PENGKALAN CHEPA:
Negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus
sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik
kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,” katanya pada ceramah di Putik malam tadi.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Program tersebut anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, pemimpin-pemimpin Umno begitu kelam kabut apabila ada pihak yang sedia memberi khidmat jet bagi kegunaan pemimpin Pakatan Rakyat ketika sambutan Hari Malaysia di Sarawak baru-baru ini.
Katanya hartawan tersebut membuat tawaran percuma kerana tahu Ketua Pembangkang tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk memberi projek kepada orang terbabit.
Katanya juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawar menaiki jet milik keluarga pemerintah Arab Saudi terbang ke Jeddah selepas mendapat rawatan tulang belakang di Jerman setelah dibebaskan di penjara.
“Namun berlainan dengan pemimpin-pemimpin Umno apabila terdapat dakwaan sering menggunakan kemudahan jet dan helikopter milik jutawan yang ada kaitan dengan sesuatu projek milik kerajaan.
“Saya diberitahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sering menaiki helikopter milik seorang korporat yang mendapat projek besar di Johor,” katanya.
Begitu juga katanya terdapat maklumat pegawai-pegawai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilihat menaiki jet milik seorang jutawan yang mendapat banyak permit import (AP) ketika balik ke Kota Bharu.
Mohamad Sabu pula berkata, PAS sekarang bukan lagi hanya disokong orang Melayu seperti ketika awal penubuhan pada 1951, sebaliknya mendapat sokongan pelbagai kaum dan agama.
Kata beliau pada peringkat awal PAS hanya mampu bertapak di negeri-negeri yang mempunyai bilangan penduduk Melayu ramai seperti Kelantan dan Terengganu.
“Namun sekarang PAS sudah menjalar ke kawasan yang majoriti dihuni orang bukan Melayu. Bermula dari situlah PAS boleh membentuk kerajaan di Kedah yang mempunyai bilangan penduduk bukan Islam melebihi 30 peratus,” katanya.

HARAKAHDAILY/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan