29 Januari 2013

Peniaga makanan miliki syiling berusia 214 tahun

17 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



RUZAMAN menunjukkan syiling AS tahun 1799 dan laporan Kosmo! mengenai lelongan syiling di New York yang hampir sama dengan syiling miliknya di Selayang semalam.

SELAYANG – Seorang peniaga makanan di sini, Ruzaman Zakaria mendakwa memiliki dua keping duit syiling perak lama yang dipercayai berusia antara 138 hingga 214 tahun.

Menurut Ruzaman, 40, syiling berkenaan diperolehnya kira-kira 12 tahun lalu yang diberi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia pulang daripada berniaga di Rawang, Selangor.

Katanya, pada malam itu keretanya kehabisan minyak di sekitar Taman Templer dan dia terpaksa berjalan kaki selama 30 minit ke sebuah stesen minyak berdekatan.

“Ketika dalam perjalanan ke kereta setelah membeli minyak, tiba-tiba seorang lelaki menghampiri saya dan menanyakan masalah yang saya hadapi.

“Kemudiannya, secara tiba-tiba lelaki itu menghulurkan dua keping syiling ini kepada saya dan selepas menerimanya saya terus berlari ke kereta sementara lelaki tersebut juga hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kosmo


Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting

17 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.

Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.

“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”

Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon  hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.


“Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.

“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas  sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak  peristiwa itu Ali Lizon  bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon  faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.

harakahdaily/-

PAS Sarawak Kecam Perbuatan Melampau Presiden PERKASA Ibrahim Ali

17 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

PAS Sarawak mengecam keras tindakan presiden PERKASA Ibrahim Ali yang menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.
Adakah dengan perbuatan membakar Bible versi Bahasa Melayu dapat menyelesaikan masalah kalimah Allah? Perbuatan Ibrahim Ali hanya mengundang perasaan benci penganut bukan Islam terhadap Islam.
Adakah Islam mengajar umatnya melakukan perbuatan yang biadap ini terhadap penganut agama lain? Bagaimana pula kalau penganut agama lain yang membakar kitab suci umat Islam, sudah tentu umat Islam juga akan marah dan begitulah sebaliknya.
Perbuatan Ibrahim Ali bukan mewakili umat Islam tetapi lebih kepada perbuatan extremis PERKASA yang bersifat perkauman yang melampau.  Islam melarang umatnya bertindak sedemikian rupa kerana ianya boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama dalam negara ini.
PAS Sarawak serta umat Islam yang rasional tidak akan bertindak menghina agama lain disebabkan oleh salah faham dan adalah lebih baik mengadakan perjumpaan atau dialog antara agama untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Carilah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut dari berlarutan dengan mengadakan pertemuan antara penganut agama Islam dan Kristen.
Mereka yang bertindak diluar batas agama bukan mencerminkan akhlak Islam yang sebenar. Islam mengajar kita supaya sering menghormati agama lain kalau ada masalah lebih baik berbincang untuk menyelesaikan masalah daripada melakukan perbuatan diluar batasan agama dan undang-undang negara.
Kita mengesa pihak berkuasa bertindak segera dan mengatasi masalah perkauman yang diamalkan oleh Ibrahim Ali dan mereka yang mengamalkan sifat perkauman melampau agar tidak mencetuskan rusuhan kaum dalam negara ini.
Bertindaklah secara rasional jangan terlalu ikut emosi yang akhirnya memusnahkan kestabilan dan kehormanian masyarakat berbagai kaum dan agama dalam negara ini.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

28 Januari 2013

ADUN Titi Serong Lapor Polis Kain Rentang provokasi keagamaan

 Kain rentang Provokasi di Kuala kangsar.

16 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

-->
KUALA KANGSAR : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah membuat satu laporan Polis berhubung dengan Kain Rentang berunsur provokasi keagamaan yang di pasang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di bulatan Double Lion Kuala Kangsar.
Beliau hadir di IPD Kuala kangsar bersama 20 orang penyokongnya pada jam 10.00 pagi dan beredar sekitar jam 11.15 pagi sesudah selesai membuat laporan.
Beliau hadir bagi membuat laporan bagi mewakili PAS Kawasan Kuala Kangsar.
Semasa ditemui selepas itu beliau menjelaskan mengenai sehelai kain rentang yang telah digantung berhampiran Bulatan Double Lion, Kuala Kangsar, Perak. Ia telah disaksikan pada jam 2.30 pagi pada 26hb. Januari 2013 (Sabtu) lepas.
“Namun begitu sekitar jam 8.00 pagi kain rentang itu di dapati telah tidak ada lagi” katanya.
Ini merupakan merupakan permainan politik kotor pihak-pihak yang terdesak dalam suasana PRU Ke 13 yang semakin hampir. Untuk ini saya mengharapkan pihak berkuasa mengambil serius dengan laporan yang kami buat pada hari ini dan  akan mengambil suatu tanggungjawab serta tindakan wajar “.Jelasnya

Menurut Drs Khalil juga, tindakan ini adalah tidakan mereka yang sudah kehabisan modal untuk berkempen secara anak jantan, lalu mereka mengambil langkah terdesak seperti yang dilakukan.

“Saya juga nasihatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dan khususnya penyokong PAS di Kuala Kangsar supaya jangan cepat melatah dengan provokasi sedemikian rupa” Katanya.

“Kita akan menghormati peraturan dan undang-undang yang sedia ada dan yakin pihak Polis dan majlis Perbandaran Kuala Kangsar mampu menangani isu banner provokasi dimasa akan datang” katanya.

232 maut kebakaran kelab malam di Brazil

SANTA MARIA: Sekurang-kurangnya 232 orang maut apabila sebuah kelab malam yang dipenuhi pelajar universiti terbakar di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi tadi.

Mereka yang terselamat berkata, mereka lari menyelamatkan diri ketika api marak dalam kelab yang sesak di bandar universiti itu menyebabkan sejumlah besar daripada mereka dipijak dan sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Sementara itu, kira-kira 131 orang mengalami kecederaan dan angka kematian akibat kebakaran berkenaan meningkat ketika anggota bomba mengeluarkan mayat daripada sisa kebakaran kelab "Kiss" dipercayai sesak dengan beratus-ratus pengunjung.


Kejadian itu dipercayai paling buruk dalam lebih sedekad sejak kebakaran di pusat membeli-belah dan disko di tengah bandar Luoyang, China yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban pada 2000.

Seorang mangsa yang terselamat, Michelle Pereira berkata, kebakaran bermula apabila seorang ahli kugiran melambung mercun di udara menyebabkan kebakaran di bahagian siling dan api terus marak di seluruh kelab malam terbabit. - A

Cubaan rampasan kuasa, 94 suspek dibicarakan

 15 Rabiul Awal 1434H

ABU DHABI 28 Jan. - Sebanyak 94 orang akan dibicarakan di sebuah mahkamah Emeriyah Arab Bersatu (UAE) atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa di negara ini.Agensi berita WAM yang memetik kenyataan Peguam Negara, Salim Saeed Kubaish berkata, kesemua defendan dituduh menubuhkan kumpulan pelampau agama dan melakukan perancangan rahsia untuk rampasan kuasa pada tahun lalu.

Katanya, suspek turut dituduh mendapat bantuan daripada beberapa tokoh luar negara dan antarabangsa serta pertubuhan asing dengan tujuan untuk memburuk-burukkan imej negara ini.

Mereka memberi maklumat salah tentang negara ini dengan harapan mendapat sokongan antarabangsa untuk mendesak kerajaan dan melemahkan hubungan luar negara," jelasnya. - dpa


27 Januari 2013

Parti pembangkang menang p''raya kecil S'pura

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Parti Pekerja mencatat kemenangan dalam pilihan raya kecil Punggol East - kerusi yang dianggap kubu kuat pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Calon  Parti Pekerja Lee Li Lian, 34, memperolehi hampir 54 peratus daripada undi, menewaskan calon PAP Koh Poh Hoon yang mendapat 43 peratus undi dalam pertandingan empat penjuru.

Pegawai pengurus pilihan raya, Yam Ah Mee mengumumkan Lee memperolehi 16,038 undi, manakala Koh, 40, seorang pakar bedah terkemuka, mendapat 12,856 undi.

Lee melakar sejarah dipilih sebagai ahli parlimen pembangkang wanita kedua dalam pasca kemerdekaan Singapura.

PAP, yang telah berkuasa selama lebih 50 tahun, tewas di tangan pembangkang ekoran kempen yang didominasi oleh isu-isu seperti kos sara hidup dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Pilihan raya kecil Punggol Timur adalah kekalahan kedua PAP kedua sejak pilihan raya umum Mei 2011 apabila undi popularnya merosot ke tahap 60 peratus.

Bagaimanapun, ia masih menguasai 80 daripada 87 kerusi di Parlimen

Anelka ke Juventus untuk tempoh jangka pendek


14 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

MILAN: Juventus mendapatkan khidmat penyerang Perancis, Nicolas Anelka daripada kelab Shanghai Shenhua dalam tempoh kontrak jangka pendek selama lima bulam, demikian menurut Presiden Jeventus, Beppe Moratta. 


Bekas penyerang antarabangsa Perancis itu yang berusia 33, itu menjadi bintang kedua dalam Serie A menandatangani kontrak selepas penyerang Sepanyol, 


Fernando Llorente, yang turut bersama Juventus mulai 1 Julai nanti. Moratta memberitahhu stesen Sky Sport Italia bagaimanapun berkata, setakat ini kontaknya Anelka belum diadakan secara rasmi lagi namun beberapa media di Turin berkata sudah tiba menggunakan pesawat peribadi.


Marotta berkata: “Ia satu keadaan yang mendadak kerana kami memerlukan penyerang yang mempunyai kehebatan di depan. Justeru kami memberikan tugas ini kepada Anelka untuk tempoh lima bulan." - AFP

Keputusan Piala FA Inggeris


15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



Pusingan keempat: 

Bolton 1 (Sordell 27) Everton 2 (Pienaar 18, Heitinga 90) 



Brighton 2 (Barnes 33, Ulloa 62) Arsenal 3 (Giroud 16, 56, Walcott 85) Derby 0 Blackburn 3 (Kazim-Richards 44, Dann 66, Rhodes 71) Huddersfield 1 (Novak 74-pen) Leicester 1 (Wood 82) 


Hull 0 Barnsley 1 (Dagnall 70) 
Macclesfield 0 Wigan 1 (Gomez 7-pen) 
Man Utd 4 (Giggs 3-pen, Rooney 50, Hernandez 52, 66) Fulham 1 (Hughes 77) 
Middlesbrough 2 (Jutkiewicz 83, 90) Aldershot 1 (Hylton 89) 
Norwich 0 Luton 1 (Rendell 80) 
QPR 2 (Bothroyd 83, Fabio 90) Milton Keynes Dons 4 (Traore 4-gol sendiri, Lowe 40, Harley 50, Potter 56) 
Reading 4 (Hunt 6, 50, Leigertwood 40, McCleary 54) Sheffield Utd 0 Stoke 0 Man City 1 (Zabaleta 85). - AFP

K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthy
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.

Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf  sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.

Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.

hindraf british petition rally 251107
Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.

BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973.


Surat itu dihantar ke pejabat firma guaman Waythamoorthy di Negeri Sembilan. Ia berbunyi: Dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri setelah menimbangkan semula rayuan tuan telah bersetuju untuk membatalkan Perintah Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 14 Oktober 2008 yang telah mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Surat itu tidak menyatakan sebab bagi keputusan itu diambil. Ia 
ditandatangani oleh Dasmond Das Michael Das dari Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Malaysia.

s ganesan hindraf pc brickfields five-year blueprint
Dalam reaksinya, penasihat Hindraf, N Ganesan (kanan) berkata, 
surat yang diterima hari ini itu adalah satu kejutan.

"Ini berlaku secara tiba-tiba dan begitu hampir dengan Thaipusam. Kami perlu membincangkan perkara ini terlebih dahulu sebelum kita boleh mengeluarkan respons rasmi," katanya.

Beliau menambah ia akan diadakan selepas Thaipusam esok kerana kepimpinan Hindraf berada di merata tempat untuk menyambut perayaan tersebut.

Waythamoorty yang pulang daripada tinggal dalam buangan di United Kingdom pada 1 Ogos tahun telah didekati oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan nasib golongan miskin kaum India di negara ini.

Walaupun pergerakan itu akhirnya mengadakan perbincangan dengan Pakatan, tetapi rundingan dengan BN tidak menjadi kenyataan kerana ia telah menetapkan pra-syarat, iaitu kerajaan hendaklah terlebih dahulu menarik balik pengharaman Hindraf.

Tidak jelas sama ada ini akan membuka jalan untuk pertemuan antara pemimpin Hindraf dengan kerajaan.

manoharan first visit to selangor state assembly building 110509 04
Sementara itu, peguam Hindraf, M Manoharan berkata penarikan
pengharaman itu dibuat menjelang pendengaran di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac ini berhubung permohonan untuk mendaftarkan Hindraf sebagai sebuah organisasi yang sah.

"Memandang sekarang larangan itu telah ditarik balik, kita mahu Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pendaftaran Hindraf. Saya juga ingin menasihatkan Hindraf untuk mendapatkan gantirugi dari kerajaan kerana pengharaman itu telah menyebabkan banyak kesusahan kepada aktivis kami.

"Kerajaan harus memohon maaf dan membayar sejumlah besar pampasan kepada masyarakat India," kata Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah. Beliau dipilih mewakili kerusi negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008 ketika di bawah tahanan ISA.

Walaupun beliau mengalu-alukan "berita baik" itu, Manoharan berkata 'tiada apa yang hendak diraikan' kerana kerajaan masih belum bersetuju dengan tuntutan 18 perkara Hindraf.

hindraf uthayakumar klang invite 040412
Ketika dihubungi, P Uthayakumar (kiri), peguam bagi 54 aktivis dalam empat kes di mahkamah majistret Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Selayang berkata Jabatan Peguam Negara kini sepatutnya menggugurkan kes terhadap mereka.

"Dalam semangat menarik balik pengharaman tersebut, adalah adil bagi kes-kes terhadap mereka ditarik balik. Ia telah lama berlanjutan dan malah seorang daripada 54 orang telah meninggal dunia dua bulan lalu," katanya.

Seramai 54 aktivis Hindraf didakwa menjadi ahli organisasi haram selepas mereka menyertai perhimpunan anti-Interlok Hindraf pada tahun 2011. 

Sumber : Malaysiakini/-

Nasa digugurkan dari Majlis Syura Ulamak PAS

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti

ADUN Titi Serong rasmikan Pelancaran Markaz Besar PAS Kedah.


15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Pelancaran Markaz Besar PRU 13 PAS Kedah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan dihadiri oleh sekitar 5000 orang malam tadi.

Namun begitu Mursyidul Am PAS yang telah sampai di negeri Kedah semalam tidak dapat memenuhi hasratnya untuk merasmikan program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah diberikan amanh mewakili Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan Pelancaran Markaz besar tersebut.




25 Januari 2013

Bila lemah banyak salah laku Umno terdedah

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.

Katanya, sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.

Tambahnya, terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran RM700,000.

“Semuanya diambil atas nama ‘Hidup Melayu’ akhirnya Melayu merempat di negara sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, apabila Umno lemah, terbongkar RM40 juta kepada Umno Sabah oleh tauke balak Michael Chia untuk wang sumbangan politik.

Katanya lagi, rahsia kekayaan misteri anak Tan Sri Nazri Aziz yang masih muda memakai kereta Hummer yang bernilai RM459,000 atas nama Michael Chia juga terdedah

Rakyat juga, ujarnya dapat mengetahui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat projek NFC sebanyak RM250 juta.

Selain itu, katanya rahsia hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta dihapus kira juga terbongkar.

Terdedah juga, katanya Raja Farhana Raja Nong Chik mendapat projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor bernilai RM30.8 juta.

Selain itu, katanya rakyat dapat maklumat Ikhwan anak Datuk Jamaludin Jarjis memperolehi projek radar di Lapangan Terbang Subang sebanyak RM128.4 juta.

“Harga kamera laser Digicam (kamera polis) berharga RM173,385 seunit terbongkar, sedangkan harga sebenar RM15,000 hingga RM19,000 sahaja.

“AES ditangguhkan kerana Umno lemah dan Pakatan Rakyat kuat,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apabila Umno lemah terdedah bagaimana projek IC biru di Sabah yang berlaku di zaman Tun Mahathir.

Katanya lagi, apabila Umno lemah banyak kelemahan SPR yang terbukti menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh Umno BN.

Rakyat, ujarnya boleh ketahui bagaimana pemimpin Umno Kedah menggunakan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) untuk penginapan di Perhimpunan Agung Umno.

“Patutlah Umno takut sangat hilang kuasa, bimbang banyak lagi senarai salah laku mereka akan terdedah.

“Cuba bayangkan jika kerajaan pusat tumbang kepada Pakatan Rakyat maka banyak lagi misteri yang tersembunyi akan terdedah,” katanya.

Itulah sebabnya, kata beliau Tun Mahathir siang malam mempertahankan Umno BN supaya jangan tumbang.

harakah/-

Tapisan calon: PAS Perak persoal MB mana terlibat

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat prihatin dalam menunggu keputusan Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaporkan kegagalan beberapa pimpinan bertaraf menteri di dalam ujian tapisan yang dilakukannya.
Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar.

“Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?” tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan.

Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar.

“Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi ‘membersihkan’ nama menteri besar,” ujarnya.

harakah/-

Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

harakah/-