25 Januari 2013

Misi Tawan Selangor - 40,000 warga asing Sabah dipindah ke Selangor

13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM, 24 JAN : Kerajaan Negeri Selangor diseru mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan wujudnya kira-kira 40,000 ‘warga Sabah’ yang dipindahkan sebagai pengundi di Selangor.

Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, ‘warga Sabah’ itu majoritinya bukan yang berasal atau lahir daripada negeri itu tetapi pendatang asing yang diberi taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.

Katanya, daripada jumlah itu hanya kira-kira 20-30 peratus adalah warga Sabah yang sebenar.

“Pihak Kerajaan Selangor perlu meneliti jika ada ruang-ruang dalam perundangan untuk mendapatkan proses injuksi atau sebagainya kepada mereka ini,” kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau lagi, jentera Pakatan Rakyat (PR) di Selangor perlu memperhebatkan usaha dan gerak kerja untuk mengenalpasti 40,000 ‘warga Sabah’ itu dengan memberikan penerangan agar mereka tidak dipergunakan oleh BN.

“Tidak mustahil jika mereka-mereka ini diberikan penjelasan dan penerangan maka mereka akan berpihak kepada kita (Pakatan Rakyat).

“Sebab mereka hanya dipergunakan sahaja oleh BN untuk mendapatkan kuasa.

“Selepas itu mereka akan diabaikan dan tidak lagi diberi perhatian oleh BN jika berkuasa nanti,” katanya. 

harakahdaily/-




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kata mendapat sokongan rakyat..apsal pulak nak guna pendatang...

chong y l berkata...

SEkarang kita tahu-lah siapa yang betul Pengianat kepada Negaraku! Saya adalah kumpul series ber Topic Look - wko's selling our our nation's sovereignty? Lapuran harakah ini pun akan di C&P ke blog saya jadi series No. V!!:) -- Thank you, Harakah!

Tanpa Nama berkata...

Salam
Sebenarnya kes ini bukan hanya di Selangor tetapi berlaku lama di Johor. Di anggarkan 50,000 orang Sabah di Johor da hanya segelintir sahaja orang-orang Sabah sejati. kebanyakannya adalah mantan pelarian dan tki asal Indonesia