25 Januari 2013

42 maut di majlis pengebumian

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


42 maut di majlis pengebumian

Orang ramai membawa lelaki cedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan sejurus letupan.
KIRKUK - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah majlis pengebumian yang berlangsung di masjid pengikut Syiah, utara Baghdad serta mengorbankan 42 orang dan 75 yang lain cedera, kelmarin.

Menurut Datuk Bandar Tuz Khurmatu, Shallal Abdul, berpuluh mayat bertaburan di lantai Masjid Sayyid Al-Shuhada sejurus penyerang meletupkan dirinya.

"Sehingga ke hari ini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan mengejut itu," kata Abdul.

Beliau berkata, suspek disyaki menjadikan majlis pengebumian seorang saudara kepada ahli politik yang ditembak mati sehari sebelumnya sebagai sasaran.

"Antara mangsa yang cedera adalah pemimpin puak termasuk Ali Hashem Aghlu, timbalan ketua Barisan Hadapan Turkmen Iraq dan ahli majlis Salaheddin," katanya.

Letupan bom berani mati membabitkan seorang lelaki itu berlaku selepas insiden melibatkan serangan bom yang meragut 26 nyawa serta berpuluh yang lain cedera pada minggu lalu.  -  AFP

Tiada ulasan: