19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
TERBANG...Kamarul Baharin ketika aktif dalam seni silat gayung.
KUALA PILAH: “Berpuluh-puluh tahun saya mencari, namun hanya kini
kami dapat bertemu kembali. Saya mahu memohon berbanyak maaf kepadanya,”
kata Ab Aziz Othman, 63, yang tak sengaja tertetak kepala Kamarul
Baharin Shariff, 67, menyebabkan rakan pesilatnya itu lumpuh separuh
badan.
Kejadian yang berlaku 45 tahun lalu itu mengubah keseluruhan hidup
Kamarul Baharin apabila dia tidak mampu berdiri dan berjalan, namun
nasib menyebelahinya apabila mampu berumah tangga dan hidup bahagia
bersama lima anak seperti dipaparkan Harian Metro, semalam.
Insiden antara Ab Aziz dan Kamarul Baharin berlaku ketika kedua-dua
mereka yang juga pesilat Silat Seni Gayong Malaysia membuat persembahan
untuk siaran televisyen pada 1967.
Sejak kejadian itu, Ab Aziz yang juga bekas jurulatih Silat Seni Gayong Malaysia ‘merajuk’ daripada aktiviti silat dan menghilangkan diri sehingga dia dipertemukan semula dengan Kamarul Baharin oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah, baru-baru ini.

METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan