25 Januari 2013

Guru Bahasa Arab tokoh Maulidur Rasul P Pinang

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


(Ustaz Soid [tengah depan] bersama tokoh maah Hijrah Pulau Pinang yang lain)


GEORGETOWN: Bekas Guru Pakar Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia, Ustaz Soid Mohd Amin dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul tahun 1434H / 2013 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Sri Pinang pagi semalam.

Beliau dihadiah wang tunai berjumlah RM5,000 beserta kalungan  pingat serta sijil oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato'  Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abas.

Turut menyaksikan anugerah ini adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman, Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Speaker Dun, Datuk Haji Halim Husain dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAINPP), Datuk Mohd Saleh Man.

Ustaz Soid yang kini bertugas sebagai guru kontrak di Sekolah Agama Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Kepala Batas dilahirkan pada 25 Ogos 1944.

Mendapat pendidikan awal di Madrasah Khariah Pokok Sena sehingga dapat sijal Senawi kemudian melanjutkan pelajaran ke Univesiti Al Azhar dengan mendapat Sarjana Muda Syariah.

Selepas itu ke beberapa lagi Univesiti di Timur Tengah.

Pernah menjawat jawatan sebagai guru di Kolej Islam Klang, Yang DiPertua Angkatan Belia Islam (Abim) Pulau Pinang, Yang DiPertua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pulau Pinang.

Sementara itu ketika ditanya apakah perasaan apabila diiktiraf sebegitu rupa beliau berkata, sebenarnya beliau bukan orang yang selayaknya kerana ramai lagi yang berkemampuan yang boleh  diiktiraf oleh Kerajaan Negeri.

Namun apapun jelasnya, ia mungkin satu rahmat dan sejuta kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1434H / 2013.

Beliau bertekad akan membantu memartabatkan Islam terutamanya dakwah dan pendidikan di negeri yang terkenal dengan nama Pulau Mutiara sebaik mungkin.

"Alhamdullilah, dengan kesihatan yang sihat dapatlah saya berkorban membantu memartabatkan syiar Islam di Pulau Pinang dengan lebih bersungguh.  Apa guna kesihatan yang Allah s.w.t berikan tidak dimanafaatkan untuk tujuan tersebut, " tegasnya dalam sambutan Maulidur Rasul dengan tema 'Qurwatul Ar Rasul - Membentuk Keperibadian Unggul'.

Turut tersenarai mendapat anugerah Maulidur Rasul di bidang perniagaan ialah Sheikh Mohamed Ahmad Banjenid yang mempunyai syarikat S.M Banjenid and Son iaitu pengusaha minyak wangi yang terkenal di Pulau Pinang

Anugerah Maulidur Rasul bagi ketogari kemasyarakatan diberikan kepada Haji Mohd Taufik Haji Abdul Rahman dan kategori pendidikan diperolehi oleh Abdul Rahman Yob.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: