanya lagi.

Mangsa ke-39 tragedi feri di Hong Kong meninggal duni


20 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 


HONG KONG: Angka kematian nahas maritim terbesar di Hong Kong pada dekad ini meningkat kepada 39 orang dan anggota penyelamat menamatkan operasi mencari mangsa, kata pihak berkuasa. 

Kerajaan Hong Kong berkata, seorang lagi mangsa meninggal dunia lewat semalam selepas feri penumpang bertembung dengan sebuah bot kecil yang membawa orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam Isnin lalu. 

Kesemua 39 yang mati dan hampir 100 lagi cedera ketika menaiki bot kecil berkenaan, Lamma IV yang membawa 124 penumpang dan tiga anak kapal. Bot itu berlepas dari Pulau Lamma, barat daya Hong Kong dan menuju Victoria Harbour apabila ia bertembung dengan feri Sea Smooth dan kemudiannya karam. - AP

05 Oktober 2012

Bil anggaran TNB caj lima kali ganda

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Bil anggaran TNB caj lima kali ganda
Zulhilmi menunjukkan bil anggaran TNB yang diterimanya.
 
JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.

Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.

“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.

“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan",” katanya.

Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.

Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.

“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.

“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.

sinar harian/-

Guna jengkaut rempuh bank, larikan ATM


19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LONDON: Sekumpulan perompak merempuh dinding sebuah bank menggunakan jengkaut curi, menyebabkan lubang sebesar kira-kira empat meter, sebelum mereka melarikan mesin teler automatik (ATM) di situ, semalam.
Polis kini memburu empat lelaki bertopeng kerana merempuh Bank Barclays cawangan Long Sutton di Lincolnshire.

Jurucakap polis berkata, perompak terbabit menggunakan jengkaut yang dicuri dari sebuah ladang di Gedney sebelum mengangkut ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Walaupun sepatutnya insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), tiada bukti dapat digunakan polis pada alat berkenaan kerana ia tidak dihidupkan ketika itu. Ahli Majlis Tempatan, John Clarey, berkata dia amat terkejut insiden itu boleh berlaku di tengah bandar ketika dua CCTV terarah ke dinding bank berkenaan.

 “Apa guna membayar wang yang banyak untuk kamera CCTV jika tiada apa dapat dirakam?” katanya. Awal tahun ini, pihak berkuasa tempatan Clare Clarey menggantung pembiayaan skim kamera rasmi bagi membolehkan siasatan dibuat memastikan ia benar-benar berfungsi. Siasatan dibuat selepas sekumpulan pencuri melarikan hampir �700,000 (RM3.5 juta) dari mesin tunai pasar raya di seluruh Britain menggunakan mesin gergaji.

Mereka bagaimanapun didapati bersalah dan dipenjara bulan lalu. Sepanjang 14 bulan, mereka mencuri 33 pasar raya dan kediaman. - DM

2kg rambut, kapur dalam perut

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

  
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
NEW DELHI: Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya. 

Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.

Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.

Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit - dari Rajgarh dan Madhya Pradesh - berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.

Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.

Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.

Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. - DM

Genneva Malaysia disiasat - BNM

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya disiasat agensi penguat kuasa berkenaan bagi kesalahan yang disyaki, yang termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesalahan lain yang disyaki termasuk pengelakan cukai, penerangan palsu termasuk salah pernyataan, pelantikan ejen tanpa lesen dan kegagalan menyerahkan dokumen berkanun.

Serbuan bersama dijalankan pada 1 Okt di beberapa premis Genneva Malaysia serta di kediaman pengarah syarikat itu oleh Polis DiRaja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya.

Ia berkata aset dan dokumen syarikat berkenaan yang disita semasa serbuan itu akan disimpan bagi maksud memudahkan penyiasatan.

Menurut BNM, orang ramai perlu menyemak dengan pihak berkuasa yang berkaitan apabila berurusan dengan syarikat-syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan yang menarik atau perkhidmatan kewangan yang tidak dilesenkan oleh pihak berkuasa.

Bank pusat juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk melabur dalam skim yang tidak dikawal.

"Agensi penguatkuasa akan mengambil tindakan terhadap skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan masyarakat umum,” katanya Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian 1-300-88-5465. - BERNAMA

Status negara Palestin di PBB dibahas November





   19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 






Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan mengadakan debat mengenai status negara Palestin di PBB pada pertengahan November - selepas pilihan raya Amerika Syarikat, ujar presiden kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Rabu lalu.

Setelah gagal tahun lepas untuk diiktiraf kenegaraan penuh di PBB, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata minggu lepas beliau akan berusaha menaik taraf status kepada “negara bukan ahli negeri" seperti Vatican.

Status semasa Palestin PBB adalah "entiti pemerhati." Jika berjaya, ia akan bertukar kepada "negara pemerhati."

"Pada pertengahan November, akan ada debat antarabangsa mengenai isu Palestin dalam Perhimpunan Agung," ujar Presiden Perhimpunan Agung PBB, Vuk Jeremic dalam satu sidang akhbar.

"Terdapat banyak pilihan raya dan kalendar politik di serata dunia," katanya merujuk kepada pilihanraya termasuk pilihan raya Amerika Syarikat pada 6 November.

"Pemahaman saya adalah kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin akan melakukan perbincangan yang mendalam, dan membuat kesimpulan tentang apa yang mereka mahu lakukan pada bulan November."

Status negara untuk Palestin menimbulkan perasaan tidak selesa untuk Israel. Didaftarkan sebagai sebuah negara dan bukannya entiti bermakna Palestin boleh menyertai badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan memfailkan aduan terhadap Israel untuk penjajahan berterusan.

Status negara juga akan menimbulkan kemarahan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, yang berhujah bahawa negara Palestin hanya boleh diwujudkan melalui rundingan bersemuka.

Tiada rundingan damai antara Palestin dan Israel sejak 2010, kerana rakyat Palestin enggan untuk meneruskan rundingan melainkan jika kerajaan Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis.

HARAKAHDAILY/-

Spesies baharu dinosaur diberi nama

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


WASHINGTON - Seorang pengkaji haiwan purba, Paul

Sereno mengenal pasti identiti satu spesies baharu dinosaur yang mempunyai badan seperti landak.


Sereno membuat kajian tentang identiti dinosaur yang mempunyai gigi taring dan paruh seperti burung kakak tua itu selepas melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Spesimen haiwan itu ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an.
Dia memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.

"Saya menggambarkan dinosaur itu sebagai seekor burung, puntianak dan landak," katanya yang merupakan pakar dinosaur di Universiti Chicago.

Penemuan tersebut dilaporkan kelmarin dalam jurnal ZooKeys di internet.

Panjang dinosaur itu kurang 61 sentimeter (sm) dan ia memakan tumbuh-tumbuhan.

Sereno berkata, dinosaur itu mempunyai berat seperti seekor kucing yang dipelihara di rumah manakala ketinggian haiwan tersebut kurang 30sm. - Agensi


PKR cadang Rapid Pengerang pindah ke Terengganu

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


 
PKR mencadangkan projek loji penapis petrokimia Rapid Pengerang dipindahkan ke Kertih, Terengganu seandainya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan.

Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen dalam sidang media pagi tadi berkata projek itu perlu dinilai secara menyeluruh dan mengambil kira merit ekonomi, keuntungan, kesan sosial dan alam sekitar.

"Kita tidak boleh mengenepikan semua isu hanya kerana emosi semata-mata. Jika ia perlu diteruskan, ini sekurang-kurangnya yang kita boleh lakukan.

"Kami akan mempertimbangkan memindahkan lokasinya ke Kertih dari Pengerang. Kompleks Industri Petroleum Petronas memang sudah sedia ada di Kertih," katanya sambil menambah ia dilengkapi kemudahan dan tanah yang cukup serta hampir dengan pelabuhan Kuantan.
 
MALAYSIAKINI/-

Bimbang debu jejas kesihatan

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Azman (kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Tuan Ibrahim untuk disampaikan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, kelmarin.
 
KUANTAN – “Saya  tidak tahan lagi, setiap hari kami terpaksa menghidu udara yang berdebu. Jika keadaan ini berterusan, saya bimbang akan menjejaskan kesihatan penduduk,” kata seorang penduduk Kampung Selamat, Pelabuhan, Abu Bakar Mamat, 52.

Katanya, sebelum ini, penduduk di kawasan itu sudah beberapa kali membuat aduan tentang kuari berdekatan kampung mereka, namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda penyelesaian.

Tambahnya, lebih memburukkan keadaan, kawasan perumahan itu juga turut dicemari dengan longgokan bijih besi oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab.

“Saya kesal kerana hingga kini belum ada penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Malah, penduduk di sini terpaksa menanggung akibatnya dengan meletakkan diri dalam persekitaran ‘tidak sihat’,” katanya yang ditemui ketika Lawatan Dewan Harian Pas, kelmarin.

Hadir sama lawatan itu, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik.

Katanya, setiap hari, puluhan lori berulang-alik ke kawasan kuari dan tempat simpanan bijih besi menyebabkan jalan utama masuk ke kawasan itu rosak.

“Jika hari hujan, saya tidak akan melalui jalan itu sebaliknya menggunakan jalan belakang bagi mengelakkan kereta mengalami kerosakan akibat jalan berlubang.

“Bukan itu sahaja, kami juga jarang membuka tingkap rumah kerana bimbang debu dan habuk kotor masuk. Keadaan ini benar-benar membuatkan kami tidak selesa,” katanya.

Manakala bagi Azman Ali, 43, aktiviti tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan penduduk terpaksa berdepan dengan masalah banjir lumpur sekiranya hujan lebat.

“Bila hari panas, kami berdepan dengan masalah debu. Bila hari hujan pula, kami ‘dibanjiri’ lumpur. Pendek kata, panas salah, hujan pun salah.

“Justeru, saya harap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Kami sudah lama tinggal di sini, malah ada di antara penduduk yang memang lahir dari kampung ini. Kalau boleh kami tidak mahu tinggalkan tempat ini,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya tampil membuat lawatan selepas menerima aduan daripada penduduk berikutan masalah itu.

“Projek kuari sepatutnya tidak boleh dijalankan di kawasan penempatan penduduk kerana ia boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Bagaimanapun, saya akan cuba merujuk perkara ini kepada Setiausaha Sulit Sultan Pahang bagi mendapatkan penyelesaian.

“Kita tidak boleh biarkan penduduk terus hidup dalam keadaan tidak selesa serta terdedah dengan bahaya,” katanya.

SINAR HARIAN/-

 

Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun.

Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya.

Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini.
Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut.

Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin.
Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II.

Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.- Agensi

Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov


19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan.

Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana.

“Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan membentuk satu Jawatankuasa Khas Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah bagi mengemudi pergerakan ahli ke himpunan tersebut.

“Kesemua ahli yang akan ke himpunan itu akan berkumpul di satu tempat yang bakal dimaklumkan kelak dan bergerak secara konvoi ke lokasi program pada 2 November,” katanya.

Musoddak berkata, beberapa program turut diatur dalam masa terdekat bagi memobilasi dan menyampaikan maklumat berkenaan himpunan itu kepada ahli Pas di seluruh Kedah.

“Saya mengalu-alukan penyertaan ahli parti, dan saya berkeyakinan ahli Pas Kedah akan memberi komitmen tinggi untuk menyertai himpunan itu,” katanya.

Dianggarkan sejuta orang akan hadir dengan tema pakaian berwarna kuning.

SINAR HARIAN/-

Koma angkara jalan rosak

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk  akibat gagal diselenggara.
 
BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara. 
 
KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.

METRO/-