13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
IPOH:
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat prihatin dalam menunggu
keputusan Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan
Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
melaporkan kegagalan beberapa pimpinan bertaraf menteri di dalam ujian
tapisan yang dilakukannya.
Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar.
“Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?” tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan.
Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar.
“Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi ‘membersihkan’ nama menteri besar,” ujarnya.
harakah/-

1 ulasan:
pandai la ko buat citer
Catat Ulasan