17 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pengguna Jalan Kepong berhampiran Taman Desa Jaya, di sini terkejut
apabila satu objek yang jatuh dari atas jejambat Jalan Lingkaran Tengah
(MRR2) ke kawasan tempat letak kereta berhampiran lokasi kejadian adalah
mayat seorang lelaki.
Mangsa, V Adrian Thrishen, 28, maut di lokasi kejadian akibat parah
di kepala dan badan apabila terjatuh pada ketinggian 21 meter dalam
kemalangan membabitkan kereta yang dipandunya dengan sebuah lori membawa
muatan biskut di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari di Kilometer 2.7 MRR2 itu, mangsa yang juga jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Melawati ke tempat kerja.
Sumber polis berkata, siasatan mendapati kereta dipandu mangsa
dilanggar lori berkenaan dari sisi sebelah kanan sebelum hilang kawalan.
Katanya, akibat rempuhan itu kereta mangsa terbabas dan melanggar
tembok sebelah kiri jalan manakala lori berkenaan terbalik menyebabkan
pemandu parah.
“Siasatan awal, mangsa tercampak keluar melalui cermin hadapan keretanya yang pecah sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta di lokasi kejadian. Polis belum mengambil keterangan pemandu lori terbabit kini dilaporkan kritikal,” katanya.
Seorang pekerja swasta yang ditemui di tempat kejadian dikenali sebagai Wong, 29, berkata, ketika kejadian itu, dia sedang menuju ke sebuah bank di persimpangan jalan berkenaan.
Katanya, dia terdengar bunyi objek terjatuh disusuli jeritan orang ramai mengerumuni lokasi kejadian.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan