PANTAI CHENANG - Bersempena sambutan hari kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammmad SAW pada 12 Rabiul’Awal 1434 Hijrah, Pertubuhan
Sukarelawan Sosial dan Dakwah Langkawi (LANDAS) dengan kerjasama
Pertubuhan Penyebaran Islam Malaysia (IPSI) mengadakan program dakwah
berbentuk tazkirah.
Pertemuan secara santai itu bertujuan memberi maklumat tentang kebesaran ALLAH dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat dan juga tidak ketinggalan pelancong asing.
Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah berkata, objektif utama adalah memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keindahan Islam dan Rasul terakhir bagi umat manusia.
"Kita mendapat respons yang cukup positif daripada pelancong Kanada, Amerika, United Kingdom dan sebagainya.
"Kesemuanya bersikap terbuka untuk mendengar mengenai hari kebesaran Nabi kita ini,” katanya.
Program yang dijalankan sekitar Pantai Chenang bermula dari Grand Beach Motel menyasarkan pelancong asing.
Kamarudin berkata, pelancong diberikan bunga dan buku mengenai kemuliaan Nabi Muhammad SAW oleh petugas dan pendakwah yang mengikuti program itu.
Pelancong dari Scotland, Joseph Atkinson, 56, berkata, dia tiada masalah untuk mendengar lebih lanjut isi kandungan program itu.
"Kisah kebesaran Nabi Muhammad dan Islam menarik perhatian saya.
"Ia saya umpamakan sebagai satu ilmu yang dikongsi bersama walaupun kita berlainan budaya dan agama.
“Pada pandangan saya aktiviti seperti ini baik agar pemahaman tentang Islam dapat difahami sepenuhnya," katanya.
Pengerusi LANDAS, Mohd Ali Abdullah berkata, seramai 15 pendakwah dan sukarelawan ahli-ahli LANDAS bergabung tenaga menggerakkan dakwah di sepanjang persekitaran Pantai Chenang.
“Kami hanya menjalankan tugas untuk sama-sama berdakwah kepada mereka-mereka ini, yang selebihnya kita serahkan kepada ALLAH SWT, moga pintu hidayah dibuka kepada mereka yang mendengar seruan ,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan