13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Tidak tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami
yang suka berjudi, seorang wanita terpaksa menyorokkan wang hasil
pendapatannya menjual nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin
berisi wang di dalam rumahnya.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata,
hasil kegigihan dan sikap jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya
menyimpan RM42,000.
Menurutnya, tindakan menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar
terakhirnya bagi memastikan wang miliknya tidak diambil suami yang
ketagih bermain judi mesin kuda.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
MASHITAH (kanan) menceritakan masalahnya kepada Khairul Anwar dan Nur Hafidzah.
“Malah, semua barang kemas saya berjumlah RM12,000 dia gadai dan duit digunakan untuk berjudi dan selepas itu, saya terpaksa menebus sendiri untuk mendapatkan balik barang kemas berkenaan,” kata ibu tiga anak berusia enam hingga 15 tahun itu.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan