19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
|
KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini
dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi
melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan
utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan
Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan
Raja Muda Musa Abdul Aziz.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata,
peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di
jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan
kesesakan.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan
jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan
warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau
pejalan kaki melintas di hadapan mereka.
“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan
kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya
kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini
semalam.
Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan
dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna
jalan raya terutama pejalan kaki.
Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.
berita harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan