05 Oktober 2012

Bil anggaran TNB caj lima kali ganda

19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Bil anggaran TNB caj lima kali ganda
Zulhilmi menunjukkan bil anggaran TNB yang diterimanya.
 
JELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.

Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.

“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.

“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan",” katanya.

Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.

Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.

“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.

“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.

sinar harian/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tnb sediakan kmudahan baca sndri meter tapi kna daftar ditnb dulu.tiap bulan tnb akan msg pengguna dan pengguna msg blik bcaan meter.skrg kita pulak kna buat kerja tnb.anggaran pulak sukati tnb.ramai yg x puas hati tp mereka tak ada tlinga dan hati utk memahami dan mndengar.nasib jadi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

dah beberapa tahun kes seperti ini berlaku dan rambang mangsa...

Tanpa Nama berkata...

Tak guna punya TNB . Aku tiap bulan kena charge 1%...setiap jumlah RM yang digunakan atas nama " Kumpulan Wang Tenaga Baharu" demi allah aku tak halalkan dunia ahirat charge yang tak sepatut tu... binasa lah kau yang meluluskannya.