19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara.
KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua
bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas
terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri
Kembangan, di sini.
Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu
menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera
mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat
di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan
Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha
Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.
Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.
Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan