19 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَـٰطِلِ وَتُدْلُوا۟
بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًۭا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ
بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (البقرة :188)
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ
وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ
اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya
mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita
tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan
segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah
kita berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai dengan berbekalkan
sumber rezeki yang halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang
beruntung di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat
Sekalian,
Rasuah
adalah merupakan perbuatan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat.
Berdasarkan laporan media cetak dan elektronik, rasuah sudah menular di
kalangan pelbagai golongan terutama yang melibatkan pihak yang mempunyai kuasa
seperti perkhidmatan awam dan swasta, ahli politik dan orang awam.
Rasuah meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan
palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga
dan pihak-pihak tertentu. Mereka
yang terbabit dengan rasuah pula terdiri daripada pelbagai golongan, muda atau
tua, lelaki mahupun wanita. Rasuah juga boleh berlaku di mana-mana saja sama
ada di tempat sunyi maupun jelas kerana pendinding sebenar perlakuan rasuah
adalah taqwa dan iman.
Allah SWT telah menegaskan di dalam ayat yang dibacakan tadi
yang bermaksud :
" dan janganlah sebahagian kamu
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan
janganlah kamu menyogok para hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta
orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".
Ayat ini menegaskan kepada kita agar tidak memakan harta orang
lain dengan jalan yang salah seperti menipu, pecah amanah dan mungkir janji
termasuk menerima rasuah. Lebih-lebih lagi perbuatan menyogok pihak berkuasa
bagi tujuan mengambil hak orang lain secara batil. Ia akan mengakibatkan
kezaliman kepada pihak yang sepatutnya berhak ke atas harta tersebut.
Muslimin
Sidang Jumaat Sekalian,
Rasuah adalah penyakit dalam masyarakat.
Sehingga kini, usaha membasmi masih belum menampakkan hasil sepenuhnya, walaupun
pelbagai usaha dan kempen dilakukan dari semasa ke semasa.
Menurut statistik Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun 2011 mencatatkan sebanyak 918
tangkapan berbanding 944 tangkapan pada tahun sebelumnya. Statistik tangkapan
2011 mewakili 323 daripadanya adalah penjawat awam, 145 orang dari sektor
swasta, 447 orang awam dan 3 orang dari sektor lain.
Walaupun terdapat sedikit penurunan,
namun data ini masih menunjukkan jumlah kes masih berada di tahap yang
membimbangkan. Sedar atau tidak, jenayah rasuah telah mengakibatkan kerugian yang
besar kepada negara.
Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI)
pada tahun ini, kedudukan Negara kita telah jatuh ke tangga 60 berbanding tangga
56 pada tahun lalu. Kejatuhan ini jelas menunjukkan bahawa usaha memerangi jenayah
rasuah ini wajib dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sidang Jumaat sekalian,
Sesungguhnya rasuah boleh
menghancurkan negara, tidak kira sama ada ia berlaku di kalangan pihak atasan yang
bertindak sebagai pentadbir mahupun golongan bawahan. Setiap yang melakukan
rasuah sama ada pemberi, penerima atau yang bersyubehat adalah dianggap sebagai
perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian, semakin besar pangkat
seseorang, maka semakin besarlah peluang untuk terlibat dengan jenayah rasuah
dan semakin pintar pula mereka melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah
rasuah.
Jika keadaan jenayah rasuah ini
terus meningkat, maka akan terancamlah kestabilan politik, ekonomi malah
keselamatan negara. Persoalan yang timbul adalah mengapa amalan rasuah ini kerap
berlaku?. Sejarah telah membuktikan
bahawa rasuah ini telah wujud semenjak ribuan tahun yang lampau tetapi
ianya nampak ketara bermula pada zaman ketamadunan India, China, Mesir,
Babilonia, Yunani, Hammurabi dan Romawi kuno. Bahkan ada tamadun yang runtuh
akibat rasuah ini.
Al-Quran juga menukilkan kisah cubaan
melakukan rasuah yang dilakukan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman.
Bagaimanapun Nabi Sulaiman menolaknya dengan tegas. Peristiwa ini dipaparkan oleh
Allah melalui firman-Nya :
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ
(35) فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ
فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِمَّا آتَاكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ
(36) ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لاَ قِبَلَ لَهُمْ بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ
مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ (37)
Dan aku hendak menghantarkan
hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan
dibawa balik oleh utusan-utusan kita.
Maka apabila (utusan pembawa
hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman
(kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda,
kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah
diberikanNya kepada kamu; bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan
yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
Kembalilah kepada mereka maka demi
sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka
tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba'
dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Islam menganggap perbuatan menerima dan
member rasuah sebagai perbuatan yang jijik dan keji. Sesiapa yang melakukannya dikira
fasiq dan berdosa besar, malah mereka akan dilaknat Allah dan Rasul-Nya, malah
menerima azab di akhirat kelak. Ibnu Umar meriwayatkan hadis:
الرَّاشِي
وَالْمُرْتَشِي فِي النَّارِ
“Pemberi rasuah
dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tabrani)
Sesungguhnya Islam tetap mengharamkan rasuah dalam apa jua
bentuk dan nama. Berhati-hatilah dalam menerima hadiah yang tidak akan
diberikan kepada kita jika kita tidak memiliki sebarang jawatan dan kedudukan
sebagaimana Saidina Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau
menjadi khalifah tetapi ditolaknya. Dikatakan kepadanya : " Rasulullah juga
menerima hadiah " maka beliau menjawab, " apa yang diterima oleh
Rasulullah itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan
(rasuah).
Rasulullah
pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud " Barangsiapa yang
kaya, berikan pekerjaan dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya dari
itu bererti penipuan.'
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran dari sikap berhati-hati yang
ditunjukkan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, kerana kebanyakan manusia hari ini tidak
lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan apa yang diperolehi menguntungkan
mereka. Kebanyakan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan
sebagai matlamat terpenting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.
Di zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan sifat
malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap tidak malu ini juga menyumbang
kepada berlakunya rasuah, pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka
tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan
maksiat.
Oleh itu, sebagai mengakhiri khutbah
pada hari ini, maka saya ingin menyeru dan mengajak kita semua menjadi manusia
hebat dengan menolak amalan rasuah agar kita dapat memastikan:-
1-
Jaminan
kesinambungan nasab dan keturunan kita kekal dalam keadaan suci tanpa dinodai
dengan unsur yang haram yang hanya dapat dibersihkan dengan api neraka Allah
swt.
2-
Meningkatkan
kasih sayang dan kepercayaan sesama kita di antara pemimpin dan rakyat,
pentadbir dan masyarakat.
3-
Membuktikan
bahawa segala ibadat yang kita laksanakan seperti solat, puasa, berzakat dan
haji benar-benar diterima oleh Allah sehingga berjaya mencegah kita dari
terlibat dengan jenayah dan dosa terhadap Allah.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيَظْهِرَهُ عَلى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوْا اللهَ ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
قَالَ اللهُ تَعَالى :-
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketahuilah sesungguhnya rasuah adalah
perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan
ibadah-ibadah kita yang lain. Islam amat
menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah
amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Alangkah ruginya
kita, disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru,
akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Lebih
membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras rasuah, nescaya negara kita akan terdedah
dengan pelbagai malapetaka dan bencana akibat kemurkaan Allah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ ،
وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ
،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ ، اَللَّهُمَّ
بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
، اَللَّهُمَّ يَا
مُنْزِلَ الْكِتَابِ ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ
فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ
، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُم
لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan