25 Januari 2013

Berang diadu pada ibu

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Gombak: Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang pemandu van putus urat tangan kanan dan menerima empat jahitan di telinga kiri selain patah kedua-dua tangan selepas diserang seorang lelaki yang tiba-tiba mengamuk sebaik mendapat tahu mangsa berjumpa ibunya, kelmarin.

Kejadian tidak diduga itu berlaku ketika mangsa, Mustafa Bahak, 48, bertemu ibu lelaki itu di rumahnya di Selayang Baru, di sini kira-kira jam 6.30 petang untuk mengadu perbuatan anak wanita terbabit yang mencuri telefon bimbit miliknya.

Ketika itu, lelaki berusia 28 tahun itu baru pulang dan sebaik mendapati mangsa berada dalam rumahnya, lelaki itu terus naik angin dan mengunci pintu pagar rumah sebelum menyerang mangsa dengan parang.

Malah, mangsa yang cedera ditetak cuba menyelamatkan diri dengan berlari melompat pagar rumah namun gagal sebaliknya terjatuh ke dalam longkang dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan menghantarnya ke Hospital Selayang.

Mustafa berkata, kejadian bermula apabila telefon bimbitnya hilang Isnin lalu ketika berkunjung ke kedai makan bersama rakan di Selayang, kira-kira jam 11 malam.

metro/-

Tiada ulasan: