KUALA LUMPUR:
Pada 19 Januari lalu, para pelajar Perak di Mesir dikejutkan dengan
perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di negara itu yang telah
melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci
surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.
“Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin
mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah
dikunci,” tulis Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
sesi 2012/2013, Muhammad Hanif Abdullah di dalam blog
http://kpipm64.blogspot.com.
Katanya, setelah gagal mendapat respons yang baik dari pihak HEP
Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi
membuka pintu tersebut dengan baik.
Menurutnya lagi, setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara
tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli
mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan