03 Mei 2013

Puluhan ribu munajat dalam hujan renyai

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Munajat di dalam hujan renyai-renyai di Kota Bharu mulai jam 3.30 pagi tadi

KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat mulai jam 3.30 pagi tadi hingga Subuh bagi memohon kepada Allah agar di selamatkan kerajaan Islam negeri Kelantan dan menjaga agamaNya di seluruh negara.

Munajat itu berlangsung di Stadium Sultan Muhamad dalam suasana penuh shahdu apabila ia berlangsung dalam hujan renyai-renyai.

Ini ekoran serangan yang bertalu-talu dari pelbagai penjuru bagi memastikan Kelantan yang selama ini menjadi kubu parti Islam hancur.

Ia digambarkan melalui doa yang dibacakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagaimana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.

Harakahdaily/-

Kanak-kanak antara 6 maut di selatan Thai

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kanak-kanak antara 6 maut di selatan Thai

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Pattani
PATTANI - Budak berusia tiga tahun antara enam ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata di sebuah kedai runcit di selatan Thailand.
Ketua Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut berkata, empat anggota keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan sekumpulan penduduk kampung yang berkumpul di luar kedai terbabit di wilayah Pattani.
“Saya kesal dengan kejadian ini kerana ia membabitkan orang awam termasuk kanakkanak,” katanya dipetik AFP
Menurutnya, kejadian itu bermotifkan dendam selepas penembak dipercayai meninggalkan sekeping nota menuntut bela atas kematian beberapa ahlinya.
Sinar/-

Hamidah yang samseng: Sudah 3 laporan polis dibuat

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

IPOH: Sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat ke atas bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman. Yang terbaru kerana merampas peralatan pemasangan banner dari petugas PAS.

Seorang petugas PAS di Batu Gajah membuat laporan polis setelah peralatan yang digunakannya untuk menaikkan bahan kempen telah dirampas oleh Calon BN Dun Sungai Rapat itu.

Razelah Ahmad Bistamam, 30, berkata, kejadian berlaku di Kg Tersusun, Tasek Idaman, Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi ketika beliau bersama 20 orang petugas PAS menaikkan billboard dan bendera.

Katanya, Hamidah ketika itu bersama petugasnya yang turut menaikkan bahan kempen secara tiba-tiba merampas dua batang pengorek lubang (pencebak).

“Dia (Hamidah) tiba-tiba ambil dua batang pencebak ketika kami sedang melakukan kerja menaikkan bahan kempen PAS.

“Kami memohon pihak polis yang berada di situ membantu meminta kembali kepada pihak Hamidah tetapi gagal dan pihak polis menasihatkan agar membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, awal pagi tadi.

Jelas beliau, Hamidah turut memberi teguran kepada beliau dan beberapa rakannya supaya tidak melakukan kerja di pihak PAS.

Dalam perkembangan sama, Naib Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Rosdy Abdullah yang ditemui berkata, PAS kesal dengan tindakan tidak profesional bekas Exco Kerajaan Negeri itu,

Jelas beliau, PAS tidak terkejut dengan tindakan Hamidah itu kerana calon BN itu pernah menimbulkan provokasi sebelum ini apabila mencekak kolar calon PKR Parlimen Gopeng beberapa hari lalu.

“Kami kesal dengan tindakan ala samseng Hamidah itu dan ini adalah kali ketiga kami membuat laporan terhadap Hamidah dalam masa berkempen ini.

“Hamidah seolah-olah terdesak apabila sanggup merampas pencebak milik petugas kami, ini dianggap lucu tetapi ianya benar-benar berlaku melibatkan seorang tokoh veteran Umno ini,” jelasnya lagi.

Ujar beliau, Hamidah sebelum itu telah melemparkan kata-kata kesat kepada seorang imam di kampung itu yang berada di situ kerana sering kali mengadakan program PAS di kediamannya.

Rosdy menggesa pihak polis dapat melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan terhadap Hamidah yang dilihat semakin melampau ini.

Harakahdaily/-

Awas rayuan terakhir Najib Sabtu ini

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada semua rakyat Malaysia Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan membuat rayuan kepada mereka Sabtu ini.

Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar).
Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan. 

"Sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat sangat luar luar biasa," kata beliau kepada Harakahdaily. 

Beliau yakin, Pakatan akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya ini.

Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat mendapat sekurang-kurangnya 121 kerusi Parlimen dan dijangka akan meningkat lagi.

"Kita menjangka PM Najib akan melakukan rayuan terakhirnya Sabtu ini dengan menyalahgunakan media kerajaan iaitu RTM. 

"Langkah desperate ini diyakini tidak dapat mengubah keputusan rakyat untuk membuat perubahan di Putrajaya," tambah Dr Hatta yang kini mempertahankan kerusinya di Parlimen Kuala Krai, Kelantan.

Harakahdaily/-

Sajian dari tong sampah


22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah adalah lokasi kegemaran bagi Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan sehariannya.
Dia mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya untuk mendapatkan makanan luput tarikh.

Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.

“Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya,” katanya.

Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.


Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza.

Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.

Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.

Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.

Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu.


“Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah,” katanya.

sinar/-

Buluh tusuk leher

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


pix_topright
Seorang pelajar nyaris maut selepas lehernya tertusuk batang buluh tiang bendera parti politik yang patah ketika menunggang motosikal di Kampung Mak Mayong, Melor, Selasa lalu.
Muhammad Arif Fikri Rosli, 14, bernasib baik kerana tusukan buluh itu tidak mengenai saraf utama, tetapi terpaksa menerima hampir 20 jahitan di lehernya ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUMS) Kubang Kerian.

Menurut ibu mangsa, Rohana Yusof, 58, ketika kejadian dia berada di masjid apabila diberitahu jiran mengenai tragedi menimpa anaknya kira-kira jam 8 malam.

metro/-

02 Mei 2013

Bukti Mengapa Ku Nan & UMNO Wajib Ditolak!

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankah al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?

Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!

Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian!

Ulasan GB

Maaf cakap ler, rata-rata pemimpin UMNO ini buta AL-Quran.

Itu sebab mengapa apabila bercakap bab agama, terserlah kejahilan masing-masing.

Kemudian bagaimana mahu memimpin umat?

Nik Aziz: Balik pangkah PAS, hati-hati pandu

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Berlatar belakang gemerlap lampu dan menara ikonik KLCC, kira-kira 5,000 orang membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi untuk bermunajat supaya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi memenangkan jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai.

Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat.

NONEVeteran PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' Ghazali.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya
Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam.

"Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya.

Harakahdaily/-

Norman Fernandez tarik balik kenyataan

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez hari ini mengumumkan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa pengundi tidak mengundi PAS.

Beliau menjelaskan, kenyataan tersebut yang dibuatnya sebelum ini atas kapasiti peribadi kerana salah fahamnya mengenai hudud.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di Taman Maju Jaya Johor Bharu tengah hari tadi.

Pada sidang media sama, beliau sebaliknya kini menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap PAS selaku parti dalam Pakatan Rakyat yang bertanding pada PRU13 ini. 

Katanya, pendirian bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengenai hudud adalah jelas. 

Tambahnya, meskipun ia dasar perjuangan PAS, namun dalam konteks perkongsian kuasa, sebarang dasar-dasar Kerajaan mesti diputuskan bersama.

Katanya, Apabila PAS bersama dalam tahaluf siasi dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat, persefahaman dan permuafakatan antara satu sama lain adalah tersangat penting. 

Deklarasi bersama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin utama parti dengan jelas mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, hak istimewa orang melayu terpelihara, kedudukan Raja-raja melayu yang tetap dimartabatkan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

"Sekaligus ia suatu jaminan bahawa kebersamaan PAS dalam Pakatan Rakyat tetap menjamin kepentingan Melayu dan Islam,"katanya.

Dalam konteks negeri Johor, katanya, hubungan PAS bersama DAP sangat baik khsusnya kebersamaan dalam isu-isu rakyat, memerangi rasuah dan penyelewengan. 

Dengan erti kata lain,  jelasnya, jika mandat rakyat diperolehi dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Johor, setiap dasar kerajaan dibincang dan diputus bersama melalui mesyuarat exco kerajaan negeri; proses perkenan Baginda Sultan Johor, agar keutuhan Kerajaan berlangsung secara kolektif. 

"Negara ini bukan milik satu kaum sahaja. Ia hak 28 juta rakyat Malaysia. Setiap rakyat dijamin kebebasan beragama dan tiada diskriminasi kaum buat mereka.

"Tuduhan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan Islam, Melayu akan hilang kuasa dan PAS hanya alat DAP adalah palsu dan tidak berasas sama sekali," katanya.

Harakahdaily/-

Jangan beri sokongan kepada pemerintahan zalim

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Allah memilih umat Islam menjadi umat terbaik di sisi-Nya kerana mereka menyuruh yang makruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah. Hal ini dapat dirujuk melalui firman-Nya:

"Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran : ayat 110)

Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, keluarga, bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang sentiasa menjauhkan diri daripada kejahatan dan kemungkaran justeru kemungkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat.

Kemungkaran yang paling lumrah adalah melakukan kezaliman, merampas hak orang ramai atau rakyat, menafikan kebenaran, menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran ajaran bid’ah dan palsu dalam politik dan budaya, memenjarakan rakyat tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan penipuan dalam pilihan raya umum, fitnah rekayasa media dan lain-lain. Semua perbuatan tersebut adalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari oleh orang Islam. Hal ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak.

Baginda bersabda (maksudnya), "Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan kehormatan (menceroboh) sesama sendiri." (Hadith riwayat Muslim)

Bencana Akibat Kezaliman

Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat. Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat malah boleh membinasakan diri, keluarga, negara dan masyarakat. Allah berfirman bermaksud:

"Perkampungan (negara) berkenaan Kami musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa kemusnahan (dan kehancuran) mereka." (Surah al-Kahfi : ayat 59)
Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam undang-undang yang memperkasa kejahatan, pihak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat daripada mencerahkan, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat.

Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat.
Kezaliman seperti ini mengundang kutukan Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap Allah. Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka (untuk diadili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim." (Surah Hud “ ayat 18)

Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut. Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka. Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut;

Apabila manusia dihimpunkan pada hari Kiamat dipinggir titian Siratul Mustaqim, Allah berfirman, "Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini); Demi kemulian dan kebesaran-Ku tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratul mustaqim ini."

Kemudian berserulah seorang Malaikat di pihak Allah (bertanya), "Mana dia manusia penzalim berkenaan? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut? Mana dia pembantu yang menajamkan pena  penzalim (wartawan upahan)? Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis)?

Kemudian neraka berseru kepada orang beriman, "Wahai orang beriman, segeralah kamu menyeberangi sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku." (rujuk Kitab Minhaj al Solihin oleh Syaikh ’Izzuddin Baliq)

Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al-Thauri, "Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim, adakah saya termasuk dalam kalangan penyokongnya."

Sufyan al Thauri menjawab, "Anda bukan golongan penyokong tetapi anda adalah dari golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit)."

Sifat cenderung menyokong kezaliman dan orang yang zalim sama ada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah. Allah berfirman yang bermaksud;

"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)

Ketahuilah bahawa kezaliman mencelakakan manusia di akhirat. Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang sangat pedih di samping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka tersisih daripada penyokong, sahabat dan penolong. Allah berfirman, maksudnya;

"Mereka menyembah tuhan lain selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka)." (Surah al Hajj : ayat 71)

Beberapa Kategori Penzalim

1. Syirik adalah kezaliman yang besar kepada Allah.

Kezaliman mempunyai berbagai kategori. Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud;

"Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putera beliau dengan katanya; Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah) adalah suatu kezaliman yang amat besar." (Surah Luqman : ayat 13)

Syirik adalah keyakinan dan perbuatan yang menduakan atau mempelbagaikan tuhan. Ia merujuk kepada perbuatan yang mencampur-baurkan rujukan nilai baik, buruk, halal haram kepada sumber yang hak dan benar dengan sumber yang batil dan salah. Halal haram ditentukan oleh Allah, manakala syaitan dan taghut turut mencampuri urusan tersebut. Oleh itu, manusia musyrik adalah manusia yang komitmen nilainya bercelaru dan tidak menentu. Pada waktu tertentu mereka menurut perintah Allah namun pada masa lain mereka menurut perintah dan nilai taghut dan syaitan.

Allah befirman dalam Surah al Nisa’ ayat 116 :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh."

2. Menghalang umat Islam daripada memakmurkan masjid Allah.

Menghalang orang bersolat dengan merobohkan masjid dan surau, menghalang majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama yang benar di dalamnya. Menghalang orang berzikir dan beriktikaf di dalam masjid. Menghalang perlaksanaan fungsi masjid dan surau di dalam negara sehingga melambatkan proses pentarbiahan dan pendidikan Islam di kalangan umat.

Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfirman :

"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat), malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam keadaan gentar dan takut. Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk mereka seksa yang sangat besar (dan pedih)."

3. Menyembunyikan kesaksian yang benar.

Atau "Katmu al Syahadah" apabila diperlukan. Enggan mengajukan kesaksian di mana kebenaran terletak dalam kesaksian yang ada pada seseorang adalah suatu kezaliman. Keengganan menampilkan kesaksian yang benar menyelamatkan orang tertuduh yang tidak berdosa menyebabkan pelaku kejahatan yang sebenar terlepas manakala orang yang tidak berdosa dihukum bunuh atau dianiaya.

Keeangganan tampil sebagai saksi kes sebenar yang menyaksikan kejahatan tersebut adalah suatu kezaliman yang nyata.

Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Hal ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian.

Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai’ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda (maksudnya), "Siapa yang mati tapi tidak pernah membai’ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah."

Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini.

Menjadi saksi palsu, menjungkir-balikkan kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak, manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang terangkum dalam perkara zalim. "Syahadatuzzur" adalah suatu dosa besar dalam Islam. "Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu." (riwayat Bukhari)

4. Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan.

Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syariat-Nya adalah suatu kezaliman. Dalam negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun, Islam progresif, Islam moden dan sebagainya. Dalam masa yang sama mereka mengkhianati amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatik kepada golongan zalim tersebut.

5. Merampas tanah hak orang lain termasuk golongan fakir miskin dengan zalim demi kepentingan golongan kaya.

Penyokong kebenaran selalu berhadapan dengan tindakan zalim pemerintah tertentu. Tanah dan hak mereka dirampas atau dilambat-lambatkan perlaksanaan kesan atau ketentuan transaksi yang telah dijalankan.

Rasulullah bersabda (maksudnya), "Siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak." (riwayat Ibn Majah)

6. Memenjara, menghukum bunuh dan menyeksa tahanan tanpa diadili dan tanpa sabit kesalahan adalah kezaliman yang nyata.

Pemerintah yang melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih. Rasulullah bersabda (maksudnya), "Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari Kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim." (riwayat Abu Ya’la)

Dalam Musnad Imam al Rubai’ diriwayatkan hadith berikurt, "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya."

http://www.tarbawi.my/

Risalah Bangkit bekalan perantau pulang ke kampung

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis anak muda PAS semalam meneruskan aktiviti kempen kesedaran kepada warga kota dengan mengedarkan risalah Bangkit sebagai bekalan maklumat mengundi sebelum balik kampung.

Kumpulan itu yang terdiri dapiada aktivis PAS Damansara Damai, Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) mengadakan kempen mereka di sekitar Pudu Sentral semalam.

Hampir 15 orang meyertai kumpulan itu dengan berbaju hitam menumukan kepada warga kota yang pulang ke kampung serta pemadu teksi dan bas.



Selain risalah Bangkit, turut diedar secara percuma akhbar Harakah sebagai memberi maklumat alternatif kepada warga kota.

Menurut koordinator program, Khairul Hartimi, sambutan yang diberikan oleh masyarakat sangat memberangsangkan.

"Rata-rata orang ramai memberi sambutan yang baik kepada kita. Mereka meminta bahan maklumat daripada kita.

"Termasuk juga pemandu teksi dan bas, kesemua mereka sangat bersemangat dan memnta bekalan bahan untuk diedarkan kepada penumpang dalam bas," katanya kepada Harakahdaily.

Kempen mereka semalam yang bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu berlangsung aman dengan diawasi beberapa orang anggota polis.

Harakahdaily/-