13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
TAWAR - Selera seorang penduduk ketika menikmati buah pisang terbantut
setelah beberapa dahan dan batang pokok menghempap kediamannya kira-kira
jam 5.30 petang di Kampung Baru Pekan Tawar di sini, kelmarin.
Ketika kejadian, Sarojah Hang Chuen Seng, 48, sedang menikmati pisang yang diberikan oleh jirannya sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
Menurutnya, dia terkejut setelah dahan pokok bersama beberapa pokok tumpang jatuh dan menembusi bumbung rumahnya.
“Dahan pokok hampir terkena diri saya, jarak tempat kejadian hanya beberapa meter dari meja makan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia terus melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan selain bimbang berlaku kejadian yang lebih buruk.
“Saya memang takut, tambahan pula hanya saya seorang saja di rumah ini. Saya tiada anak dan suami pun sudah meninggal beberapa tahun lalu.
“Jadi, saya seorang sahaja yang menetap di rumah ini. Saya tiada orang lain melainkan jiran-jiran di kawasan ini,” katanya.

Katanya, beberapa bahagian bumbung rumahnya rosak teruk dalam kejadian itu.
“Hari ini (kelmarin) saya tumpang tidur di rumah jiran, saya masih bimbang dengan kejadian ini tambahan pula keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PPP Kedah, A Maniwel berkata, pihaknya akan memanjangkan masalah tersebut kepada pihak berkenaan.
“Kita akan meneliti bantuan yang diberikan berikutan mangsa tidak mempunyai pendapatan dan hanya bergantung dengan wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendiang suaminya,” katanya semasa melawat keadaan mangsa.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sulaiman Ahmad dan Jawatankuasa Kelab Putera 1 Malaysia, R Karthik.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan