17 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
PAS
Sarawak mengecam keras tindakan presiden PERKASA Ibrahim Ali yang
menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan
kalimah Allah.
Adakah
dengan perbuatan membakar Bible versi Bahasa Melayu dapat menyelesaikan
masalah kalimah Allah? Perbuatan Ibrahim Ali hanya mengundang perasaan
benci penganut bukan Islam terhadap Islam.
Adakah
Islam mengajar umatnya melakukan perbuatan yang biadap ini terhadap
penganut agama lain? Bagaimana pula kalau penganut agama lain yang
membakar kitab suci umat Islam, sudah tentu umat Islam juga akan marah
dan begitulah sebaliknya.
Perbuatan
Ibrahim Ali bukan mewakili umat Islam tetapi lebih kepada perbuatan
extremis PERKASA yang bersifat perkauman yang melampau. Islam melarang umatnya bertindak sedemikian rupa kerana ianya boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama dalam negara ini.
PAS
Sarawak serta umat Islam yang rasional tidak akan bertindak menghina
agama lain disebabkan oleh salah faham dan adalah lebih baik mengadakan
perjumpaan atau dialog antara agama untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan. Carilah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut
dari berlarutan dengan mengadakan pertemuan antara penganut agama Islam
dan Kristen.
Mereka
yang bertindak diluar batas agama bukan mencerminkan akhlak Islam yang
sebenar. Islam mengajar kita supaya sering menghormati agama lain kalau
ada masalah lebih baik berbincang untuk menyelesaikan masalah daripada
melakukan perbuatan diluar batasan agama dan undang-undang negara.
Kita
mengesa pihak berkuasa bertindak segera dan mengatasi masalah perkauman
yang diamalkan oleh Ibrahim Ali dan mereka yang mengamalkan sifat
perkauman melampau agar tidak mencetuskan rusuhan kaum dalam negara ini.
Bertindaklah
secara rasional jangan terlalu ikut emosi yang akhirnya memusnahkan
kestabilan dan kehormanian masyarakat berbagai kaum dan agama dalam
negara ini.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan